Sunday, August 15, 2010

RESEPI SINGGANG IKAN


Resepi hari ni adalah Singgang Ikan. Oleh kerana saya tertarik dan menarik dan termakan dengan kesedapan singgang ikan di laksa paradise di Plaza Masalam, Shah Alam tempohari, maka saya rasa apa kata kita cuba resepi singgang ikan pulak kali ni. Tak memerlukan banyak bahan dan cara membuatnya pun cukup mudah.
Bahan-bahannya adalah:
3 ekor ikan kembung atau 1 ekor ikan tongkol
5 ulas bawang putih dimayang
2 ulas bawang merah dimayang
1 inci lengkuas juga dimayang
3 keping asam gelugur
2 batang lada merah dipotong dua memanjang
3 @ 4 batang bendir
1 inci kunyit dimayang
sedikit belacan secukup rasa 
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa

Cara membuatnya memang mudah.
Basuhkan ikan tadi dan potong mengikut selera anda, kemudian masak ikan bersama bawang putih, bawang merah,lengkuas,lada, kunyit, bendir dan sedikit belacan.biar naik baunya. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih. Akhir sekali, masukkan garam, serbuk perasa dan asam gelugor.

2 comments:

  1. kepada abma, selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. yang puasa yang yok pulak ye.

    ReplyDelete
  2. p/s: thanks nik. akan saya ingat pesanan awk tu.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails