Masih teringat cerita dulu2 seperti cerita P Ramlee Antara Dua Darjat. Walaupun sebesar mana darjat seseorang, darahnya tetap warna yang sama. Kadangkala, bila berlaku sesuatu perkara dan kita memerlukan darah, kita tidak tahu dari siapa darah yang kita dapat, mungkin daripada petani, penoreh, kerani, lawyer, akauntan, doktor atau sesiapa saja...Dari zaman sekolah lagi kita sudah pun didedahkan tentang kempen derma darah untuk membantu mereka2 yang memerlukannya tidak kira kerana sakit, kemalangan atau apa saja. Kalau nak dikirakan bekalan darah yang ada di negara mahupun mana2 hospital memang di paras yang tidak mencukupi. Kenapa sy tulis pasal kempen derma darah ni? Sebenarnya, Minggu lepas, sy 'terjumpa' dengan adik angkat sy yang amat perihatin..tak payahlah sebut nama, nanti glamour pulak dia. Dia ada dok mention pada sy pasal kempen menderma darah anjuran bersama oleh Hospital Klang dan juga Cargill Malaysia yang akan di adakan di AEON Bukti Tinggi Klang pada 26 January 2013 (Sabtu) bermula jam 11pagi hinggalah ke jam 4 ptg... Lokasi2 lain seingat sy antaranya adalah seperti di AEON Bandaraya Melaka, TESCO Butterworth. Jadi elok jugaklah sambil kita bersantai dan bershopping, apa kata kita membuat sedikit kebajikan dalam membantu kempen derma darah. Semuga usaha2 yang dibuat oleh Hospital Klang dan Cargill Malaysia akan berterusan....
No comments:
Post a Comment
TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài