JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, November 26, 2010

SALJI DI MALAYSIA

Pagi ini seperti biasa sy akan memandu ketempat kerja sy. Kebiasaannya pada waktu pagi sy akan singgah dahulu dimana2 restoran yang ada WIFI untuk sy buat blogwalking tapi pagi ini sy ingat nak kesatu tempat terlebih dahulu sebelum singgah ke restoran untuk bersarapan. Bila saja sy hampir sampai ke tempat itu tiba2 kereta sy dipenuhi dengan benda2 yang berwarna putih sehingga penuh meliputi seluruh cermin dan seluruh kereta sy. Seperti macam tak percaya salji boleh turun sampai pada satu tahap tu sy tak nampak apapun kat depan kereta sy. Mula-mula tu sy nak jugak guna wiper kereta sy untuk menghilangkan salji tapi ada beberapa orang yang berdekatan seperti memberi signal agar jangan menggunakan wiper kereta ….mungkin salji itu akan merosakkan kereta sy agaknya. Sy pasrah. Nasib baik tiada kereta yang mengekori kereta sy daripada belakang, jika tidak mungkin kereta itu jugak akan ditimpa salji dan jika tidak nampak, akan terlanggar pulak kereta sy. Lama kelamaan salji itu mula hilang dan tiba-tiba air hujan mencurah-mencurah datang membasahi kereta sy. Lega rasanya kerana jika salji tadi turun berterusan, bagaimana sy nak memandu? Akhirnya hujan mula berhenti dan kelihatan beberapa datang memberikan bantuan kepada sy sambil mengelap-lap kan kereta sy yang teruk ditimpa salji dan hujan tadi. Itulah pengalaman sy sewaktu kereta sy dibasuh dengan snow wash!!

7 comments:

  1. mula2 baca terpikir juga ada ea salji kt msia..hihi
    tertipu sudah ba..
    nice story..teruskan mengarang ea..

    (^_^)v

    ReplyDelete
  2. hey...aku tengah tension neh. aku baca beriya-iya..pastu nko pekena aku...grrrrrr

    ReplyDelete
  3. :.noRuL - idea spontan masa kat dalam kereta tu. tq
    ctpayong - tengah tension ke? laaa kesiannya, nnt sy buat cerita yang tak tension ye:-)

    ReplyDelete
  4. haha.. saye suke lar dtg sini.. sume cite menarik2... mule2 susupen je.. tp last.. haammmmpeeh.. hehe :)

    ReplyDelete
  5. tertipu sudah. haha. snow wash rupanya :D

    ReplyDelete
  6. jeely jelly - tq kerana membaca dan tq jugak sebab sudi mengenakan diri sendiri :-) keep in touch
    zirconia - tipah tertipu bang..tipah tertipu :-)

    ReplyDelete
  7. Ahahahahha.. Salji la sangat!! :DD

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails