Tingkat 4 SOGO - Jualan pakaian |
Hari ni saya ada urusan di CIMB jalan raja laut, KL. Kebiasaannya saya suka jugak nak kesana kerana sambil pergi sana saya akan singgah ke SOGO untuk bersantai, tapi kali ni sebab puasakan, so saya duduk kat food court sambil memerhatikan orang dan menulis entry ini. Rata-rata kat mana-mana level di SOGO ni mengadakan jualan daripada 30% hingga 70%. Wowwww!! Raya lagi 3 minggu dah sales dah. Macam diorang tahu je yang ada orang dapat bonus.... bukan saya, orang lain. Paling banyak slash ialah kat bahagian pakaian. Seperti pakaian Crocodile sales 50%, Caserini 70%, Durban 70%, Ambrosetti 70%, Camel active 50%, Feraud 70%, Alain Delon 50%, Schwarzenbach 70% dan macam-macam lagi. Bahagian pinggan mangkuk potongan diskaun dari 30% hingga 50%, bahagian handbag dan kasut potongan dari 30% hingga 50%...dan.... macam promoter pulak saya. Anyway, kalau anda semua berjalan ke KL atau ada berdekatan dengan Shopping Kompleks SOGO, singgah-singgahlah kesini. Disini sayup-sayup berkumandang lagu2 raya tapi tak tahu darimana datang, tak seperti semasa saya pergi ke EMPIRE SHOPPING GALLERY di Subang, baru masuk hari ke 4 puasa dah keluar dah lagu raya kat ruang legar diorang...satu shopping kompleks boleh dengar, rasa macam nak dekat je raya......
Tingkat 3 SOGO - Jualan Pinggan Mangkuk |
No comments:
Post a Comment
TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài