JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, August 30, 2010

KATA ORANG KEJUJURAN ITU PENTING

Gambar Hiasan

Kujujuran lebih penting daripada rupa dan harta…kata orang. Dalam dunia serba canggih ini, masih ramaikah lagi orang yang bersikap jujur? Masih ramaikah yang mengamalkan budaya ketimuran yang penuh dengan adat dan adab? Ada jugak setengah-setengah orang yang mengalami keadaan dimana dalam disangka seseorang itu baik, akhirnya terkena jugak… Berapa banyak kes kawan makan kawan? Dalam harapan sahabat dapat menjaga dan melihat kekasihnya, akhirnya rakan yang diharapkan itu yang berkahwin dengan kekasihnya..hinggakan ada kata-kata berbunyi, jangan percayakan sesiapa walaupun sahabat baik sendiri. So, dimanakah hilangnya sifat kejujuran manusia? Itu baru jujur kepada kawan atau kekasih… belum lagi kepada ibubapa, guru, rakan sekerja, boss…dan yang paling penting pada diri sendiri. Katakan satu hari, anda terlihat seseorang keluar daripada kereta Ferrarinya bersama seorang perempuan memang tak cantik langsung…. Apa yang terdetik di hati anda? Saya pasti ayat pertama yang keluar mestilah “ Kalaulah aku jadi girlfriend dia…” atau “ Dia ni buta ke? Boleh pilih perempuan yang macam tu, lainlah macam aku”……. Tepuk dada tanya selera. Walau apa pun, kejujuran itu tetap penting, tetapi sejauh manalah kejujuran kita, hanya anda yang dapat menentukannya… ibarat kata mutiara, kejujuran ibarat sekeping hati yang suci. Jika kotor hati itu, maka hilanglah kejujuran seseorang, kalau bersih hati itu, maka eloklah kelakuan seseorang…..kata orang.

3 comments:

  1. jujur mmg penting.. barulah satu perhubungan itu dapat diteruskan dgn jayanya.. kepada si kaki pembohong.. kaki pembelit.. bertaubatlah.. sudah2lah tu.. tak suka org bersikap begini.. asik diri tertipu sajakan?

    ReplyDelete
  2. sokong 100%.Bila asyik tertipu tu jelah yang membuatkan kita terpaksa berhati-hati kepada sesiapa saja...

    ReplyDelete
  3. urmmm....
    dari sebuah KEJUJURAN lah maka lahirnya KEPERCAYAAN!!!!

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails