JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, August 13, 2010

SUASANA HUJAN HARI KE 3 PUASA

Hujan di Petaling Jaya
Kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Hujan mula turun pada waktu tengahari di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menyejukkan sikit keadaan puasa pada hari ke 3 ini. Bagaimanapun, hujan tidaklah sampai ke petang, jadi tidaklah menjejaskan bazaar Ramadhan. Bercakap pasal bazaar Ramadhan, satu lagi tempat yang menarik dan mempunyai pelbagai juadah serta lauk pauk ialah di bazaar Ramadhan PKNS Shah Alam. Walaupun tempatnya tidak berapa besar seperti bazaar-bazaar lain tetapi pilihannya memang banyak. Di samping itu, keliling PKNS mempunyai shopping kompleks yang menarik seperti SACC Mall dan juga Alam Sentral. Minggu lepas saya ada pergi ke sana dan gerai2 pakaian serta tudung sudah mula mencurah-curah dengan stok2 baru.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails