Wednesday, December 10, 2014

SECUBIT KISAH BABAK 5 - MALANG MENIMPA

Bagi mereka yang mengikuti secubit kisah, ini merupakan kesinambungan daripada Secubit Kisah Babak 4 - Exam Dah Dekat yang lalu....
"Apa plan kau cuti sem ni Daniel?" tanya Husin sambil mengemas2 beg bajunya. Malam ini dia akan bertolak balik ke JB.
"Entahlah, aku ingat nak balik kampung mak aku kat Pasir Mas..tapi tak tahulah, tengok program keluarga aku macam mana..mana tahu diorang ada program terkejut yang aku tak tahu..." terang Daniel sambil melihat2 ke luar tingkap...
"Emmm tak payah lah fikir pasal Allyn tu.. dia pun entah2 dah balik bercuti. Baik kau siap2, kemas2.. jap lagi kita ke bandar, minum2..makan2 sambil borak2...lagi seronok daripada fikirkan junior selekeh tu..." Husin tau sangat apa yang Daniel fikirkan...
"Tak adalah..Aku dah tak fikirkan sangat pasal dia..Lagipun dia pun bukan fikir pun pasal aku. Kita bukannya ada apa2 hubungan pun..cuma aku terasa macam dah lama kenal dia... itu aje"...
"Haaaahh!! Macam tulah Daniel yang aku kenal... Patutnya daripada dulu kau macam ni. Nasib baik exam kau result superb... Tabik spring aku. Dah jom kita ke bandar...hari ni aku belanja.." Husin berseloroh sambil ke pintu menunggu Daniel...
Tok ! Tok ! Tok ! Kedengaran ketukan di pintu sambil Husin membuka dan terlihat seorang perempuan bertudung kelihatan panik.
"Assalamualaikum Abang...Nak tanya ni bilik Abang Daniel ke?" tanya perempuan tersebut.
"Ye kenapa Dik? Ada apa2 ke?" tanya Husin sambil memerhatikan Daniel yang berjalan mengerut dahi tertanya2....
"Kenapa dik? Saya Abang Daniel...ada apa dik? tanya Daniel pula.
"Allyn bang... Allyn accident pagi tadi...." terus perempuan itu lari, meninggalkan Husin dan Daniel tertanya2 lagi....... Accident? Kenapa perempuan tu bagi tahu diorang?

3 comments:

  1. owh menarik cerita nih.. baru start baca.. tapi baca dari chapter nih baru gi ke yg sebelumnya..

    sape Alynn tuh?

    bila baca yg chapter 1 ingat Alynn tuh ghost form.. tapi dekat sini dia baru je accident.. hurmm.. and why adk tu bagitahu keadaan Alynn dekat Daniel.. hurmmm I wonder...

    next next can't wait :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,,dah siap pun next chapter...akan di post entry nya nanti... Tkasih kerana singgah...

      Delete
    2. owh dah siap dah :D hehe XD
      taks abar nak baca next chapter..

      sama-sama :3

      Delete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails