JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, August 11, 2010

GENAP SETAHUN ARWAH AYAH MENINGGAL

5 Aug 2010. Genap setahun arwah ayah saya meninggalkan saya, mak dan adik beradik. Kadangkala, masih terasa seperti arwahnya masih ada, mungkin bagi saya kerana sayalah satu-satunya anak arwah yang tinggal berjauhan daripada keluarga. Saya tinggal dan bekerja di KL manakala keluarga dan adik beradik saya menetap di Johor. Setiap perkataan dan suara arwah, masih terngiang-ngiang di telinga. Setiap senyuman dan latah arwah, masih terbayang-bayang di minda. Setiap gurauan dan senda arwah, sentiasa tersemat di sanubari. Setiap pelukan dan kemesraan arwah, sentiasa membuat diri saya lupa segala masalah yang menimpa...tiada yang pahit. Begitulah pahitnya untuk menerima kenyataan.Tapi apakan daya kerana Tuhan lebih menyayangi arwah dan setiap perkara itu ada hikmahnya. Semuanya menjadi kenangan terindah yang amat-amat-amat-amat sukar untuk saya lupakan dan tidak mungkin saya dapat mengembalikan setiap detik-detik manis tersebut walaupun kadangkala hati sentiasa berkata, kalaulah masa boleh berputar kembali........
Sempena di bulan yang mulia ini, sajak ini saya khaskan untuk Ayah yang amat-amat saya sayangi sepanjang hayat saya...
Ayah,
Setiap keluhan dan resahmu kau pendam.
sakitmu, pedihmu, dukamu..kau simpan.
masamu, kerjamu..kau lupakan
Hanya untuk melihat anak-anak mu ceria.
Hanya untuk melihat anak-anak mu bahagia.
Hanya untuk melihat anak-anak mu ketawa.
Ayah,
Sukar untuk ku cari ganti.
Masa-masa yang lalu terasa amat berharga
Terasa ingin ku kutip setiap detik
dan ku genggam saat itu sepanjang hidup
Sukarnya untuk ku teruskan perjuanganmu
Sukarnya untuk ku teruskan perjuanganmu...tanpa ayah disisi
Ayah,
Seluruh hidupku tak dapat ku balas.
Hanya segenggam kudrat, secebis kehidupan
Bagi memberi kekuatan dan keyakinan
Kerana dirimu akan tetap ku semat
Sehingga ke titisan yang terakhir.
Ayah,
Kurelakan pemergian mu bukan kerana ku mengalah
kerana ada yang lebih menyayangimu
untuk selama-lamanya.

2 comments:

  1. salam-moga2 roh ayah kamu ditempatkan disamping org2 beriman..InsyaAllah..tabah2kan hati =)

    ReplyDelete
  2. terimakasih banyak sakura...really appreciate it.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails