Sunday, August 22, 2010

MEDAN IKAN BAKAR SABAK AWOR

Pintu masuk Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Berbuka dengan makanan ringan-ringan dan selepas menunaikan solat maghrib, maka kami pun bertolaklah untuk makanan yang berat-berat pulak. Kakak ipar saya yang survey tempat ni. Namanya adalah Medan Ikan Bakar Sabak Aur yang terletak ...saya pun kurang pasti jalan mana tapi di Muarlah. Lebih kurang adalah dalam 5km dari bandar Muar. Tempatnya betul-betul tepi sungai Muar, oleh itu dapatlah kita merasakan kenyamanan dan kesejukkan angin malam. Malam ni kami memlih lauk-lauk yang fresh-fresh. Mula-mula kami pilih makanan laut yang segar-segar dan kemudian kita akan suruh diorang masak ikut citarasa kita. Kami pilih sotong buat goreng tepung, ikan siakap bakar, kupang dan kerang buat masak sambal berlada, udang buat sweet sour dan ikan pari buat masak tom yam. Nasi ada pilihan samada nak nasi lemak atau nasi biasa.
Salah satu kedai ikan bakar di Sabak Awor

Makanan Laut yang kami order

2 comments:

  1. p/s:isteri saya orang muar. dekat dengan masjid jamek yang terletak kat tanjung. Walaubagaimanapun, kat muar tu ramai saudara mara saya. U orang muar kan? area mana?

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails