Friday, October 23, 2015

HUHUHUHU....

Tak tahu nak letak tajuk apa bila dah lama sangat tak berblog sebab banyak sangat hal yang berlaku beberapa bulan ni...pindah rumah..pindah kerja... saudara meninggal.. kena ulang balik kampung.. jerebu pun masuk dalam list jugak..ahakssss. So akhirnya jadilah bersawanglah blog ni sekian lama. Beberapa kali tu cuma sempat tgk blog je tapi tak sempat nak post apa2.... Anyway, biasalah adat berblogging. Kadang ada masa, kadang tidak..kadang tiap2 hari ada je post kadang2 bertahun hilang. 
Apa2 pun banyak2 terimakasihlah kepada semua rakan bloggers yang masih singgah dan singgah walaupun tuan blog 'bercuti'... siapalah kita tanpa mereka2 yang sentiasa datang bersantai kesini kan kan kan... 

Monday, August 17, 2015

BODEK MEMBODEK TERBODEK

Bila kita masuk ke dunia kerjaya, situasi atau keadaan bodek membodek boss pasti selalu kita jumpa samada secara terang-terangan atau gelap-gelapan... Antara ayat-ayat bodek yang selalu sangat kita dengar ialah (tak kiralah boss tu lelaki atau perempuan):
"Boss nampak lain sikit hari ni.. tambah handsome/cantik " walaupun semua staff kat situ tahu boss kita tu taklah handsome dan cantik...
"Boss nampak muda lah hari ni." walaupun boss kita tu sebenarnya dah tua sangat.
"Baju baru ke Boss? Nampak segak/ cantik hari ni" Ni skrip wajib setiap kali boss pakai baju baru.
"Apa2 boss decide, kitaorang ikut je" walaupun dalam hati nak membantah.
 "Ahhh...betul...yes Boss...correct" setiap kali Boss explain pasal kerja tulah jawapan kita.
"Boleh Boss..Sy boleh datang kerja. No problem" tak pernah bantah bila Boss suruh datang kerja hari minggu walaupun sebenarnya kita tak suka kerja hari minggu.
"Boss cutilah rehat.. Jangan risau pasal office ni" Bila Boss mengeluh kepenatan...........
Amalan bodek membodek ni memang dah jadi lumrah..bukan setakat dengan boss aje, dengan sesiapa saja yang dirasakan mempunyai kepentingan pasti ada situasi bodek membodek ni, cuma kalau boleh jangan lah sampai bodek membodek ni dibuat dengan niat untuk menjatuh atau memalukan orang lain.. cukuplah sekadar untuk diri sendiri. Tepuk dada tanya selera..tak gitu?

Wednesday, August 12, 2015

PECAH KACA PECAH GELAS....

Walaupun bulan Syawal sudah semakin sampai ke penghujung, ramai jugak yang plan nak buat open house sambil menghabiskan kuih-muih raya yang masih ada stock... kemeriahan tetap ada. 
Teringat zaman kecik2 dulu terutama waktu raya, kad2 raya sentiasa menjadi pilihan untuk menjadi pengganti diri bagi merapatkan siratulrahim dan bermaafan dan mengucapkan selamat hariraya. Masa nilah selalunya kita akan berlumba2 untuk melihat siapa paling banyak dapat kad raya sampai ada yang beli sendiri, tulis sendiri, hantar sendiri, baca sendiri dan akhirnya syok sendiri.. kononnya daripada kawan..ahaksss. Tapi memang seronok apalagi jika mendapat kad2 melalui pos... Tapi sekarang semuanya hanya melalui facebook atau whatsapp je. Macam2 style boleh buat... walaupun masih ada segelintir yang menghantar kad2 raya...
Ayat skema yang paling selalu digunakan ialah pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.... jadi sapa yang belum baca tak payah balas...ahaksss. Ingat2 balik... ...

Monday, August 10, 2015

KE INDONESIA KE KITA?

Entah macam mana sy boleh tertarik melihat rancangan yang di 'bintangi' oleh Wak Doyok dan Myo yang disiarkan di TV9 bermula daripada rancangan Ke Korea Ke Kita sebelum ini. Selain dapat melihat telatah mereka berdua dan krew2 yang tak kering gusi, kita jugak mendapat serba sedikit pengetahuan tentang tempat dan jugak sejarah tempat2 yang mereka lawati. Memang lawak habis. Ada jugak yang tidak berapa suka dengan style Wak Doyok tu..ahaksss, tapi dalam rancangan ni sy rasa telatah dia tu melebihi daripada style dia. Bagi sy agak 'better' sikit dibandingkan dengan satu lagi rancangan yang disiarkan di TV9 iaiti 'Lari' yang dibuat seakan2 sama macam Running Man. Anyway, keep it up guys.... Lepas ni kemana kita?

Saturday, August 8, 2015

RESEPI TELUR MASAK KICAP ALA SANTAI - RETRO

Ehsan Google
Semalam rasa malas yang amat sangat nak makan apalagi nak masak, jadi lauk paling senang nak masak adalah telur..ahaksss. mula-mulanya nak makan maggi...tapi rasa macam nak makan nasi, so paling senang sy masaklah telur masak kicap. Resepi paling mudah selain daripada masak air dan goreng telur.. ahaksss.
Jadi bahan2nya adalah:
2 biji telur yang telah digoreng ( mata lembu )
2 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
1 biji lada dihiris panjang.
1 ikat daun pandan
1 batang serai
Sedikit air di campur dengan sesudu kecil tepung gandum. Garam secukup rasa.
Caranya cukup mudah. Panaskan kuali, masuk minyak sedikit dan tumis semua bahan sekali sampai naik bau. Kemudian masukkan air dan garam secukup rasa dan akhirnya masukkan telur. Walaaaaaa...siap untuk di makan.

Friday, August 7, 2015

PENING DENGAN ISU SEMASA

Sejak kebelakangan ni bertalu2 keluar kat media cetak dan media masa mengenai isu2 hangat yang mana menimbulkan banyak tanggapan dan tandatanya apalagi bila berkait dengan 1MDB. Sy sebenarnya bukan berminat nak tahu tapi dah tiap hari keluar berita nak tak nak kena tengok dan dengar jugaklah tapi semakin sy tengok dan semakin sy dengar... semakin pening jadinya. Siapa yang betul siapa yang salah? Ahaksss....  Sana sini tidak kira di whatsapp, facebook mahupun internet semua isu2 ni dah jadi bahan lawak.
Rasanya isu kos kehidupan, harga petrol serta harga barangan yang tinggi pun masih belum dapat diselesaikan tambah pulak dengan masalah2 yang macam ni... nak tak nak yang merasa semua tempias kesusahan adalah rakyat Malaysia jugak. Apa2 pun sy berharap sangat agar semua pihak dapat mengatasi isu2 ini dengan seadilnya dan selesaikan isu2 semasa lain yang jauh lebih penting... khasnya untuk rakyat Malaysia.

Thursday, August 6, 2015

LEPAS RAYA, OPEN HOUSELAH PULAK...

Memang kebiasaanlah, lepas je Hariraya, bermulalah musim open house.. Cuma tahun ni, sy rasa keghairahan orang untuk membuat open house tu memang nyata berkurangan. Kalau macam tahun2 lepas rasanya dalam seminggu tu adalah tak kurang 2,3 jemputan seminggu untuk open house tapi tahun ni seminggu mungkin ada 1 je.. Apalagi dengan kenaikan harga barang, harga minyak petrol (walaupun harga pasaran dunia menurun.... ahaksss ) dan dengan GST nya lagi, maka tak ramai yang 'berminat' nak buat open house.....
Minggu lepas sempat sy join open house aka open bank sebab yang buat tu yelah Bank Rakyat seluruh Malaysia diorang buat majlis makan2 raya..Masuk dalam Malaysia Book of Record. Sy masa tu dapat whatsapp dari kawan sy yang merupakan bekas pekerja Bank Rakyat yang memberitahu bahwa ada open house kat Bank Rakyat...Emm kebetulan, office sy tu jalan beberapa tapak je dah sampai..apalagi, tanpa membuang masa terus je pergi...ahakss kebetulan pulak waktu lunch masa tu. Macam2 juadah ada. Ada lontong, roti jala, nasi minyak, rojak, pelbagai kuih raya.....Tkasih ye Bank Rakyat.. Kalau boleh buatlah sebulan..Kan sebulan beraya..huhu.

Wednesday, July 29, 2015

LEPAS RAYA MOOD HILANG KEJAP

Ahakssss.... lepas beraya sakan..lepas cuti panjang. Bila balik kerja terasa malas sangat2 nak buat. Lepas tu macam ada terasa selain kerja ada lagi benda yang hilang...tengok punya tengok, aduhsss my blog.... hahaha. Lama nya tak bukak blog. Nasib baik ingat password...ahaksss. Tulah kesan daripada cuti beraya lama sangat sampai lupa dah semua benda. Well cuti raya kali ni memang memenatkan tapi seperti biasa menyeronokkan... itu sudah pasti apalagi bila dapat jumpa adik beradik dan bonda tercinta. Dapat rasa masakan2 dari air tangan mak yang tak pernah berubah kesedapannya.. dapat bermanja dengan mak dan adik2... tiada dapat di gambar rasanya.
Buat pertama kali raya kali ni sy tak berjalan pun ke bandar JB. Selalunya sy akan berlegar2 dan melepak-lepak melihat keindahan pantai Lido dan Stulang Laut..tapi kali ni masa sy banyak dihabiskan kat rumah saja sambil melayan saudara mara beraya dan tak kurang jugak budak2 entah dari mana2 datang nak beraya.... pendek kata belum sempat nak basuh gelas, dah datang group lain nak beraya.. huhu... Apa2 pun setahun sekali kan.. 

Friday, July 17, 2015

SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI 2015

Beli garam di kedai Pak Esa,
sambil membeli kuih keria,
selesai sudah sebulan berpuasa,
berlalu pergi Ramadhan yang mulia.

Berjalan balik jumpa Mak Timah,
duduk di para sambil bercerita
masing-masing sibuk menghiasi rumah,
sempena menyambut Syawal yang ceria.

Sana sini mercun berbunyi,
riang ria kanak-kanak bersorakan
Takbir raya mula memecah sunyi
Sesama kita bermaaf-maafan

Kepada semua rakan bloggers yang di kasihi, sempena kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri ini, sy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua, maaf zahir dan batin. Semuga Ramadhan lepas kita mendapat ganjaran dan keberkatan dan Raya ini pula kita mendapat kegembiraan dan menghayati erti Hariraya yang sebenar sambil tidak melupakan kepada mereka2 yang dalam kesusahan.


Thursday, July 2, 2015

KISAH PILU DI BULAN RAMADHAN

Ehsan Google
Kisah ini berlaku lebih kurang 9 tahun yang lepas. Masa tu kira hujung-hujung bulan puasa dan sy sedang bermain bola bersama member-member yang tinggal di taman perumahan berdekatan... bagi peluh sikit sebelum berbuka puasa. Dalam sy dok main tu, sy ternampak ada seorang pak cik berkain pelikat sedang duduk dihujung taman sambil memerhatikan kami bermain... Hari esoknya pun pak cik tu masih duduk di tempat yang sama. Begitu jugak hari ketiga.. Hari keempat, sy memberanikan diri bersama seorang kawan sy pergi ke tempat pak cik tersebut...
"Assalamualaikum Pak Cik.." sy memberi salam sambil sy dan kawan sy menghulur tangan bersalam dengan pak cik tu.
"Waalaikumusallam.." jawab pak cik tu pendek.
"Pak cik tinggal kat sini ke?" tanya kawan sy pulak sambil mengesat peluh.
"Tak adalah nak.. Pak cik tengah tunggu anak pak cik main bola tu.." sambil pak cik tersebut melihat2 ke arah padang. Sy dan kawan sy jugak memerhati ke arah padang tapi tiada sesiapa yang ada. Semuanya sudah balik kerumah masing2 bagi persiapan berbuka puasa. Mungkin pak cik tu rabun agaknya...
Tiba-tiba Pak Cik tersebut mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. Sy dan kawan sy bertanya kan kepada pak cik tu apa yang berlaku. Pak cik hanya mengerang, Apa lagi, sy dan kawan sy cepat-cepat memapah pak cik tersebut menaiki kereta dan terus ke hospital yang berdekatan.
Sesampai je di hospital, pak cik tersebut terus di bawa ke bahagian kecemasan dan kemudian dalam sejam, seorang doktor mengesahkan bahwa pak cik tersebut mengidap kanser perut tahap kritikal dan perlu menjalani rawatan esoknya... Sy dan kawan sy pun pergilah menemui pak cik tu yang sudah ditempatkan di wad dan siasat punya siasat.....barulah sy tahu.
Rupa-rupanya beberapa bulan sebelum tu, pak cik ni telah ditinggalkan oleh anak dia di sebuah taman perumahan berdekatan dengan padang bola. Pada hari tu, anaknya menyuruh pak cik ni duduk disebuah kerusi sambil menunggu dia pergi bermain bola namun kemudian anak dia terus menghilangkan diri. Atas keperihatinan penduduk setempat, pak cik ni di bawa kerumah kebajikan orang-orang tua. Namun risau takut-takut anak dia datang menjemput dia di taman, maka pak cik ni nekad "lari" dan apabila terlihat ada taman dengan padang bola, terus pak cik ni duduk walaupun sebenarnya tempat pak cik tu ditinggalkan bukanlah di taman tempat sy dan kawan sy menemui pak cik ni..... Tersentak jugak sy mendengarnya. Selalu sy cuma baca paper hal2 sebegini, sekarang berlaku di depan mata...
Dipendekkan cerita, sehari sebelum Hariraya, sy dan kawan sy pergi ke hospital di mana pak cik ni menjalani pembedahan. Sesampainya di sana, sy pun bertanyakan kepada jururawat bertugas wad manakah pak cik tu berada, namun alangkah terkejutnya sy apabila jururawat itu memberitahu bahwa pak cik tersebut telah meninggal dunia 2 hari yang lepas dan jenazahnya telah pun di tuntut oleh keluarganya semalam. Siapa yang menuntutnya tidaklah sy tahu kerana jururawat tersebut menyuruh sy pergi ke bahagian pentadbiran jika ingin tahu...jadi sy fikir tak perlulah. Sy dan kawan sy pun terus masuk kekereta sambil terkedu sekejap... ternampak jelas airmata kawan sy hampir mahu menitis. Begitu jugak sy.. Tak sangka boleh terjadi sampai macam tu...... 
Malam tu, sesampai je sy ke kampung halaman sy, terus sy memeluk kedua ibubapa sy dengan erat.. seerat-eratnya sambil memohon maaf atas segala kesilapan dan menyatakan sayangnya sy kepada mereka... Ibubapa sy sedikit terkejut, tapi biarlah...


Wednesday, July 1, 2015

AIR PILIHAN DI BULAN PUASA

Pastinya kalau di bulan puasa ni menu yang paling laris di Bazaar Ramadhan adalah air. Tengok gerai air dengan pelbagai rasa dan pelbagai warna je pun sudah menaikkan ghairah  keinginan tahap kedahagaan kita...ahaksss. Cuma sy rasa harga air yang dijual tu rasanya sedikit mahal berbanding dengan kos untuk buat air yang murah dan mudah berbanding mereka2 yang menjual kuih-muih dan lauk pauk. Kalau sy google, ada setengah tempat menjual RM2 sebungkus, ada yang menjual RM3 sebungkus dan ada jugak yang sampai RM4 sebungkus.
So banyak2 air, air apakah yang sentiasa menjadi pilihan bagi mereka-mereka yang berpuasa untuk berbuka puasa?...ahaksss
Antara air yang paling laris terjual di bazaar-bazaar Ramadhan adalah air tembikai, air tebu, air mata kucing, air kelapa dan air teh bunga. Ada jugak air2 lain seperti sirap bandung, sirap, katira, jagung, asam boi, nenas, laici, sarsi, oren dan lain-lain lagi....
Bagi yang berbuka di rumah dan tidak membeli di bazaar rasanya ada yang berbuka dengan air bergas ( kalau boleh elakkanlah.. tapi dah dahaga punya pasal kan ) dan ada jugak yang lebih suka minum air panas. Apa2 pun mulakan dulu dengan benda manis seperti kurma ye..

Monday, June 29, 2015

SAMPAINYA HATI....

Anak-anak satu amanah - Ehsan Google
Entah apalah yang nak jadi pada manusia sekarang ni... Semalam bila sy menonton berita dan terlihat pulak pasal kes budak kena dera, tulang rusok semua patah 13 pulak tu.. yang mendera tu pulak ahli keluarga sendiri ( bapa kandung dan ibu tiri ).. Macam mana boleh sampainya hati diorang ni nak mendera sampai ke tahap macam tu? Anak sendiri pulak... Tak faham..tak faham. Allah s.w.t telah mengamanahkan anak-anak untuk kita jaga dan bentuk, bukannya untuk didera atau dibuat sebagai hamba... Apa-apapun, semuga sesiapa yang bertanggungjawab tu dapat di bawa ke muka pengadilan.
Rasanya kes-kes mendera anak di Malaysia ni selalu berlaku tidak kiralah di dera oleh keluarga sendiri, pengasuh, orang gaji, saudara mara, tapi kejadian-kejadian ini sudah semakin kerap. Entah di mana silapnya hinggakan sifat-sifat kasih sayang seperti sudah hilang. Kadang-kadang tu disebabkan perkara-perkara macam ni selalu berlaku, sy sampai malas nak tengok berita... bukan lah tak nak tengok tapi tak sanggup kalau berita2 macam ni selalu keluar...tapi yelah kalau berita tak keluar, kat facebook, twitter, whatsapp... lagi laju dari berita kat tv...ahaksss.
Apa-apa pun, semuga gejala2 seperti ni dapatlah di hindari dan mereka-mereka ini mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t..... Amin.

Saturday, June 27, 2015

MACAM TAK ADA RASA APA-APA.. KAN?

Suasan di Bazaar Ramadhan - Ehsan Google
Pejam celik pejam celik dah hari ke 9 kita berpuasa... Sy rasa puasa tahun 2015 nilah tahun yang macam tak ada rasa apa-apa... ahaksss. Maksud sy keseronokan tu kurang berbanding tahun2 yang terdahulu. Sehingga hari ni sy pun belum jejak lagi ke bazaar macam tahun2 lepas. Tak tahulah samada tak ada mood atau sebab tau harga barang yang dijual semuanya sudah naik.. yelah sana sini malah dalam berita pun ramai yang komen harga makanan yang di jual di bazaar Ramadhan rata-rata naik dan tidak berpatutan... alasan sudah pastilah disebabkan GST. 
Pada hujung minggu pun bila singgah ke mana-mana shopping kompleks terutamanya disekitar Shah Alam seperti Kompleks PKNS, SACC Mall, Plaza Shah Alam dan Alam Sentral, suasana masih agak lengang, belum ada orang yang berpusu2 untuk membeli persiapan puasa mahupun raya.. mungkin masih awal agaknya tapi jelas berbeza di bandingkan tahun2 sebelumnya bila sy dapat lihat minggu pertama saja sudah ramai yang berkunjung ke shopping kompleks... terutamanya ke kedai yang menjual pakaian baju raya dan kuih2 raya...
Nak raya ni pun tengah fikir berapa hari nak cuti... ahakssss.

Friday, June 26, 2015

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU - RETRO

Pastinya bagi mereka yang mendapat pelepasan balik awal pada bulan puasa nanti akan menggunakan masa tersebut untuk memasak juadah berbuka puasa.. sy rasa pastinya bulan puasa ni blog ini pun akan ada banyak entry samada berbentuk resepi atau tempat2 untuk berbuka puasa..ahaksss. So kali ini sy mulakan dengan resepi yang agak mudah..pasti ramai yang boleh mencuba ini iaitu resepi Ikan Tenggiri Masak Taucu.
Antara bahan-bahannya adalah:
Ehsan Google
3 @ 4 keping ikan tenggiri ( Ikan lain pun boleh tapi sy selalu pakai ikan tenggiri)
1 peket taucu yang selalu jual kat kedai ( atau dalam 1/2 cawan taucu )
1/2 batang carrot di potong kecil.
1 sudu kecil kunyit
Garam,gula dan air secukup rasa.
Bahan-bahan untuk di mayang adalah:
3 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
2 biji cili merah di hiris panjang
2 biji cili hijau dihiris panjang
2 biji bawang besar dihiris kasar
1 batang serai.
Cara memasaknya. Pertamanya ikan tenggiri (setelah dibasuh) hendaklah di gaul dengan garam dan kunyit, di goreng dan kemudian di ketepikan. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan2 yang di mayang tadi sehingga naik bau. Masukkan taucu, air, carrot dan biarkan mendidih. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Setelah agak serasi dan sebati, masukkan ikan tenggiri yang sudah digoreng dan biarkan dalam seminit dua....Siap untuk dimakan.

Thursday, June 25, 2015

RESEPI AYAM GORENG MADU MANGGA

Ehsan Google
Resepi kali ni pun agak mudah. Elok sangat untuk lauk berbuka puasa. Tak perlu banyak sangat bahan dan senang je nak buat. Dalam 20 minit rasanya dah siap. Yang lama part nak goreng ayam je.. yang lain semudah ABC.. ahaksss.
Antara bahan-bahannya adalah:
4 ketul drumstick ayam atau apa2 bahagian yang anda suka
(Ayam ni terlebih dahulu digoreng garing. Just taburkan sedikit garam dan lumurkan beberapa kali dengan tepung gandum dan goreng sehingga kekuningan)
1 biji mangga yang dihiris nipis dan panjang2.
1 biji cili merah dihiris kecil2
Bahan sos nya yang dikisar semuanya adalah:
1 biji cili merah
1 biji cili padi
1 sudu tepung jagung
2 sudu madu
1/2 cawan air ( mengikut kesukaan kepekatan yang anda mahu)
Cara membuatnya pula. Goreng ayam seperti yang sy cakap tadi dan asingkan. Panaskan kuali dan masukkan dalam 1 sudu besar minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar tadi, kacau sehingga nampak sedikit pekat. Matikan api dan masukkan ayam serta hirisan mangga dan cili. Gaul sama rata dan bolehlah dihidangkan.... Boleh di makan tapi tunggu azan maghrib ye.

Wednesday, June 24, 2015

KISAH NAKAL DI BULAN RAMADHAN

Ehsan Google
Bila cakap pasal nakal ni... of cozlah ceritanya masa zaman budak2. Sy ni zaman budak2, bukanlah katogeri over nakal atau baik sangat, kira biasa-biasa aje. Ada masa nakal ada masa baik. Tapi kadang2 bergantung jugak dengan siapa kita berkawan. Kalau kita berkawan dengan kawan2 yang baik, baik lah jadinya. Bila kawan dengan yang kurang baik, maka macam tulah jugak kita sebab kita selalu akan join atau buat apa yang diorang buat... selalunya lah.
Salah satu kisah yang tak dapat sy lupakan ialah masa solat terawikh. Kira saat-saat yang memang kami nantikan kerana masa nilah dapat makan free setiap kali selesai solat terawikh. Macam2 juadah ada, almaklumlah ramai yang hantar kadang2 tu sampai tak larat dah nak kami makan sebab banyak sangat...bawak balik buat sahur...
Setiap kali bila orang mula solat terawikh, kami ( kenalah cakap kami sebab ramai lagi.. kalau tak, nampak sangat sy seorang yang nakal ) akan mula berjalan-jalan ke bahagian dapur surau, meninjau-ninjau apakah makanan yang ada untuk malam tu.. kadang2 sempat jugak kitaorang 'menjamah' satu dua kuih muih yang ada... kata orang jadi tester sedap ke tak.. ahakssss.
Bila dah survey semua makanan yang ada.. kitaorang pun baliklah semula ke saf yang belakang2.. biasalah, budak2 memang saf kat belakang sekali.. buat muka tak bersalah join balik solat terawikh.. masa tu memang tak kira berapa rakaat yang sempat kitaorang buat... huhu. 

Monday, June 22, 2015

CINTA PANDANG PERTAMA DIBULAN RAMADHAN

"Kadangkala kita tidak tahu bila cinta itu akan datang. Kita tidak tahu dengan siapa kita bercinta....."
Perghhhh pembuka cerita macam tengok movie je...
Kisah ni kisah lama. Kisah semasa sy sedang belajar di UiTM. Sy ni dikatogerikan sebagai pelajar yang biasa2 aje.. result pun biasa2.. rupa biasa2... semua biasa2 aje.. ahaksss. Dalam dok biasa2 tu, sy memang minat sangat dengan seorang student yang sama batch dengan sy tapi dalam kursus yang berlainan... Dia ni memang top student.. cantik bertudung menjadi kegilaan bukan saja kawan2 satu batch, malah senior pun berebut2..dapat jadi abang angkat pun jadilah...ahaksss
Satu ketika, waktu tu bulan puasa. Sy sedang dalam perjalanan balik dari perpustakaan.. menapak dari perpustakaan ke hostel adalah dalam beberapa ratus meter. Dalam perjalanan keluar dari perpustakaan tu sy ditegur oleh seseorang....
"Assalamualaikum... Boleh mintak tolong?"
"Waalaikumusallam.... Nak mintak tolong aaaaaaa.... mintak tolong apa ye?" Sy terkedu sekejap bila yang menyapa sy tu adalah student yang sangat2 sy admire tu ..
walaupun dari jauh.
"Boleh tolong ambilkan beg sy tak kat loker.. Kawan sy tadi dia letak kat atas. Dia dah balik. Sy ni tak berapa tinggi nak ambik beg tu... Kawan sy tinggi."
"Ooooo boleh je.. kat mana?" Sambil dia menunjukkan di mana beg itu berada dan sy pun mengambilkannya....
"Ni nak balik hostel ke? Kejap lagi dah nak berbuka..." tanya sy tanpa malu walaupun sy ni pemalu.. ahakss.
"Ye.. kawan semua dah balik. Sy kena siapkan assignment.. tu yang kena tinggal ..." 
"Emm kalau macam tu nak sy temankan ke... lagipun satu jalan kan..?" muka tak malu sy semakin menjadi2.. yelah peluang tu sekali je kan.
"Emmmm bolehlah jugak... kalau tak sure ramai yang kacau.. tak suka" jawab dia pendek.... 
Sepanjang berjalan tu banyak jugak yang kami bualkan.. dalam beberapa minit sampailah di hadapan hostel student perempuan dan saat-saat indah pun berakhir.
"Terimakasih awk ye sebab tolong sy tadi dan escort sy balik..." 
"Sama-sama...bukan apa2 pun..benda kecik je... Sy sebenarnya pun dah lama........awak..ehh mana awak?"
"Allahuakhbar Allahuakhbar!" tiba2 kedengaran suara azan maghrib berkumandang.....
"Oiii JSS. Bangun. Dah maghrib ni... orang puasa jugak tapi tak adalah tidur memanjang. Lepas tu siap boleh senyum-senyum pulak tu... mimpi aweksss lah tu?"... kawan satu bilik mengejutkan sy dan dalam masa yang telah menghilangkan cerita cinta sy.... huhu.

Saturday, June 20, 2015

RESEPI PUDING KARAMEL


Antara salah satu kuih kegemaran sy sewaktu bulan puasa ni adalah karamel atau puding karamel. Kat bazaar Ramadhan memang selalu jugak kita nampak orang jual tapi harga nya boleh tahan mahal. Jadi daripada beli mahal, makan tak puas, apa kata kita buat je sendiri... dapat bedal sepinggan karamel.. ahaksss. Buatnya pun mudah sangat.........

Bahan-bahannya adalah:
3/4 - 1 cawan gula bergantung kepada kemanisan yang anda suka
4 - 5 biji telur
1 tin susu cair
sedikit esen vanilla
1- 1 1/2 cawan air
Cara memasaknya pun mudah. Mula-mula masukkan 3/4 cawan gula dalam kuali. Panaskan dalam api sederhana sehingga nampak keperangan dan kemudian masukkan air dalam 1/2 cawan dan kacau cepat-cepat dan kemudian masukkan air gula perang tadi kedalam acuan atau bekas ( yang akan dikukus nanti). Kalau bekas besar, boleh lah dituang semuanya tapi kalau bekas kecik, kenalah guna beberapa bekas... janji lapisan gula tu tidak terlalu tebal. (Nipis je macam dalam gambar)
Pukul 4 biji telur dalam bekas, perlahan-lahan sehingga sebati. Masukkan 1 tin susu cair kedalam periuk dan panaskan dalam api sederhana dan kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan lebih kurang 3 sudu besar gula dan 3/4 cawan air. Kacau sehingga gula larut dan kemudian padamkan api dan masukkan susu tersebut kedalam bekas berisi telur tadi dan kacau perlahan2. Kemudian anda boleh tapis untuk mendapatkan isi yang lembut. Kemudian masukkan acuan yang ditapis ini kedalam bekas yang berisi gula perang tadi dan kukus dalam 30 minit. Siap untuk dihidangkan...

Friday, June 19, 2015

BULAN PUASA BUKA PERIUK

Ehsan Google
Teringat waktu zaman kecik2 dulu selalu terdengar kata-kata seperti "Puasa yang yang yok, balik rumah bukak periuk" dan macam-macam lagi. Ada yang puasa setengah hari, ada yang puasa suku hari dan ada jugak yang berlakun puasa tapi balik rumah diteguk air 2,3 gelas. Zaman budak-budak lah katakan.
Kadang-kadang ada yang tinggal berdekatan dengan sungai atau air terjun... waktu tengahari memang waktu kegemaran untuk berendam... kata orang sambil menyelam minum air cuma bezanya zaman budak2... memang betul2 diorang sambil menyelam minum air..ahakss. Tau2 kembung dah perut dok sedut air je.
Kelakar jugak bila sy ingatkan apabila waktu petang2... kira waktu untuk bermain.. menghabiskan masa sebelum waktu berbuka. So masing2 bertanya.." Kau puasa tak?" "Kau puasa tak?" ... paling best ada member yang jawab puasa tapi kuah kari masih cantik je meleleh kat tepi mulut dia..ahaksss.
Memang banyak kenangan masa kecik2 berpuasa terutama dengan kawan2 sekampung.. macam2 ragam.. Tapi tu semua kenangan. Sekarang semua dah dewasa.. ada yang masih dapat berhubung dan ada yang terpisah tanpa mengetahui di mana mereka sekarang........

Thursday, June 18, 2015

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2015

Sekali lagi bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia dipenuhi dengan seribu rahmat dan pelbagai ganjaran.
Sempena dengan itu jugak sy ingin mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua rakan bloggers, semuga kita sama-sama diberkati sentiasa. 
Kebiasaannya bila sampai time puasa pastinya cuaca akan panas.. tapi hari ni nampaknya hujan mula turun dengan lebatnya.. hujan rahmat. Rasanya tahun ini, rata2 bila di lihat dari keadaan sekeliling, sy boleh rasa Ramadhan tahun ini persiapannya agak sederhana, apalagi dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi, GSTnya lagi, harga barangan pun semua naik... nampak sangat kesannya. Tapi memang itulah yang di galakkan.. berhemah dan berjimat dalam berbelanja.
Sama2 lah kita memperbanyakkan amalan dan sentiasa berbuat baik dan sabar dengan setiap ujian yang datang lebih2 lagi pada bulan Ramadhan... Selamat berpuasa, berbuka puasa dan bersahur untuk ada semua rakan bloggers..... 

Thursday, June 11, 2015

TERJUMPA KEKASIH LAMA...

Semalam bila terasa keboringan, maka sy pun redahlah ke Shah Alam untuk pergi makan malam. Malas pulak rasa nak masak, sekali sekala makan luar lah pulak. So dalam pukul 8.30 mlm tu sy pun pergilah bersantai ke sekitar Alam Sentral, SACC Mall dan PKNS sambil meninjau2 kemanakah tempat makan malam sy... Last2, sy decide nak pekena mee sup kat kedai makan berhadapan Alam Sentral. Dalam sy dok berjalan2 menuju kekedai makan tu, tiba-tiba sy terlihat.... Ehh Ehh..Betul ke? Macam tak percaya je setelah hampir 6 tahun berpisah, akhirnya boleh terjumpa kembali. Sy pasti kini dia sudah berpunya, cuma rupa dia sudah agak kusam sikit, tapi masih lagi dengan warna kulit yang original. Oleh kerana teruja sangat, sy pun mendekatkan diri sy sambil melihat sekelilingnya tanpa menyentuh.. yelah, sudah jadi milik orang lain... Nanti kena marah free aje. 4 tahun bersama.. Kenangan yang tak dapat nak sy gambarkan, maklumlah cinta pertama sy. Ingatkan nak jugak sy tunggu untuk melihat siapa pemilik dia sekarang tapi nanti gamaknya sampai tengah malam tak muncul.. tak makan malam pulak sy nanti. Jadi sy tinggalkan kenangan sy tu dengan menyentuh sedikit di bahagian depan bonet kereta yang pertama kali sy beli dulu... Kancil 660, warna merah.. huhu.

Wednesday, June 10, 2015

RESEPI KARIPAP KECIL INTI SERUNDING

Ahakkksss.. bila nak raya ni opsss bila nak puasa dulu hahaha... marah nanti cik akak dok sebut raya padahal puasa belum lagi. Macam biasalah blog ni pun sure secara amnya akan penuh dengan resepi2 tidak kira resepi sendiri mahupun yg sy google... Tapi kebiasaannya sy hanya akan google dan buat resepi2 yang mudah supaya semua boleh buat... yang lain tu bergantunglah pada anda untuk mengubahsuai mengikut citarasa sendiri....
So, walaupun belum lagi puasa, kita start dulu dengan resepi mudah karipap berintikan serunding, tak kiralah serunding daging atau ayam... biasanya yang sedap sikit serunding daging.
Bahan-bahannya adalah:
300gm tepung gandum
50gm -60gm butter yang dicairkan.
1/2 cawan air sejuk
Serunding daging atau ayam untuk inti karipap
garam secukup rasa... dalam 1/2 sudu kecil pun dah cukup.
Sedikit serbuk kari buat penyedap karipap... namapun ada pakai kari..ahaksss
Cara membuatnya pun sesenang sangat. Campurkan tepung, kari dan garam dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian tuangkan butter yang telah dicairkan tadi sedikit demi sedikit. Kemudian tuang pula air sejuk sedikit demi sedikit sambil kita menguli adunan tadi sampai jadi doh dan rehatkan selama 15-30 minit. Lepas tu ambil doh tu dan buat kepingan bulat kecil sebagai kulit karipap ( boleh guna apa saja perkakas dapur anda yang bentuk bulat kecil....ahakksss) dan isikan dengan isi serunding dan kelim cantik2 ye... biar lagi selera anda nak makan. Lepas tu bolehlah digoreng.... mudah bukan.

Tuesday, June 9, 2015

MAIN KAHWIN-KAHWIN, KAHWIN MAIN-MAIN

Ehsan Google
Teringat masa zaman kecik2 dulu.. masa sy dok kat flat tempat arwah ayah sy bekerja. Bila musim cuti sekolah je pasti riuh rendah flat tu dengan jerit pekik budak2 yang keluar bermain tak kira apa jenis permainan... (masa tu belum ada game2 pakai handphone lagi) Daripada main guli, galah panjang, teng-teng sehinggalah pada permainan main kahwin-kahwin. Biasanya budak2 bila kita selalu kenengkan si dia dengan si dia...so diorang nilah yang jadi mangsa kena di'kahwin'kan...ahaksss. Kadang2 tu terbawak2 sampai ke jinjang pelamin pun ada... kalau dah jodohlah katakan......
Bila dah dewasa ni dan bila terlihat ramai pasangan2 muda yang bercerai dalam usia perkahwinan tak sampai setahun dua... terfikir pulak akan permainan kahwin2 dulu. Kalau zaman budak2 semua tu hanyalah satu permainan aje..tak ada istilah tanggungjawab, masalah, kerja dan macam2 lagi.. Takkan alam perkahwinan dewasa pun nak disamakan macam permainan kahwin2 masa zaman budak2 dulu? Mungkin ada benarnya jugak bezanya perkahwinan zaman ibubapa kita... Bila mereka rasa dapat memikul tanggungjawab, barulah berkahwin, barulah bercinta... Sedangkan masa sekarang, kita bercinta dahulu, kemudian berkahwin baru memikirkan tanggungjawab... ahakksss. Tu belum lagi bercinta dahulu, berkahwin sebab terpaksa bertanggungjawab...aduhaiii.    

Monday, June 8, 2015

RAMADHAN SEMAKIN DEKAT

Minggu depan bermulalah bulan puasa atau bulan Ramadhan yang mulia... kejap je kan. Kebiasaannya bagi mereka yang ketara... minggu pertama tu terasa lah sangat, nak2 budak2 yang baru nak belajar berpuasa atau orang dewasa yang susah nak puasa..ahaksss. Bagi mereka yang dah biasa buat puasa sunat pasti tidak mendatangkan apa2 masalah... 
Apa2 pun yang paling penting disamping kita memenuhi tuntutan agama untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, perlu jugak kita isi kan sebanyak mungkin kerana bulan Ramadhan inilah penuh dengan pelbagai ganjaran2 yang di janjikan Allah disamping membuat amal jariah dan lain2 lagi. Terlalu banyak menafaatnya.... 
Disamping kita mengawal nafsu tidak kira dari apa segi deria, juga mengawal nafsu berbelanja dan boros dalam membeli makanan berbuka puasa mahupun ketika menyambut Hariraya nanti.. opsss cepat nya pulak ... 

Friday, June 5, 2015

DIA.. SUAMI LUAR BIASA

Pasti ada di antara anda sedang mengikuti slot Akasia "Dia... Isteri Luar Biasa" yang sedang di tayangkan di TV3 pada jam 6.55 petang dari hari Isnin hingga Khamis... Sy pun kadang2 mengikuti cerita tu kalau berkesempatan balik awal. Cuma bila kita dah start mengikuti cerita yang bersiri ni pasti nya akan terus mengikuti hingga tamat cerita.. sebab tu kadang2 sy lebih suka tengok cerita yang tak bersiri...ahakssss.
Jadi, oleh sebab dah 'terlanjur' mengikuti cerita "Dia... Isteri Luar Biasa" ni, setakat ni memang menarik dan penuh dramatik apalagi dengan kehadiran Kak Long Raden tu yang laser dan over. Buat masa ni sy belum nampak lagi keluarbiasaan si isteri..ahakkss. Yang sy lebih nampak adalah kesabaran dan kasihsayang yang ditunjukkan oleh Dr Raden kepada isterinya.. rintangan yang datang dari Kak Longnya dan jugak dari isterinya sendiri namun dia tetap sabar dan tidak melenting... Emm tak tahulah lepas ni...ahaksss.
Apa2pun, bagi yang sedang mengikuti teruskanlah. Bagi yang belum... cuba try test tengok cerita ni.

Wednesday, June 3, 2015

BILA ADA PIHAK KE TIGA

Ehsan Google
Minggu lepas sy terima whatsapp daripada salah seorang kawan baik sy dari JB. Katanya perlukan bantuan sangat2. Selama ni jarang sekali atau rasanya tak pernah pun dia meminta bantuan sy tapi bunyinya macam penting. So sy tanyalah apa yang boleh sy bantu. Dia pun menceritakan serba sedikit tentang masalah yang melanda adik dia yang berada di KL. Oleh kerana adik dia masih muda, maka kawan sy ni meminta sy menolong mana yang boleh dalam membantu kes adik dia yang dipukul suami walaupun baru kahwin tak sampai setahun. 
Dipendekkan cerita kes diorang selesai dengan mahkamah mengesahkan penceraian diorang kerana sebelum ni suami dia berkali2 melafazkan dengan niat untuk meninggalkan dia.... huhuhu.
Tapi persoalannya ialah apakah punca yang menyebabkan masalah macam tu berlaku. Kalau nak di ikutkan dari cerita, salah satu puncanya adalah campurtangan daripada pihak ke tiga... dalam kes ni mak mertua adik kawan sy ni yang agak cemburu apabila anaknya terlalu memberi perhatian kepada isterinya. Maka jalan mudah adalah dengan mengada2 kan cerita negatif hinggakan berjaya mempengaruhi anak nya dan sejak itu hubungan mereka sentiasa tegang dan selalu bergaduh hingga satu ketika mendatangkan kecederaan kepada adik kawan sy ni... Dengar tu memang simpati jugak sebab muda2 lagi dah ada title..tapi kadang2 semua ini ada hikmahnya. Semuga adik kawan sy ni sentiasa tabah dalam menghadapi kehidupan yang mendatang dan bertemu jodoh yang sesuai dah saling memahami.... 

Tuesday, June 2, 2015

TEGANGKAN WAJAH CARA TRADISIONAL

Menegangkan muka atau wajah ni sekarang bukan saja dititik beratkan oleh kaum wanita tapi kaum lelaki jugak sudah mula 'pandai' menjaga ketegangan muka. Sebab tu sekarang terdapat banyak produk2 'kemachoan' yang berada di pasaran.. Tapi jangan kita lupa kecantikan wajah telah pun di amalkan sejak dari zaman nenek moyang kita dulu2 dengan cara tradisional. Antara petua2 nya yang dapat sy google adalah:
1. Pukul sebiji putih telur yang dicampurkan dengan sedikit tepung sagu. Letakkan beberapa perahan limau nipis. Pukul hingga sebati. Kemudian lumurkan ke seluruh muka macam masker dan biarkan untuk sejam atau dua, kemudian di bilas dengan air bersih. Boleh di amalkan 3 kali seminggu.
2. Ada petua yang menggunakan bunga iaitu dengan mengisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka serta bunga raya, kemudian bahan tadi dicampurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air supaya jadi pekat dan lumurkan ke muka sebelum tidur. Cuci esoknya dengan air suam.
3. Ambil sebiji tomato dan kulit pisang. Di kisar halus dan kemudian dicampur dengan tepung sagu sehingga dapat sukatan yg agak pekat. Lumurkan ke muka dan biarkan selama sejam atau lebih dan kemudian bolehlah dibilaskan dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu. 
4. Petua paling mudah adalah dengan memperbanyakkan minum air kosong, walaupun kesannya bukan nampak tang tang tu jugak tapi untuk jangka masa panjang. Bila kita berumur 50an keatas kulit kita masih tegang dan kurang berkedut kerana kesan pengaliran darah yang baik hasil daripada kita sentiasa mengamalkan minuman air kosong atau air suam kosong, sekurang2nya 8 gelas sehari.

