Monday, August 16, 2010

BUBUR LAMBOK MASJID SHAH ALAM

Masjid Shah Alam saya ambil di depan air pancut
Hari ini saya bercuti kerana ada urusan peribadi... nak pi bayar macam-macam. Bayar cukai tanah, cukai pintu, bil2 letrik, air, indah water dan pelbagai lagi bil2. Sebenarnya ada jugak cara mudah setengah bil2 yang boleh di bayar melalui perbankan internet tapi saya ni dalam hal ni berfikiran sedikit konservatif atau kolot sikit. Saya tak berapa suka menggunakan perbankan internet untuk membayar segala bil2 walaupun sebenarnya ianya memudahkan saya dan pengguna, cuma saya terfikir lagi banyak kita menggunakan perbankan internet, maka lagi besar kita terdedah kepada isu-isu keselamatan akaun bank kita. So, play safe, saya guna cara lama biarpun ianya memakan masa. Sampai di Shah Alam, saya tertarik untuk singgah ke Masjid Shah Alam dan melihat keindahan masjid yang cukup cantik dan menarik. Ramai juga yang menunaikan solat sunat yang saya rasa rata-rata terdiri daripada student UiTM Shah Alam, Ada juga khemah2 yang besar didirikan di belakang masjid dimana terdapat gerai jualan dan jugak pemberian bubur lambok. Dulu saya pernah mendapat bubur lambok di Masjid Shah Alam tapi tak ingat tahun bila dan mereka masih meneruskan tradisi itu pada tahun ini.

2 comments:

  1. org kata bubur lambuk masjid kg baru sedap.. x penah rasa.. tp nampak macam sedap ajer... :-O

    ReplyDelete
  2. p/s : bubur lambuk kg baru tu memang dah semestinya sedap sebab diorang punya resepi lain sikit daripada bubur lambuk masjid yang lain tetapi nak dapatkan bubur lambuk tu kena beratur panjang... tapi kalau ada masa, apa salahnya nak rasa bubur lambuk kg baru

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails