Monday, December 22, 2014

KATA ORANG - KALAU DAH BUKAN JODOH

Selalu orang berkata kalau dah jodoh tak kan kemana... Kalau tak ada jodoh, buat apa sekalipun memang tak kan jadi jugak. Apa yang terjadi ada sebab2 yang kita tak nampak dan tahu. Begitu jugaklah yang terjadi pada salah seorang rakan sepengajian sy dulu masa di UiTM... Baru semalam sy menghadiri majlis perkahwinan dia ..buat kali ke dua. Storynya? macam ni.......
Nama kawan sy ni Bob ( Bukan nama sebenar ) masa dari zaman budak2 lagi begitu rapat dengan anak jirannya yang bernama Azie ( pun bukan nama sebenar) daripada tadika, sekolah rendah hinggalah keperingkat menengah hinggakan persahabatan rapat mereka bertukar menjadi satu ikatan hati yang tidak dapat mereka elakkan lagi kerana terlalu mengenali diri dan hati masing2. Namun detik ujian mula mendatang apabila kedua2 keluarga Bob dan Azie terpaksa berpindah kerana urusan kerja dan keluarga. Keluarga Bob terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana bapa Bob ditukarkan kesana dan keluarga Azie terpaksa berpindah ke Mersing kerana urusan harta setelah nenek nya meninggal dunia. Oleh kerana zaman itu bukan secanggih sekarang. Zaman handphone baru diperkenalkan maka perhubungan dan komunikasi mereka lebih kepada surat dan talipon awam.. dan akhirnya bila masing2 melanjutkan pelajaran ke peringkat U..hubungan itu terputus juga, entah dimana silapnya, tak pulak sy diberitahu.
Beberapa tahun kemudian apabila Bob yang telah bekerja ketika itu, mengambil keputusan untuk bercuti dan pulang melawat rumah lama keluarganya sambil menziarahi jugak sanak saudaranya yang masih tinggal dikawasan itu. Di takdirkan... dia bertemu dengan Azie disatu tempat yang menjadi lokasi pilihan untuk mereka berjumpa dulu..di satu taman berdekatan dengan kawasan perumahan lama mereka. . Hampir 10 tahun memisahkan mereka sejak mereka melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Detik pertemuan yang cukup sedih, pilu, gembira, marah dan keliru. Semua perasaan terkumpul dalam satu rasa..satu detik.....Tapi sayang, bukan pada waktu yang sesuai, kerana kedua2 mereka telahpun berkahwin.....
(Kisah selanjutnya selepas ni ye... penat menaip..ahakkss. Rehat jap )

3 comments:

  1. assalam.
    ni pun bahaya baru...bahana whatsapp & facebook. reunion sana, reunion sini. akhir sekali bercerai kerana reunite ngan kekasih lama dari bangku sekolah. harap2 adik2 kakCT jangan salah guna nikmat Allah...

    ReplyDelete
  2. Wasallam Kak Ct.... memang dah banyak pun terjadi.. memang itulah pengaruh dan kesan komunikasi alam maya yang akhirnya membawa ke alam nyata..huhu...
    apa2 pun adik kak ct sorang ni belum masuk dalam katogeri tu lagi..ahaksss

    ReplyDelete
  3. Sedihnya.bukan jodoh mereka berdua

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails