Muar Traders Hotel |
Bandar Muar dari Hotel |
Dah lama jugak saya tidak ke Muar, Johor. Hari ini saya dan keluarga serta keluarga belah kakak ipar dan adik ipar berkonvoi ke Muar untuk menjalankan satu misi...iaitu membersihkan rumah pusaka yang tidak berpenghuni di Muar. Sekali sakala sesiapa antara kami yang akan balik ke Muar akan singgah dan membersihkan apa yang patut. Rumah tu betul-betul di belakang Masjid Besar Muar. Oleh kerana keadaan rumah tu yang tidak begitu selesa, maka kami semua tinggal di Hotel Muar Trade, iaitu betul-betul tepi sungai Muar dan lokasinya berdekatan dengan masjid dan rumah, lagipun mereka menyediakan percuma untuk dua orang bagi makanan untuk bersahur...tak perlulah bersusah-susah mencari makanan pagi-pagi untuk bersahut. Berbuka nanti kami bercadang untuk makan yang ringan-ringan dulu dan selepas solat Maghrib, kami bercadang untuk makan di Bentayan, tempat makan yang famous di sebelah bus stand Muar. Nanti saya ceritakan apa makanan yang sedap di sini.....
No comments:
Post a Comment
TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài