Hai abang2 kakak2 adik2....Abang Muscle santai disini. Kabare? Sekarang ni AMS jarang2 dapat enterframe kat blog ni dek sibuk dengan aktiviti2 harian AMS yang sedang mengajar Zumba...ahaksss. Jadi ada masa terluang ni, AMS tak bagi chance, terus masuk dan kali ni AMS nak kongsi petua2 yang dapat AMS kumpulkan daripada beberapa blog bagaimana nak hindari jerawat...ready? Jom kita tengok siapa yang kena....
1) Asam gelugur direndam semalaman dan kemudian ditumbuk dengan pucuk jambu batu, sapu seluruh muka. Amalkan 2 kali seminggu.
2) Rendam daun sirih dengan air panas dan biarkan air tu sejuk. Sapukan air tersebut di muka dan biarkan sehingga ianya kering. Amalkan 3 kali seminggu.
3) Tumbuk beberapa inci kunyit hidup, kemudian campur beberapa titis air asam jawa dan sapukan kepada muka. Amalkan 3 kali seminggu, kulit jugak boleh jadi halus.
4) Ambik beberapa sudu tepung ubi kayu dan beberapa titis air asam jawa, campur jadikan macam bedak sejuk dan sapukan pada muka. Amalkan 2 kali seminggu. Kulit jugak jadi semakin cerah.
5) Ambik bahagian dalam batang bunga tanjung dan gilis halus. Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Sapukan pada muka 2 kali seminggu.
6) Kulit kayu manis ditumbuk halus dan kemudian campur sedikit air dan sapukan pada muka. Amalkan 2 kali seminggu dan boleh jugak hilang parut.
Ya itulah serba sedikit petua2 yang Abang Muscle santai dapat, diharap dapat memberikan abang2 dan kakak2 yang byk jerawat tu tips2 berguna. Tapi bagi Abang Muscle santai pulak ada petua tersendiri yang memang mujarab cara nak hilangkan jerawat tu...Ready? Ambil jari telunjuk kiri dan kanan anda, kemudian letakkan betul2 di tepi kiri kanan jerawat di muka anda, kemudian picit sehingga ...perghhh lega kan? Sehingga berjumpa lagi dari Abang Muscle Santai.....
malas nak pk pasai jerawat kat muka nih, bior lantaklah...huhuh..statement busan giler~~
ReplyDeleteAlhamdulillah sbb jerawat ni bukan masalah buat kakCT. Ada sebiji dua tu adatlah.
ReplyDeleteBagi yg jerawat tak buleh nak handle, cuba cara ini...
Altenate day iaitu 2 hari sekali, sebelum tidur cuci bersih muka kemudian disapukan dengan ketulan ais.
Tidor....upssss..baca doa sebelom tidor.