Wednesday, December 24, 2014

MALASNYA NAK KE KULIAH

Sekarang ni asal petang je mulalah hujan... Bila hujan ni rasa malas betul nak ke kuliah. Apa lagi kalau lepas makan tengahari. Member2 satu bilik pun dua kali lima je..siap yang ada batu apa lagi cakap kelas petang ni tak penting.. tak effect CGPA pun kalau markah exam rendah..Perghhh senang nya diorang cakap, yelah diorang ni walaupun malas macam tu, otak diorang memang jalan.. Sebab tu result paper diorang kencang2.. Dapat 4 pangsapuri pun ada ( flat dalam erti kata lain ) Lainlah macam sy ni yang serba sederhana... Baca nak 3,4 kali baca baru faham.. Latihan bukan setakat latih tubi, tekan tubi, terjah tubi..semua tubi buat baru boleh faham... So, akhirnya, malas ke, ngantuk ke, sejuk ke, hujan ke, panas ke... nak tak nak kena jugak ke kuliah dan yang paling bestnya, member satu rumah pun semua pergi kuliah petang ni...
"Wehhhh!!! beranganlah tu. Tu hahhh ada client nak jumpa" satu suara mengejutkan sy dari angan-angan sy... Kalau lah boleh balik kezaman belajar dulu.

1 comment:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails