JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, December 31, 2014

2014 PENUH DUGAAN 2015 PENUH TANDA TANYA

Esok bakal menjelma tahun 2015, meninggalkan 2014 penuh dengan peristiwa2 pahit manis am nya kepada Malaysia dan khususnya kepada diri sy sendiri...
Banyak benar perubahan2 yang berlaku dalam dunia globalisasi dan Malaysia. Dalam kehidupan sy sendiri naik turun, suka duka, derita bahagia..agak bercampur2, apalagi dalam dunia blogging yang sy cintai.
Walau apa pun, semuga tahun 2015 memberikan kita seribu keceriaan dan harapan dan 2014 memberikan kita segala pengalaman untuk menghadapi masa depan. Sy sudahi entry tahun 2014 ini dengan sebuah renungan yang sy terima daripada rakan whatsapp sy...

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, karena kaum muslimin akan mengurus jasadmu. 
Mereka akan melucuti pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanimu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, kuburan.
Akan banyak orang yang mengantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
Barang barangmu akan dikemas; kunci2mu, kitab, kopiah, kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermnfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. 
Ekonomi akan tetap berjalan! 
Tempat kerjamu akan diisi orang lain. 
Hartamu menjadi halal bagi ahli warismu. 
Sedangkan kamu yg akan dihisab dan diperhitungkan untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. 
Kawan2mu  akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! 
Di rumah ada kesedihan yg mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam galeri kenangan!

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tgh2 manusia". 
Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, Akhirat!! 
Telah musnah kemuliaan, harta, kesehatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana & istri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan yg mendalam....
Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban2, 
hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahasia, merahasiakan amal shalih, shalat malam, 
Semoga saja engkau akan selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini InsyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dlm timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. 
"Berilah peringatan, karena peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

(Diterjemahkan oleh Ust. Ainul Haris, semoga Allah mengampuninya)

Tuesday, December 30, 2014

TAHUN 2014 - DUGAAN UNTUK MALAYSIA

Bermula daripada MH370, MH17, AirAsia QZ8501 dan banjir yang melanda negara khususnya di pantai timur merupakan dugaan2 yang besar yang sedang dihadapi oleh negara sekecil Malaysia. Bertubi2 whatsapp dan twitter masuk menceritakan keadaan mangsa banjir dan keadaan yang bagi sy kritikal untuk mereka2 yang tidak mendapat bantuan apa lagi dengan terputusnya hubungan.
Mungkin kalau setakat kita mendengar atau membaca masih ada yang belum tersentuh, tapi jika melihat gambar2 yang nyata ( bukan yang edit ) pasti akan terlinang jugak airmata. Cuba bayangkan kalau saudara2 kita mengalaminya atau kita sendiri... 
Jutaan terimakasih juga kepada rakyat2 Malaysia yang perihatin, ada yang join masuk pasukan sukarela, berkorban masa dan nyawa untuk menghantar bantuan makanan dan kelengkapan harian walau keadaan berisiko demi meringankan penderitaan orang lain... lebih terharu, mereka bukanlah kenalan atau saudara2 mereka tapi demi sesama insan. 
Semuga juga kehilangan MH370 dan AirAsia QZ8501 dapat di beri petunjuk dan dipermudahkan segala urusan olehNya. Bagi kita semua, berdoalah tidak kira apa agama agar Malaysia kembali tenang dan di hindar daripada dugaan2 yang besar... Amin.

Monday, December 29, 2014

RESEPI JUS TIMUN DENGAN JAMBU BATU

Rasanya inilah kalau tak 1st time maybe 2nd time sy berkongsi resepi jus. Memang jarang sy berkongsi resepi jus sebab bagi sy tak payah nak beresepi2 sebab semua orang boleh buat.. Tapi kali ni bukan sebab jus nya sy nak kongsi tapi khasiat disebalik jus ini yang mana secara umumnya kombinasi kedua2 buah ini antaranya dapat mengurangkan kolestrol, membantu mengurangkan berat badan, memulihkan mata, agen melawan kanser, membantu penghadaman dan banyak lagi khasiatnya... so sambil minum jus sambil menjaga kesihatan..kan kan kan. Cara buatnya pun mudah.
Bahan-bahannya adalah:
2 biji jambu batu merah atau putih dibuang kulit dan kisar sehingga halus ( sekali dengan bijinya)
1 biji timun, buang empulurnya dan kisar hingga halus.
3-4 sudu kecil madu
500ml air suam
Beberapa ketul ais.
Cara membuatnya adalah dengan mengisar semua bahan tadi sekali. Kemudian hasilnya di campur dengan beberapa ketul air batu dan bolehlah diminum. Memang sedap, menyegarkan dan berkhasiat untuk kesihatan...

Friday, December 26, 2014

SESAL SEPARUH NYAWA - ALYAH

Lagu pilihan jomsantaisekejap pada bulan ini adalah lagu daripada Alyah.. Sesal Separuh Nyawa yang walaupun dah lama keluar dan berkumandang ...ahaksss. Memang lagu2 Alyah banyak yang sy suka tapi lagu ni yang tertarik untuk sy buat lagu blog kali ini...enjoy dan santai semua...


SESAL SEPARUH NYAWA
Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru

teringat masa lalu
Tetap tiada ku lupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan ohhh…


Chorus :
Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang


Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit ku teruskan
Engkau jauh ke hadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan

http://admax.effectivemeasure.net/emnb_1_891307.gif
Separuh sayangmu di hati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu.. kannya

SEMUGA DIPERMUDAHKAN....BANJIR DI KELANTAN

Entry kali ni pendek saja. Sama2 lah kita berdoa dan berharap keadaan banjir di Kelantan dan negeri2 lain yang terjejas teruk kembali pulih dan di jauhi dari keadaan yang tidak di ingini. Sy cuma berharap bantuan dapat diberikan dengan seberapa segera terutama mereka2 yang tersekat dan sukar mendapat pertolongan dan bantuan.... Semuga dipermudahkan segala urusan.

Wednesday, December 24, 2014

MALASNYA NAK KE KULIAH

Sekarang ni asal petang je mulalah hujan... Bila hujan ni rasa malas betul nak ke kuliah. Apa lagi kalau lepas makan tengahari. Member2 satu bilik pun dua kali lima je..siap yang ada batu apa lagi cakap kelas petang ni tak penting.. tak effect CGPA pun kalau markah exam rendah..Perghhh senang nya diorang cakap, yelah diorang ni walaupun malas macam tu, otak diorang memang jalan.. Sebab tu result paper diorang kencang2.. Dapat 4 pangsapuri pun ada ( flat dalam erti kata lain ) Lainlah macam sy ni yang serba sederhana... Baca nak 3,4 kali baca baru faham.. Latihan bukan setakat latih tubi, tekan tubi, terjah tubi..semua tubi buat baru boleh faham... So, akhirnya, malas ke, ngantuk ke, sejuk ke, hujan ke, panas ke... nak tak nak kena jugak ke kuliah dan yang paling bestnya, member satu rumah pun semua pergi kuliah petang ni...
"Wehhhh!!! beranganlah tu. Tu hahhh ada client nak jumpa" satu suara mengejutkan sy dari angan-angan sy... Kalau lah boleh balik kezaman belajar dulu.

KATA ORANG - KALAU DAH BUKAN JODOH II - FINAL CHAPTER

Beberapa hari lepas sy ada post entry pasal kawan sy si Bob, so ini merupakan sambungan ceritanya.. kalau nak tahu permulaan ceritanya just klik kat sini dalam Kalau Dah Bukan Jodoh
Pertemuan yang tidak diduga itu walaupun mengundang kegembiraan dan menghilang kerinduan namun lebih banyak membawa kedukaan kerana mereka tidak dapat lagi menjadi seperti dahulu.. Masing2 sudah pun mempunyai keluarga masing2.
Di pendekkan cerita. Beberapa tahun selepas pertemuan itu, Azie bercerai. Bukan kerana orang ketiga, bukan kerana Bob tapi memang rumahtangga Azie mempunyai masalah terutama masalah kewangan menyebabkan berlaku selisih faham yang besar. Hubungan Bob dan Azie kembali bertaut, kembali bersinar walaupun Azie tahu Bob masih lagi mempunyai tanggungjawab terhadap keluarganya...begitu jugak Azie yang mempunyai 2 orang anak. Namun disebabkan tidak mahu mengganggu kehidupan rumahtangga Bob dan dia jugak tahu akan perasaan seorang isteri, maka Azie mengambil keputusan untuk mengundur diri walaupun dia tahu Bob mampu untuk mengambil dia sebagai isteri kedua dan membahagi kasih.... sekali lagi mereka terpisah walaupun secara paksa, namun dihujung pertemuan Bob tetap menyatakan bahwa dia sentiasa menunggu Azie jika takdir memihak kepada mereka satu hari nanti.....Huhuhu. ( opsss sy enterframe sekejap )
Di pendekkan cerita lagi, rumahtangga Bob juga menerima nasib yang sama selang setahun kemudian...  Perkahwinannya jugak menemui jalan perpisahan disebabkan orang ketiga.
Selang beberapa bulan kemudian, setelah Bob tenang kembali dan dapat memulakan semula kehidupan sebagai seorang duda, Bob mengambil keputusan untuk berkongsi cerita dengan Azie dan berharap hubungan silam mereka dapat di sambung kembali kerana kali ini, pasti Azie dapat menerimanya dengan statusnya yang kembali 'single'....
Di pendekkan sekali lagi cerita.... Satu hari Bob dapat juga menghubungi Azie dan terasa betapa gembiranya Bob seakan2 sesuatu yang lama terpendam dan tersekat kini sudah bebas.. Namun saat sebelum sempat Bob menceritakan yang dirinya sudah berpisah, Azie terlebih dahulu menceritakan yang dirinya baru saja mendirikan rumahtangga buat kali ke 2 atas pilihan keluarganya.......
Emmmmm ........ Kata orang, kalau dah bukan jodoh.
Dan bulan lepas sy pulak menghadiri majlis perkahwinan Bob...jugak untuk kali kedua...dan yang pastinya bukan dengan Azie.

Tuesday, December 23, 2014

SALES DI RUANG LEGAR SACC MALL

Suasana di SACC MALL
Minggu lepas sempat sy berkunjung ke SACC Mall Shah Alam sambil berehat dan bersantai disana...( tapi sebenarnya masa tu hujan lebat sangat2, jadi terpaksalah sy berkhemah sekejap kat sana ) 
Di ruang legar SACC Mall ada jualan besar2an barangan berjenama dari kasut, handbag hinggalah pakaian.. Memang kow2 harganya turun. Apa taknya ada yang discount sehingga 70%... Ada orang cakap, masa ni lah nak beli barang2 sementara GST belum dikenakan.. Entah ye entah tidak.... :-)
Apa2 pun bagi sy, yang penting hemah berbelanja. Masa sekarang dalam ekonomi yang tak menentu apalagi dengan harga barangan yang mahal, sana sini harga naik... Harga teh tarik dulu segelas 1.20 sekarang ada yang dah cecah 1.90 walaupun restoran biasa aje. Kuih karipap pun ada yang jual 1 seringgit. Mail dalam cerita Upin Ipin pun jual 2 seringgit..ahaksss...
Sy rasa adalah lebih baik dan dah sampai masanya juadah2 ringan ni kita buat sendiri.. karipap, segala jenis pengat, donut dan macam2 lagi kuih yang simple. Buat sendiri..makan sendiri, kos pun murah dan puas hati...kan kan kan.

Monday, December 22, 2014

KATA ORANG - KALAU DAH BUKAN JODOH

Selalu orang berkata kalau dah jodoh tak kan kemana... Kalau tak ada jodoh, buat apa sekalipun memang tak kan jadi jugak. Apa yang terjadi ada sebab2 yang kita tak nampak dan tahu. Begitu jugaklah yang terjadi pada salah seorang rakan sepengajian sy dulu masa di UiTM... Baru semalam sy menghadiri majlis perkahwinan dia ..buat kali ke dua. Storynya? macam ni.......
Nama kawan sy ni Bob ( Bukan nama sebenar ) masa dari zaman budak2 lagi begitu rapat dengan anak jirannya yang bernama Azie ( pun bukan nama sebenar) daripada tadika, sekolah rendah hinggalah keperingkat menengah hinggakan persahabatan rapat mereka bertukar menjadi satu ikatan hati yang tidak dapat mereka elakkan lagi kerana terlalu mengenali diri dan hati masing2. Namun detik ujian mula mendatang apabila kedua2 keluarga Bob dan Azie terpaksa berpindah kerana urusan kerja dan keluarga. Keluarga Bob terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana bapa Bob ditukarkan kesana dan keluarga Azie terpaksa berpindah ke Mersing kerana urusan harta setelah nenek nya meninggal dunia. Oleh kerana zaman itu bukan secanggih sekarang. Zaman handphone baru diperkenalkan maka perhubungan dan komunikasi mereka lebih kepada surat dan talipon awam.. dan akhirnya bila masing2 melanjutkan pelajaran ke peringkat U..hubungan itu terputus juga, entah dimana silapnya, tak pulak sy diberitahu.
Beberapa tahun kemudian apabila Bob yang telah bekerja ketika itu, mengambil keputusan untuk bercuti dan pulang melawat rumah lama keluarganya sambil menziarahi jugak sanak saudaranya yang masih tinggal dikawasan itu. Di takdirkan... dia bertemu dengan Azie disatu tempat yang menjadi lokasi pilihan untuk mereka berjumpa dulu..di satu taman berdekatan dengan kawasan perumahan lama mereka. . Hampir 10 tahun memisahkan mereka sejak mereka melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Detik pertemuan yang cukup sedih, pilu, gembira, marah dan keliru. Semua perasaan terkumpul dalam satu rasa..satu detik.....Tapi sayang, bukan pada waktu yang sesuai, kerana kedua2 mereka telahpun berkahwin.....
(Kisah selanjutnya selepas ni ye... penat menaip..ahakkss. Rehat jap )

ULASAN MOVIE - THE EQUALIZER


Tak sempat sy nak menonton filem The Equalizer di panggung lakunan pelakun yang sy minat iaitu Denzel Washington.. tapi semalam sempat sy menonton DVD dan ceritanya memang penuh aksi dan brutal..macam jugak cerita Deja vu dulu....

Cerita mengisah tentang Robert McCall lakunan Denzel Washington yang telah lama bersara dalam dunia komando dan memalsukan kematiannya untuk hidup tenang sebagai orang biasa terpaksa menegakkan keadilan dan keluar daripada 'persaraan'nya untuk menyelamat orang2 disekelilingnya yang di tindas oleh gangster Russia dan polis yang bekerja untuk mereka. Semuanya berpunca daripada ingin menyelamatkan seorang gadis yang bernama Teri lakunan Chloe Grace Moretz yang di paksa menjadi pelacur oleh gangster Russia dan kemudian dipukul teruk. McCall yang kemudian nya telah membunuh semua gangster yang memukul Teri terpaksa berdepan dengan tindakan balas Ketua gangster Russia bernama Pushkin. Cerita yang penuh aksi... So bagi mereka yang belum menonton..apa lagi.
 

RESEPI AYAM KICAP ASAM ALA SANTAI

Resepi kali ni sy nak berkongsi resepi ayam masak kicap asam. Saja je tambah asam tu sebab selalunya masak kicap ni kalau tak manis..masin, yelah sebab dah kicap pun ada kicap manis dengan kicap masin.. so kali ni kita pelbagaikan pulak rasa masak kicap...
Macam biasalah, bahan2 yang sy gunakan semua cukup simple.. antara bahan2nya adalah:
Bahan tumis 
3 biji bawang merah kisar halus
2 biji bawang putih kisar halus
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 btg cili padi 
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bahan utama - 5 @ 6 potong ayam dan 2 biji kentang potong ikut suka anda.
Cara membuatnya, panaskan beberapa sudu minyak dan kemudian masukkan semua bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian campurkan secawan atau 2 cawan air ikut pada berapa kepekatan air yang anda mahu dan garam secukup rasa, kemudian masukkan ayam. Dalam 10 minit , masukkan pula kentang dan tunggu hingga ayam sudah empuk atau masak, bolehlah dihidangkan..

Friday, December 19, 2014

DOWNLOAD CALENDER 2015 PERCUMA

Calender 2015 - Download
Semalam masa dok blogwalking2... terjumpalah satu blog yang kita boleh download calender tahun 2015 secara percuma. Kalender ala-ala kalender kuda tu. Dulu2 memang orang suka sangat, malah sekarang pun ramai yang masih menyukai kalender jenis tu sebab cuti dia memang semua negeri masuk...jadi tak adalah kita ketinggalan dan memudahkan kita untuk merancang percutian kita..ahakksss...
Walaupun nama kalender tu kalender kuda sebab dulu2 memang dia selitkan sekali jadual kuda berlari2..ahakss, tapi empunya blog dah pun menukar gambar2 nya kepada gambar kucing yang cute2 dan gambar kereta2 yang perghhh....
Jadi pada sesiapa yang nak download kalender 2015 boleh pergi ke SINI dan download. Nak print pun boleh...kan kan kan.
Tak sampai 2 minggu lagi, tahun 2014 akan berakhir... huhu. Banyak sungguh kenangan manis dan pahit, tawar dan masin.. semua ada. Itu yang membuatkan kehidupan kita menjadi semakin indah... kerana hidup umpama satu pelayaran.. Biar cantik mana pun kita kemudikan kapalnya, tetap ada gelora laut menjadi halangan dan rintangan....Namun pelayaran kita menjadi bermakna jika kita dapat mengatasinya dan sampai kedestinasi......

JOM JOM JOM WhoHAA

Jawab, Kumpul dan Tebus.
Jarang-jarang sy buat entry mengenai produk atau program... yelah, blog pun dikatogerikan sebagai blog santai je, jadi kalau nak perkenalkan produk atau program dah jadi blog menyantai pulak..ahakss. Tapi disebabkan tengah kekurangan idea, maka emmm hentam sajalah labu.
Sy rasa ramai yang telah tahu dan mungkin jugak ramai yang telah join WhoHAA yang mana merupakan program yang memberi pelbagai hadiah seperti power bank, pen drive, shavers, camera, gift vouchers, top up prabayar dan macam2 lagi. 
Yang menariknya tentang program ni selain daripada pendaftaran percuma, kita tidak perlu bersusah payah menunggu orang untuk klik..ahaksss. Kita cuma jawab aje soalan2 iklan yang di berikan yang akan sentiasa bertukar setiap hari atau minggu.. setiap jawapan akan diberikan point2 tertentu dan bila cukup point tersebut untuk ditebus... apalagi, tebus jelah... Mudah bukan? So bagi mereka yang belum join dan ingin join dan ingin mendapat hadiah2 menarik... JOM JOM JOM WhoHAA

SECUBIT KISAH BABAK 6 - SIAPAKAH DANIEL SEBENARNYA?

Bagi mereka yang mengikuti kisah Daniel dan Allyn, ini adalah kesinambungan daripada Secubit Kisah Babak 5 - Malang Menimpa
“Allyn masuk hospital?!!” Daniel dan Husin terpinga-pinga. Daniel tertunduk sekejap manakala Husin menepuk belakang Daniel cuba menenangkan keadaan…
“Hospital mana? Macam mana keadaan dia? Kenapa pulak budak tu beritahu kita?” Daniel tertanya-tanya..
“Aaa..ahhh. Apa punya masalahlah dengan budak tu.. Bagi tau sekerat2, kan dah bercelaru cerita ni.. Mana kita nak cari? Kau ada no handphone member2 Allyn?” seloroh Husin walaupun dia tau jenaka tu kalau tak kena memang dia yang akan kena…
“Kau ni, dalam keadaan macam ni pun nak buat lawak… Jap. Aku rasa aku ada simpan no handphone classmate dia..” sambil Daniel membelek2 nama yang tertera di handphonenya dan terus mendail no tersebut……
“Hello…Ini Aini ke? Abg Daniel ni.. Nak tanya betul ke Allyn accident ?” Daniel bertanya setelah mendengar satu suara dari nombor yang dihubunginya.
“Ye Abg Daniel… Aini ni pun kat Hospital Universiti. Allyn masih dalam bilik pembedahan.. Abb…” perbualan itu terus putus. Daniel terus bergegas sambil disusuli Husin.
Dalam setengah jam, Daniel dan Husin sampai di pintu masuk Hospital. Setelah diberitahu oleh pembantu Hospital dimanakah lokasi bilik pembedahan, Daniel dan Husin terus berjalan pantas. Sesampainya di sana kelihatan Aini bersama2 beberapa orang yang sedang resah menunggu dan tiba-tiba satu suara terdengar…
“Ehh Daniel pun datang…” suara perempuan dewasa memecah kerisauan mereka2 disitu..
“Makkk..makk cik kenal..kenal saya?” Daniel kehairanan… sambil Aini dan Husing saling berpandangan.
“Kenapa pulak takkk....."
“Hishhhh awak… “ Seorang lelaki dewasa mencuit tangan perempuan itu sambil menggeleng2 kepalanya seolah2 melarang perempuan itu daripada meneruskan perbualannya.
Macam mana mak cik itu boleh mengenali Daniel? Apa rahsia yang sebenarnya yang tersurat dan tersirat selama ini. Memang benarlah kata2 Allyn bahwa dia mengenali Daniel…tapi siapakah Daniel? 

Thursday, December 18, 2014

MATA OH MATA...

Beberapa hari ni sy memang tidur agak lambat..banyak sangat kerja nak buat..kalau blogging pun sedap jugaklah bunyinya tapi kerja..ahakss. So bila pagi2 tu pergi mandi dan tengok mata..perghh macam apa... nasib baik tak ada panda kat rumah, kalau tak memang dah sama je dengan panda mata hitam...
So teringatlah sy beberapa petua yang sy baca kat internet dan 2 petua yang telah sy cuba dan kesannya agak ketara adalah:
1) Pakai uncang teh
- Ambil 2 uncang teh.. Apa jenis teh pun rasanya tak pe tapj sy guna teh boh tapi ada yang kata guna green tea lagi cepat kesannya. Sebelum tu, buatlah teh dulu ye guna uncang tu...rugi kalau tak guna. Jadi 2 dalam 1 lah..boleh minum dan boleh rawat mata yang kusam...
- Uncang yang dah diguna tadi, rendam dalam air suam dan perah ..agak2 lembap, letakkan di mata kita ...seeloknya sambil berbaringlah..dalam 30 minit, boleh buang uncang tersebut dan bilas dengan air... Buat 3 kali seminggu.
2) Pakai hirisan tomato
- Hiris tomato yang muda tebal2... Letakkan hirisan tersebut pada kedua mata.
- Seeloknya cara ni kita buat masa nak tidur sebab kesan tomato ni perlukan masa yang panjang.. jadi masa tidur lah... jangan nak tidur tomato tu kat mata, esok dah dalam perut..ahaksss. 
- Esok pagi bangun dan boleh bilas.. Lagi kerap buat lagi elok kesannya.

Wednesday, December 17, 2014

NEW BLOG LISTING

Macam yang telah sy katakan dulu, blog jomsantaisekejap ni akan sedikit demi sedikit menjalani proses perubahan sebab hari tu dah banyak widget dan gadget yang sy delete untuk meringankan blog ini ke tahap impak maksima...termasuk lah bloglisting. Terpaksa sy delete blog2 rakan bloggers yang sy sayangi sebab nampak macam diorang dah lama tak aktif..terpaksalah sy delete..huhu. Sorry friends... Bukan niat.
Ok...Jadi untuk bloglisting baru ni sy cuma akan masukkan beberapa rakan bloggers yang selalu singgah atau selalu komen...which ever yang banyak first...Haha ambik kau "Oh My English"... Blog Kak Ct Payong tu memang sy tak boleh nak delete sebab Kak Ct tu dah umpama mentor dan kakak sy..ahaksss... So jika anda lihat ada kelihatan penambahan dalam bloglisting, jangan terkejut..semua tu perubahan kecil dalam blog sy ni... Keep blogging semua rakan bloggers.

Friday, December 12, 2014

HAMPIR 4 TAHUN BERBLOGGING...

Diam tak diam 2014 dah hampir sampai ke penghujungnya... Sana sini dah terdengar lagu2 Jingle Bell.. ahaksss. Santa Claus ada kat merata2 shopping complex, cuma size je yang berbeza..ada yang besar, ada yang kecik...tgk pada si pemakai costum tu. Hari pun sedang elok aje..asyik hujan aje sejak dua menjak ni nak2 bila dekat2 petang.
Diam tak diam jugak rasanya dah hampir nak mencecah 4 tahun sy berblogging.. rasa macam baru semalam aje post entry pertama, tapi bila imbas balik...ini merupakan entry yang ke 900. How times fly...ceehhh wahhh.. speaking kejap. Ada pasang surut dalam dunia blogging... kadang2 bersawang pun ada kadang2 bila naik hantu sampai satu hari tu post 3 entry pun ada... tu memang naik hantu betul..ahaksss.
But...bagi yang minat, memang menyeronokkan bila kita berblogging. Lupakan sejenak dengan kesibukan whatsapp dan facebook, then kita akan nampak betapa dunia blogging memberi satu impak yang besar dari sudut yang berbeza. Apa2 pun...keep blogging.

Wednesday, December 10, 2014

SECUBIT KISAH BABAK 5 - MALANG MENIMPA

Bagi mereka yang mengikuti secubit kisah, ini merupakan kesinambungan daripada Secubit Kisah Babak 4 - Exam Dah Dekat yang lalu....
"Apa plan kau cuti sem ni Daniel?" tanya Husin sambil mengemas2 beg bajunya. Malam ini dia akan bertolak balik ke JB.
"Entahlah, aku ingat nak balik kampung mak aku kat Pasir Mas..tapi tak tahulah, tengok program keluarga aku macam mana..mana tahu diorang ada program terkejut yang aku tak tahu..." terang Daniel sambil melihat2 ke luar tingkap...
"Emmm tak payah lah fikir pasal Allyn tu.. dia pun entah2 dah balik bercuti. Baik kau siap2, kemas2.. jap lagi kita ke bandar, minum2..makan2 sambil borak2...lagi seronok daripada fikirkan junior selekeh tu..." Husin tau sangat apa yang Daniel fikirkan...
"Tak adalah..Aku dah tak fikirkan sangat pasal dia..Lagipun dia pun bukan fikir pun pasal aku. Kita bukannya ada apa2 hubungan pun..cuma aku terasa macam dah lama kenal dia... itu aje"...
"Haaaahh!! Macam tulah Daniel yang aku kenal... Patutnya daripada dulu kau macam ni. Nasib baik exam kau result superb... Tabik spring aku. Dah jom kita ke bandar...hari ni aku belanja.." Husin berseloroh sambil ke pintu menunggu Daniel...
Tok ! Tok ! Tok ! Kedengaran ketukan di pintu sambil Husin membuka dan terlihat seorang perempuan bertudung kelihatan panik.
"Assalamualaikum Abang...Nak tanya ni bilik Abang Daniel ke?" tanya perempuan tersebut.
"Ye kenapa Dik? Ada apa2 ke?" tanya Husin sambil memerhatikan Daniel yang berjalan mengerut dahi tertanya2....
"Kenapa dik? Saya Abang Daniel...ada apa dik? tanya Daniel pula.
"Allyn bang... Allyn accident pagi tadi...." terus perempuan itu lari, meninggalkan Husin dan Daniel tertanya2 lagi....... Accident? Kenapa perempuan tu bagi tahu diorang?

Tuesday, December 9, 2014

RESEPI ASAM PEDAS TELUR GORENG ALA SANTAI

Asam Pedas Telur Goreng
Minggu lepas sy berkesempatan memasak asam pedas tapi resepi kali ini kira resepi untuk masakan yang simple atau khas untuk orang2 bujang yang malas nak keluar tapau sebab resepi kali ini kata orang adalah asas saja sebab masa tu bahan pun tak banyak kat rumah..ahaksss.
Antara bahannya adalah :
2 biji telur yang telah digoreng dulu dan kemudian asingkan.
4 biji bawang kecil dikisar
2 biji bawang putih dikisar
Sedikit halia dikisar
Sedikit kunyit dikisar
10-15 cili kering dikisar
1 batang serai
Suku cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya pun mudah sesangat. Panaskan minyak dalam 2 Sudu besar, kemudian masukkan bahan2 kisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan dalam 2 cawan air dan kacau. Kemudian masukkan serai dan air asam jawa. Akhirnya tambahkan garam dan gula secukup rasa...dan masukkan telur goreng. Dah siap. ( Untuk menambahkan kelainan rasa, sy tambah beberapa potong sausage dan jugak daun sup )

Monday, December 8, 2014

OPERASI KEMAS KINI BLOG

Oleh kerana hari tu sewaktu membuat operasi pembersihan blog, maka banyaklah gadget2 dan widget2 yang tidak diperlukan terpaksa sy delete untuk me'ringan'kan balik blog ini... Jadi dalam masa yang sama jugak sy dapat membuat sedikit kemas kini dan menambah sedikit pembaharuan terhadap blog ini... Rasanya dah lama jugak sy menggunakan photo 'secawan kopi' tu sebagai trademark blog Jomsantaisekejap dan jugak pada facebook dan twitter jomsantaisekejap... Nak kena tukar ke? Ramai yang dok tanya kenapa gambar cawan je.. ahaksss....
Bloglist sy tu pun banyak yang terpaksa sy delete... sebab ada yang tidak aktif dan dah lama bersawang...sedih jugak bila ada antara rakan bloggers yang dah tak aktif, maybe sebab sibuk atau ada yang sudah mendirikan rumahtangga, komitmen dah lain..dah tak macam dulu masa bujang2.. Apa2 pun bloggers ni macam cendawan, sentiasa tumbuh yang baru selepas hujan.... 

Wednesday, December 3, 2014

NUFFNANG PREMIERE SCREENING - SIPNOSIS

Semalam sy berkesempatan untuk menonton cerita Alexander & The Terrible, Horrible, No Good , Very Bad Day... Thanks to Nuffnang Premire Screening..opss speaking pulak. Macam biasalah bertempat di TGV One Utama. Semalam rasanya tak banyak tayangan untuk Premiere Screening seperti selalu, tapi macam biasa layanan staff2 Nuffnang memang awesome.. Ok. Selalu nya sy buat entry berasingan pasal sipnosis cerita, tapi kali ni sy buat terus je dalam entry ni...
Ceritanya mengisahkan tentang seorang budak bernama Alexander yang mempunyai keluarga yang sibuk dan semua seperti tidak menghiraukannya apalagi apabila nasib Alexander sentiasa aje malang..tidak kira dia bercakap, membuat sesuatu, melihat sesuatu..ada je yang tak kena hinggakan tiada sesiapa yang pedulikan dia hinggalah satu malam beberapa saat selepas harijadinya dia membuat permintaan agar nasib malang itu berbalik kepada semua ahli keluarganya....
Daripada situlah banyak kejadian2 yang melucukan dan penuh tunggang langgang melanda keluarga Alexander...daripada ibunya yang kehilangan kerja, bapanya yang terpaksa menjadi househusband.. kakaknya mendapat selsema, abangnya kehilangan teman wanita..dan macam2 lagi.. Walaupun unsur lawak tu datang pada pertengahan cerita, tapi untuk hiburan keluarga, cerita ini memang sesuai sangat2... Selamat menonton.

Monday, December 1, 2014

HUJAN DAN BURUNG

Dua tiga hari ni hujan begitu lebat turun di kawasan sy..pukul 2 ptg je dah gelap macam malam. Jadi aktiviti weekend memang hanya dok kat rumah ajelah, nak berkebun tak boleh, nak basuh kereta memang tak berbaloi, nak menonton astro memang tak akan ada selagi hujan turun. Jadi apa yang boleh ialah aktiviti mengemas ajelah jawabnya....ahakss. Tapi macam sy pulak, nak mengemas ni kena ikut mood..kalau tak de mood... kita kemas macam mana pun memang nampak tak cantik. Macam tak mengemas je...
Jiran sebelah rumah sy ni pulak, memang peminat dan suka bela burung2... tapi katanya dia suka beli bukan sebarang burung..tapi burung yang boleh berbunyi dan menyanyi chipp chippp je..macam burung2 sekolah dalam cerita 3 Abdul tu,,,ahakss. Jadi, bila hujan turun dengan lebatnya..burung2 tu pun ikut sama riuhnya sama bising dengan hujan.. Bukan kat depan rumah, belakang rumah dia pun penuh dengan sangkar burung..kira depan belakang rumah boleh dengar burung2 'menyanyi'..ahakss... Jadi sekarang bukan katak je yang panggil hujan, burung pun panggil hujan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails