Wednesday, December 24, 2014

KATA ORANG - KALAU DAH BUKAN JODOH II - FINAL CHAPTER

Beberapa hari lepas sy ada post entry pasal kawan sy si Bob, so ini merupakan sambungan ceritanya.. kalau nak tahu permulaan ceritanya just klik kat sini dalam Kalau Dah Bukan Jodoh
Pertemuan yang tidak diduga itu walaupun mengundang kegembiraan dan menghilang kerinduan namun lebih banyak membawa kedukaan kerana mereka tidak dapat lagi menjadi seperti dahulu.. Masing2 sudah pun mempunyai keluarga masing2.
Di pendekkan cerita. Beberapa tahun selepas pertemuan itu, Azie bercerai. Bukan kerana orang ketiga, bukan kerana Bob tapi memang rumahtangga Azie mempunyai masalah terutama masalah kewangan menyebabkan berlaku selisih faham yang besar. Hubungan Bob dan Azie kembali bertaut, kembali bersinar walaupun Azie tahu Bob masih lagi mempunyai tanggungjawab terhadap keluarganya...begitu jugak Azie yang mempunyai 2 orang anak. Namun disebabkan tidak mahu mengganggu kehidupan rumahtangga Bob dan dia jugak tahu akan perasaan seorang isteri, maka Azie mengambil keputusan untuk mengundur diri walaupun dia tahu Bob mampu untuk mengambil dia sebagai isteri kedua dan membahagi kasih.... sekali lagi mereka terpisah walaupun secara paksa, namun dihujung pertemuan Bob tetap menyatakan bahwa dia sentiasa menunggu Azie jika takdir memihak kepada mereka satu hari nanti.....Huhuhu. ( opsss sy enterframe sekejap )
Di pendekkan cerita lagi, rumahtangga Bob juga menerima nasib yang sama selang setahun kemudian...  Perkahwinannya jugak menemui jalan perpisahan disebabkan orang ketiga.
Selang beberapa bulan kemudian, setelah Bob tenang kembali dan dapat memulakan semula kehidupan sebagai seorang duda, Bob mengambil keputusan untuk berkongsi cerita dengan Azie dan berharap hubungan silam mereka dapat di sambung kembali kerana kali ini, pasti Azie dapat menerimanya dengan statusnya yang kembali 'single'....
Di pendekkan sekali lagi cerita.... Satu hari Bob dapat juga menghubungi Azie dan terasa betapa gembiranya Bob seakan2 sesuatu yang lama terpendam dan tersekat kini sudah bebas.. Namun saat sebelum sempat Bob menceritakan yang dirinya sudah berpisah, Azie terlebih dahulu menceritakan yang dirinya baru saja mendirikan rumahtangga buat kali ke 2 atas pilihan keluarganya.......
Emmmmm ........ Kata orang, kalau dah bukan jodoh.
Dan bulan lepas sy pulak menghadiri majlis perkahwinan Bob...jugak untuk kali kedua...dan yang pastinya bukan dengan Azie.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails