Wednesday, August 19, 2020

BANYAK, SIKIT2, JARANG2, KADANG2

Betul lah seperti teka teki P Ramlee dalam cerita Nujum Pak Belalang, mula-mula tu banyak, lepas tu sikit-sikit, kemudian jarang-jarang..last sekali kadang-kadang. Macam blog nilah, daripada selalu update, terus pada kadang-kadang, itu pun tengok pada masa, silap-silap setahun sekali...huhuhu. Mood dah swing. Idea dah mula hilang. Masa bukan setakat cemburu, tapi terus sentap sampai tiada masa nak jenguk blog walau sesaat. Macam mana pun rasa rindu untuk menulis tu tetap ada biarpun setakat perasaan. 

Bila dah lama tak post ni, nak mulakan balik pun dah tak tahu nak mulakan dari mana. Terasa macam baru nak start blogging pulak. Yang followers dan following pun tak tahu masih aktif atau pun tidak. Macam rumah lama yang ditinggalkan, bila kita nak masuk balik, macam-macam lah kita kena repair balik, kena kemas.. cam tu lah jugak blog ni, banyak jugak kesana kesini kesana kesini nak kena update, ada widget yang dah tak function...huhu..nampak sangat lamanya blog ni bersawang. Tak pelah, yang penting, kita tetap akan post walau kadang-kadang. 



No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails