Bagi mereka yang mengikuti kisah Daniel dan Allyn, ini adalah kesinambungan daripada Secubit Kisah Babak 5 - Malang Menimpa
“Allyn masuk hospital?!!” Daniel dan Husin
terpinga-pinga. Daniel tertunduk sekejap manakala Husin menepuk belakang Daniel
cuba menenangkan keadaan…
“Hospital mana? Macam mana keadaan dia? Kenapa pulak
budak tu beritahu kita?” Daniel tertanya-tanya..
“Aaa..ahhh. Apa punya masalahlah dengan budak tu.. Bagi
tau sekerat2, kan dah bercelaru cerita ni.. Mana kita nak cari? Kau ada no
handphone member2 Allyn?” seloroh Husin walaupun dia tau jenaka tu kalau tak kena
memang dia yang akan kena…
“Kau ni, dalam keadaan macam ni pun nak buat lawak… Jap.
Aku rasa aku ada simpan no handphone classmate dia..” sambil Daniel membelek2
nama yang tertera di handphonenya dan terus mendail no tersebut……
“Hello…Ini Aini ke? Abg Daniel ni.. Nak tanya betul ke Allyn
accident ?” Daniel bertanya setelah mendengar satu suara dari nombor yang
dihubunginya.
“Ye Abg Daniel… Aini ni pun kat Hospital Universiti.
Allyn masih dalam bilik pembedahan.. Abb…” perbualan itu terus putus. Daniel
terus bergegas sambil disusuli Husin.
Dalam setengah jam, Daniel dan Husin sampai di pintu
masuk Hospital. Setelah diberitahu oleh pembantu Hospital dimanakah lokasi
bilik pembedahan, Daniel dan Husin terus berjalan pantas. Sesampainya di sana
kelihatan Aini bersama2 beberapa orang yang sedang resah menunggu dan tiba-tiba
satu suara terdengar…
“Ehh Daniel pun datang…” suara perempuan dewasa memecah
kerisauan mereka2 disitu..
“Makkk..makk cik kenal..kenal saya?” Daniel kehairanan…
sambil Aini dan Husing saling berpandangan.
“Kenapa pulak takkk....."
“Hishhhh awak… “ Seorang lelaki dewasa mencuit tangan
perempuan itu sambil menggeleng2 kepalanya seolah2 melarang perempuan itu
daripada meneruskan perbualannya.
Macam mana mak cik itu boleh mengenali Daniel? Apa rahsia
yang sebenarnya yang tersurat dan tersirat selama ini. Memang benarlah kata2
Allyn bahwa dia mengenali Daniel…tapi siapakah Daniel?
No comments:
Post a Comment
TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài