Bukanlah untuk menyuramkan suasana mahupun mengungkit cerita tetapi sejak dua menjak ini, kerap kita dikejutkan dengan berita2 dimana artis2 kita meninggal disebabkan penyakit jantung. Arwah Izi Yahya, Uztaz Asri, Hani Mohsein, Khairil Khamis, Yusof Chong, Yalal Chin, Sudiro, Shamrin Fotograf dan yang terbaru adalah Faizal Yusuf. Terlebih dahulu Alfatihah kepada semua yang telah meninggalkan kita semuga roh mereka dicucuri rahmat. Sedihnya kerana ada yang meninggal ketika masih muda. Nyatalah penyakit jantung ini akan meragut sesiapa saja tidak kira berapa usia mereka. Sy pasti bagi kita yang mungkin risau dan takut akan penyakit ini akan mengambil beberapa langkah untuk mencegah penyakit ini. Sy bukanlah pakar dalam kesihatan tapi disini sy bagi beberapa langkah mudah yang sy ambil daripada internet untuk kita menjadi sihat dan kesihatan yang baik dapat menghindari kita daripada penyakit jantung dan diantaranya ialah:
1) Amalkan minum air suam setiap pagi terutama selepas makan kerana ianya dapat memecahkan lemak sedangkan air sejuk akan melikatkan lagi minyak yang kita makan.
2) Bersenam tidak kira apa jenis senaman 3 kali seminggu atau 20 hingga 30 setiapkali senamam untuk meningkatkan metabolism dalam badan
3) Jika anda rasa berat anda berlebihan, maka kurangkan mengikut index BMI yang sesuai. Ada langkah2 mudah dan PERCUMA untuk anda lakukan dengan mudah bagi mengurangkan berat badan anda. Layari saja di http://thepowerweightloss2.blogspot.com
4) Elakkan daripada stress dan jika anda mengalami stress, cuba kurangkannya dengan pergi bercuti dan berjalan-jalan.
5) Pantau paras kolestrol anda dan makan makanan yang tidak berminyak dan banyakkan sayuran dan buahan.
6) Amalkan tidur yang mencukupi supaya badan anda mendapat memerlukan rehat yang secukupnya. 60% daripada mereka yang tidak mendapat rehat secukupnya mendapat risiko tinggi penyakit jantung.
Sebenarnya ada banyak lagi langkah2 dan kita mampu untuk melakukannya kerana semuanya adalah langkah2 mudah tetapi kesannya adalah kehidupan kita.
ramai malaysian obese skang even smua hrga naek. btw, jom diet.! huhu
ReplyDeletekita orang melayu banyak makanan yang berlemak dan berminyak...susah nak elak..lagi2 kalau ke kenduri kawin..mmm takkan nak pandang je kan...tapi tu lah ,nak makan boleh tapi jangan banyak sangatlah kan..
ReplyDelete