Wednesday, May 27, 2015

RESEPI CHAWANMUSHI ALA SANTAI

Bagi sesiapa yang pernah ke restoran makanan jepun pasti pernah menikmati salah satu menunya iaitu Chawanmushi yang seakan2 macam puding telur.. biasanya dicampur dengan cendawan dan jugak crab stick.. Memang sedap dan menyihatkan. Resepinya memang simple..
Antara bahan-bahannya adalah:
Isi ayam di potong kecil2. Kita boleh goreng tanpa minyak atau rebus dulu bagi dia separuh masak.
2 batang crab stick di potong panjang2.
Cendawan hitam di potong sederhana kecil 
Carrot di potong kecil2
4 biji telur
2 @ 3 cawan air rebusan ayam campur beberapa titis soy sauce atau kicap masin pun boleh.
( Anda boleh tambah bahan2 lain yang anda suka macam brokoli ke, udang ke..ikut suka tapi jangan banyak sangat nanti rasa dia dah bercampur2 )
Cara membuatnya pun cukup senang.....
Panaskan periuk kukus. Isi semua bahan tadi dalam cawan2 kecik. Kalau tak ada, bekas plastik yang selalu orang orang jual jelly kelapa tu pun boleh. Jangan isi banyak2. Agak2 jelah. Dalam pada tu, kita pecahkan telur dan pukul perlahan2 bagi sebati tapi jangan sampai berbuih, nanti rupa nya tak berapa cantik. Kemudian baru masukkan air rebusan ayam ( stok ayam) dan kacau rata. Tapis campuran tadi kedalam bekas lain supaya hasil nampak lebih cantik. Kemudian boleh di tuang campuran tadi ke dalam cawan atau bekas plastik mengikut sukatan yang kita suka. Tutup cawan dengan tudung atau aluminium foil selama lebih kurang 10 ke 15 minit dan kukus dalam api yang sederhana besar. Lepas tu...bolehlah dihidangkan.. nak tambah daun bawang pun boleh menambah aroma kesedapan.

Monday, May 25, 2015

ULASAN MOVIE - JUPITER ASCENDING

Dah lama betul sy tak sempat nak menonton wayang apalagi DVD... maknanya entry pasal cerita2 filem pun tak adalah..ahaksss. Tapi minggu lepas sebab kat tv tak ada cerita yang menarik, maka sempatlah sy melihat satu cerita Jupiter Ascending lakunan mantap Channing Tatum dan Mila Kunis. Walaupun pada awalnya ceritanya agak susah nak kita faham sebab banyak scene cakap bercakap menyebabkan kita kena fokus apa yang diorang cakap barulah kita tahu apa cerita ni sebenarnya.. :-) 
Cerita ni secara ringkasnya mengisahkan tentang seorang gadis bernama Jupiter Jones yang bekerja sebagai cleaner, tetapi secara tidak sedar dia adalah merupakan calun ratu bagi memerintah planet2 dan bumi pada masa akan datang. Namun ada pihak2 musuh daripada planet lain yang mengetahui perkara tersebut berniat ingin menghapuskan Jupiter daripada memerintah. Dalam keadaan begitu, seorang pejuang yang bernama Caine ( Channing Tatum ) telah di beri tugas untuk menjaga keselamatan Jupiter sehingga ke upacara Jupiter menjadi ratu...
Cerita boleh tahan..apalagi berkait dengan cerita science fiction. Ada adegan action yang mendebarkan dan diselit2 sedikit adegan cinta Jupiter dengan Caine yang berlainan darjat kerana Jupiter bakal menjadi ratu manakala Caine hanya pejuang biasa.

Monday, May 18, 2015

KATA ORANG...SEPI ITU INDAH

Sepi itu indah... Sy ambil ungkapan dari seorang kenalan fb sy antaranya berbunyi....
Bila dia memilih untuk tidak lagi peduli,
aku terpaksa memilih untuk tidak lagi mencari,
sepi itu indah...tetap indah.
buat selamanya..........
Kadang2 tu bila dalam keadaan sepi lah kita akan merasa tenang, tapi kadang2 dalam keadaan sepi juga lah seribu kenangan yang mengusik jiwa akan datang mengembalikan nostalgia lama menyebabkan kita terusik kembali dengan kisah suka duka lama...
Mungkin kita mampu untuk melupakan kisah2 lama tapi parutnya tetap ada biar sejauh mana pun kita pergi, selama mana pun kita menghindari. Namun biar apa pun kesannya, semua itu akan menjadi titik tolak untuk kita meneruskan kehidupan yang mendatang yang masih lagi menjadi tanda tanya, namun jika kita dapat mengatasi apa yang telah kita lalui, pasti ada sudut yang cerah yang akan menanti....
........... orang katalah.

Friday, May 15, 2015

LAPTOP ROSAK.. ENTRY PUN HILANG

Dah dekat 2 minggu.. ke dah 3 minggu kot... ke lebih blog ni sunyi tak ada entry. Sebab apa? Laptop tiba2 rosak.. tak bagi apa2 clue langsung nak rosak...lebih tragik dia rosak masa sy tengah elok je nak buat entry... ahaksss. Pi kedai diorang cakap motherboard yang rosak, kena ganti...perghhh. Laptop pulak jenis lama..Terpaksalah tunggu sampai diorang dapat jumpa spare part yang sesuai... Nak guna hp memang leceh sikit. kadang2 tu hang pun sama...
Dan akhirnya....tadaaaaaa. Barulah dapat bernafas kembali.
Apa2 pun ni entry lepas gian je sebab dah lama tak menulis, takut terlupa macam mana nak post entry..ahaksss. Tunggu ye.........

Tuesday, May 5, 2015

A.ISMAIL DAN LES COASTERS

Siapakah A.Ismail? Kali ini sy post daripada pendekatan yang berlainan...ahaksss.
Rasanya memang tak ada siapa yang kenal tapi bagi mereka yang mengenali zaman pop yeh-yeh dan lagu2 60an pasti mengenali kumpulan Les Coasters serta penyanyi2 yang terdiri daripada M.Fadil, Orchid Abdullah dan A.Ismail, seangkatan dengan penyanyi2 seperti S.Jibeng, M Osman, Jeffrydin dan lain-lainnya.
Les Coasters adalah band atau kugiran yang sangat aktif pada era 60an dan pernah merakamkan lagu di piring hitam bersama penyanyi2nya. Kumpulan yang ditubuhkan di Pontian Johor pada 1963 adalah terdiri daripada Abd Mutalib Mansor (gitar utama) Jamaluddin Ibrahim (rythm gitar), Bakri Sahid (gitar bass) Hussin Salleh (drummer) dan Ismail Yusoff (tamburin) serta S Omar Osman yang bermain organ menyertai pada tahun 1965. Mereka telah membuat beberapa EP bersama EMI Singapura dan pada tahun 1967 telah muncul dalam filem A Go Go 67 dimana kugiran ini adalah satu2 nya kugiran luar dari Singapura yang berjaya terpilih. Kumpulan ini telah berpecah pada tahun 1969 namun penyanyi2 nya masih meneruskan karier mereka termasuklah A.Ismail. Antara lagu2 popular A.Ismail adalah Seruan Pertiwi yang pernah menjadi naib juara carta lagu pada masa itu dan jugak lagu2 lain seperti perosak jiwa, hasrat penyanyi, permata hati dan lain2.
Beliau banyak menyertai konsert2 pop yeh-yeh dan lagu2 60an dan juga pernah menjadi juri bagi siri2 pertandingan lagu2 60an. Bakat dan pengalaman yang ada telah diturun kan jugak kepada anak2 muda yang tinggal di Johor Bahru yang berminat dengan lagu2 60an dan adakalanya beliau jugak bermain muzik dan menyanyi di majlis2 perkahwinan.
Beliau telah pun meninggal dunia beberapa tahun yang lepas dan meninggalkan 2 orang isteri serta 5 orang anak. Semuga rohnya sentiasa di rahmati dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin..... 

Tuesday, April 21, 2015

RESEPI KERABU PUCUK PAKU KELAPA MUDA

Tak sempat ambil gambar - Google
Beberapa hari ni cuaca panas betul.. Weekend lepas sampai habis stock air sejuk dalam peti ais, siap belum sempat sejuk pun dah kosong dah botol air dek sebab terlalu dahaga .... Ada sekali tu sy keluar nak pekena air kelapa, tengok2 dah habis.. kata penjual tu ada orang bolot sampai 30 biji kelapa. Last2 air kelapa tak ada, jelly kelapa pun jadilah...ahaksss
Cakap pasal kelapa ni, semalam sempatlah sy buat kerabu pucuk paku...campur jugak dengan kelapa muda nak bagi sejuk badan kan. So jom kita ke resepinya yang mudah sangat.
Bahan-bahannya adalah:
Se ikat pucuk paku dibersihkan dan dikukuskan sekejap dan potong ikut selera anda
Setengah biji isi kelapa muda dihiris nipis
50gm udang kering ditumbuk
3 biji cili merah ditumbuk
3 biji cili padi ditumbuk
Sedikit kunyit ditumbuk
Sedikit tauge.. dalam segenggam
2 @ 3 biji bawang merah dihiris halus
Air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
Sy suka part membuatnya..ahaksss. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati dan secukup rasa dan bolehlah dihidangkan

Friday, April 10, 2015

ALANGKAH BESTNYA... KAN.

Perghhhh lega rasanya dah sampai hari minggu.... Stress dan penat betul seminggu dua ni dengan kerja yang menimbun2 sampai nak jenguk blog pun macam dapat jeling2 je..ahaksss.
So apa nak buat ye hujung minggu ni? Ingat kan nak rehat kan minda nak lah berjalan2 ke tempat yang bersungai atau sejuk. Bagi cool sikit minda yang tengah berasap... lepas tu pi pulak berurut badan dengan minyak dan bauan aroma terapi yang menenangkan jiwa..huhu. Lepas tu berjalan2 sambil mencuci mata kat taman2 bunga atau di lanskap2 yang berwarna warni ..maybe kat putrajaya or Shah Alam....perghhh. Malam nya pulak boleh lah bersantai sekejap kat I-City sambil melihat lampu warna warni yang ber'blink'..... Emmmm tapi semua tu cuma angan2 aje sebab rasanya duduk rumah, tengok cite korea or hindustan sambil pekena goreng pisang dengan kopi o panas... lagi cantik!!

Tuesday, April 7, 2015

KATA ORANG PERKARA KECIL BOLEH JADI BESAR

Bila kita cakap pasal sikap dan sifat manusia yang pelbagai, pasti kita tidak akan lari daripada salah faham, buruk sangka dan jugak marah tanpa usul periksa.. Kadang2 dah habis kita marah, jerit, maki barulah kita tau perkara yang sebenar.. nak tenangkan balik keadaan mungkin boleh tapi pastinya keadaan tidaklah lagi sama seperti dulu dek macam2 kata kemarahan dah kita hamburkan... huhu.
Kisahnya? 
Macam ni. Cerita ni kawan sy yang bagi tau apa yang berlaku kat office dia. Adalah seorang staff ni baru masuk kerja, jadi biasalah semua kerja pasti ada yang kena minta tunjuk ajar dari senior2 atau supervisor dia. Kemudian, satu hari, adalah report yang dia kena siapkan untuk diberikan kepada syarikat pelanggan dan biasalah, itu ini situ sini..semua stress nak cepat..gedebak gedebuk. Siaplah report tu dan dihantar ke syarikat pelanggan dalam keadaan tergesa2. Entah macam mana diorang dapat complaint daripada pelanggan dan bila saja perkara ni sampai ke telinga supervisor staff yang baru masuk ni, terus dia maki pekerja tu depan orang ramai.... macam2lah yang dia cakap.
Dipendekkan cerita...periksa punya periksa, yang pelanggan tu complaint bukanlah pasal report tu tapi detail yang tak tepat tentang syarikat mereka yang mana bahagian tersebut telah di taip dan di print oleh supervisor itu sendiri...huhu. Emmm... sudahnya staff yang baru masuk tu resign 24 jam dan supervisor tu pulak yang kena brainwash dengan boss dia....

Wednesday, April 1, 2015

BILA HUJAN LEBAT...

Dalam petang 3,4 hari ni, sentiasa aje hujan lebat turun. Bukan hujan aje, siap dengan kilat petir sabung menyabung, guruh dentum berdentum dengan langit segelap tidak.... kadang2 tu terasa jugak macam nak.....huhuhu. 
Bila hujan2 lebat ni, teringatlah masa zaman budak2 dulu kat kampung.. Pantang hujan je mesti dah ready nak main hujan. Tak kiralah lari2 anak je ke, main sampan kertas ke, main bola ke..janji main dalam hujan. Masa tu tak nya fikir pasal demam ke, sakit ke, kotor ke... Zaman sekarang ni bukan setakat hujan, tempias hujan pun tak dapat nak rasa... dengan alasan nanti demam..ahaksss.
Bila hujan2 lebat ni, teringat jugak dengan kawan2 lama yang dah lama terpisah masa zaman sekolah2 dulu. Lost contact gitu. Kenangan pahit manis suka duka semua terpahat di hati, susah nak dilupakan biarpun zaman tu dah bertahun2 berlalu. Bak kata pepatah orang putih " Friendship remains forever"... 
Bila hujan2 lebat ni, teringat jugak masakan2 mak.. memang Best In The World. Apa tidak nya sejak dari lahir sehingga kita dewasa, air tangan mak lah yang kita rasa tiap2 hari... rindunya. 
Apa2 pun... semuga hujan2 lebat yang turun memberi kan kita seribu kerahmatan dan ketenangan. 

Tuesday, March 31, 2015

SAKITNYA TUH DISINI.. SEMPENA GST

Kelakar jugak bila sana sini lagu "Sakitnya Tuh Disini" sentiasa berkumandang dengan parodi nya sekali samada berkait dengan lagu tu sendiri atau dengan isu semasa seperti GST.. ahaksss. Walau apa pun, tepuk dada tanya selera lah kan. Yang penting bagi kita pengguna kenalah sentiasa mengamalkan langkah berjimat cermat. Sejauh mana GST ni memberi kesan kepada kehidupan dan ekonomi pengguna2 seperti kita, tunggu dan lihat.
Semalam sempat sy pergi ke Giant untuk membeli sedikit barang tetapi kali ini nampak tak berapa ramai orang seperti hari minggu.. Mungkin Giant ada buat promosi "Harga tetap selama 3 bulan".. tu yang walau sistem GST dah berjalan masih boleh beli barang kat sana... ahaksss.. Kalau tak salah fahaman sy lah. Satu lagi tempat yang sy survey menjual harga dengan harga asal adalah di kedai DIY yang menjual peralatan rumah (household items). Segala GST diorang akan tanggung jadi semua harga barangan tidak berubah. Kalau lebih banyak syarikat yang menjual barangan tanpa mengenakan GST kan bagus.. ahaksss. Anggaplah sebagai pelaburan akan datang... bila harga barangan murah, pasti pembeli akan datang lagi untuk membeli.... 

Thursday, March 26, 2015

BERWHATSAPP SAMPAI BERASAP...

Kadangkala, kerana kesibukan kita tak sempat nak berjumpa.. tak sempat nak beramah mesra, jadi cara paling senang adalah dengan ber'sms' atau berwhatsapp2...huhu.
Ini adalah sedutan antara perbualan2 whatsapp dalam group keluarga yang rapat sangat2...
Sara : "Semalam Allyn dah tengok tak dvd konsert Infinite yang Akak bagi tu?"
Allyn : "Dah..perghh best kak. Ada lagi tak dvd2 lain?"
Mak : "Amboiii Sara beli kat mana dvd tu? Pakai duit belanja sekolah ke?"
Sara : " Taklah mak... Duit Sara yang Sara simpanlah. Sara tahu berjimatlah mak duduk kat asrama. Duit mak dgn abah bagi tu Sara guna untuk belanja sekolah je.."
Mak : " Baguslah tu.. Jangan membazir. Minggu ni abah ada plan nak bawak gi Sungai Congkak sebab company dia ada buat family day kat sana"
Sara : "Sungai Congkak? Air sungai dia dah ceteklah mak... "
Allyn :"Alaaaa akak ni, kira apa, yang penting kita enjoy. Dah lama tak gi jalan satu keluarga.. "
Tiba-tiba si Abah pun join.
Abah : "Depan2 meja makan pun nak berwhatsapp ke? Makanan order tadi dah nak sejuk dah... Dah. tutup hp tu. makan."



Wednesday, March 25, 2015

VRROOMM..VRROOMM..FORMULA 1

Promosi F1 kat KLCC. Ada band buat persembahan
Hari ni sempatlah sy 'berjalan-jalan' ke KLCC... ahaksss bukanlah berjalan2 santai, tapi kebetulan ada kerja kat sana jadi sempatlah sy melabuhkan merehatkan kaki dengan meninjau sekitar ruang legar KLCC yang sedang ada promosi daripada Petronas sempena Formula 1 yang akan datang ... Kalau tak salah sy pada 27-29 March nanti... 
Cakap pasal F1 ni sy memang minat tapi masa zaman Michael Shucmacker lah..lepas tu sorang2 bersara terus minat tu hilang..huhu. Anyway, kalau bagi sesiapa yang giler dengan kelajuan, kepantasan, kederasan dan apa2 ke lagi pasti tidak kisah siapa pemandunya, siapa penganjur dan pembuat enjin.. sure akan tetap jadi peminat setia....

Tuesday, March 24, 2015

ADUHSSS SIBUK LAH PULAK

Dua tiga hari ni kesibukan kerja mula melanda-landa, berombak-ombak bagai menanti untuk menghentam...ahaksss, jadi tak dapatlah sy nak menaip entry..huhu. Tapi sebab tangan ni rasa macam tak sah kalau tak menaip walau sikit..nak jugak enterframe kat blog maka dengan masa yang ada..dengan semangat yang jitu ku gagahi jugak untuk menaip entry ini...ahakssss.
Nak menaip waktu malam satu je masalah yang timbul... line teruk sangat. Takkan asyik nak kena pergi kedai mamak je ambik wifi diorang..huhu. Nanti mamak kena kan GST pulak..haha.
Anyway, walau tak ada entry, sy tetap jugak dikesempatan yang ada buat blogwalking..mana boleh tak singgah blog kawan2 yang penat datang menyantai kat blog kita..tak balas singgah nanti merajuk.. sapa nak pujuk? kita jugak...ahakssss.
Teruskan berblogging ye...

Friday, March 20, 2015

BERMULALAH LANGKAH BERJIMAT..

Sekarang ni isu paling hangat yang tengah diperkatakan sudah pastinya adalah berkenaan dengan GST. Sana sini semua berbincang, mengeluh, risau, marah dan ada jugak yang menyokong dengan GST. Dan nampaknya semua barangan sudah pun dalam persiapan dengan harga yang baru.. pastinya lebih mahal, malah kadar tambang pengangkutan, harga ubatan... malah transaksi2 perbankan jugak dikena kan GST... tidak kiralah berkait secara langsung mahupun tidak
Kita lupakan dulu pasal syarikat2 samada yang berdaftar atau tidak dengan GST.
Yang banyak menerima kesan mahupun tempias akibat daripada GST adalah pengguna2 apabila terpaksa membayar lebih akibat daripada kenaikan harga2 barang. Malah kadar sewa rumah jugak meningkat hinggakan rumah pangsa kos murah kalau dulu boleh dapat disewa daripada 700.00 dan kebawah tapi kini ada yang mencecah 950.00 dengan alasan GST.. itu belum lagi rumah kos sederhana atau tinggi. Kalau menyewa dah mahal, apalagi nak beli rumah sendiri. Kesianlah pada pasangan2 muda..huhu
So, apa lagi yang boleh kita buat selain daripada terpaksa berjimat cermat..kan. Itupun setakat mana boleh kita berjimat sebab nak tak nak kena jugak beli barang2...ahaksss.

Wednesday, March 18, 2015

ADA SEBUAH KISAH...

Percaya atau tidak dulu sy pernah membela kucing..opsss lebih tepat lagi mak sy pernah membela kucing sampai satu ketika kucing2 kat rumah berjumlah 10 ekor walaupun sebenarnya lebih tapi sebab dah bagi sedara mara dan jiran2.. kemudian jumlah tu berkurangan. Pada asalnya cuma 2 ekor kucing je yang arwah ayah bawak balik.. Yang jantan namanya 'Nyanyau' warna kuning dan yang betina warna kuning putih nama 'Neng'. 
Pada asalnya hidup kami 'aman bahagia' sehinggalah berlaku aktiviti diluar kawalan kami daripada 2 ekor menjadi 5 ekor. Kemudian satu ketika semuanya menjadi tunggang terbalik macam keluarga 69 apabila anak membelasah mak dan bapak pulak membelasah anak sehingga anak dan mak sama2 bunting dan bila keluar anak warna pulak sama..kalau tak kuning, warna kuning putih... ahaksss. Tapi yang bestnya walau pun banyak, kucing2 tu tak pernah melepas merata2.. tempat melepas diorang kat dalam bilik air..educated punya kucing....
Okay. Sy bukanlah nak menceritakan pasal semua kucing2 tu tapi sy nak cerita kucing pertama sy yang bernama 'Nyanyau' tu.
Kucing tu memang kucing yang bagi sy punya banyak kenangan2 manis. Daripada kecik sampailah dia mati. Nyanyau ni memang pandai bawak diri. Pandai bukak pintu. Pandai bukak tingkap. Ikut suka dia je bila dia nak keluar dan balik.. Macam dia pulak tuan rumah. Kadang2, pagi2 dia bukak pintu samada dengan melompat atau menarik pintu dari bawah.. ( Masa tu handle pintu jenis tarik kebawah bukan tombol macam sekarang ) Kalau kita panggil nama dia dari jauh dia dah lari datang.. Dia jarang makan nasi tapi suka makan ikan bilis dan ikan2 mentah. Buah kegemaran dia durian...ahakss.... Kucing makan durian!! 
Banyaklah lagi suka duka hidup sy dengan Nyanyau ni sehinggalah hari tua dia. Masa tu dia macam dah mula meragam. Suka bergaduh dengan anak beranak dia.. Pernah satu hari mak sy marah dia dan sebab dia geram, digigitnya kaki mak sampai berdarah, dipukul pun dia tak lepaskan gigitan dia sampailah mak cakap "Lepas ni jangan balik rumah lagi, pergi cari makan sendiri" dan kemudian Nyanyau macam faham terus melepas kan gigitan dia dan beredar. Memang dalam gigitan dia.
Lepas tu kami tak berjumpa Nyanyau sehinggalah satu hari arwah ayah jumpa Nyanyau kat tepi jalan tapi sudah tidak bernyawa lagi. Tak tahu samada kena langgar atau mati tua sebab tak ada kesan2 kena langgar.
Itulah sebuah kisah.......

Tuesday, March 17, 2015

CERITA MALAM JUMAAT

Malam tu rasanya malam Jumaat. Biasa kita selalu dengar malam Jumaat ni malam sunatlah, malam penuh keberkatan... tak kurang jugak yang cakap malam ni hantu2 suka sangat kacau orang.
So, malam tu sy 'decide' nak perah, kerah dan mentelaah sampai pukul 2 pagi kat kelas bangunan hujung sekolah ...bersama dengan si Kamal dan Mail. Budak2 form 1 sampai form 4 semua dah balik bercuti, tinggal kita orang pelajar form 5 yang tengah berhempas pulas nak exam SPM. Ada yang study kat dorm masing2, ada yang kat kelas.. maklumlah kelas banyak kosong, dan ada jugak yang genius tak study...tengok tv je memanjang.
So, study punya study.. sampai pukul 1, Kamal dan mula mengantuk dan ajak kitaorang balik tapi sebab dah janji nak study sampai pukul 2, dia pun lentok dulu kat kelas, tinggal sy dengan Mail menyambung 'prep' kitaorang.
Dalam beberapa minit lepas Kamal tidur, sy mula terdengar satu suara seakan mengilai dari arah pintu depan kelas. Sy mencuit Mail yang duduk di depan sy..
"Mail..kau dengar tak?"
"Bunyi apa tu.. Jomlah kita balik. Takut aku..." Mail menjawab sambil mata nya memerhati keliling
Terus lampu terpadam tiba2. Aku lihat tingkap luar terpandang api di kawasan asrama masih ada. Sah, cuma letrik kawasan bangunan tempat aku belajar aje yang blackout. Kami pun mula mengejutkan Kamal dan kami bertiga berpimpin dan berjalan perlahan2 menuju ke pintu kelas. Malam tu memang gelap tanpa ada sinaran bulan.
"Eeeeeeeeee....!!!!!" suara ngilaian tu semakin dekat. Kadang terdengar dari kelas sebelah..kadang terdengar dari atas bumbung.
"Mail...kka..kauu..kkauu bukak pintu tu... Kaukkauu badan besar sikit..." Cakap Kamal sambil berdiri di belakang sy.. tapi kalau sy tengok badan dialah paling besar antara kami bertiga.
Mail pun perlahan2 membuka pintu kelas dan tiba-tiba........!!!
"Abang!! Tak de citer lain ke? Semalam ada senior cerita hantu lagi ngeri dari ni.." tiba2 satu suara mencelah. Potong stim betul budak2 form 1 ni, orang dah syok2 cerita.
Itulah senario yang selalu terjadi apabila setiap kali junior form 1 mula2 mendaftar dan masuk asrama. Pasti ada saja cerita2 hantu yang akan senior2 ceritakan... satu masa dulu.

Monday, March 16, 2015

AWAKLAH..SIAPA LAGI?

Hari ini punya cerita... mulanya macam ni.
"Ehhhh... Husin ehh? awk kerja mana sekarang?" seseorang menegur sy masa sy tengah nak update blog kat sebuah kopitiam..ahaksss
"Eerrrr minta maaf sy bukan Husin." sy menjawab
"Alaaaa nak menyamar konon. Lama betul tak jumpa.." perempuan tu masih jugak tak nak terima pengakuan sy... 
"Cik..sy memang bukan Husin. Salah orang kot...Nama sy jomsantaisekejap ( ahakss bukan nama sebenar )...
"Laaa ye ke. Muka memang sebijik macam Husin, classmate masa kat UKM dulu. kembar dia kot..haha.. sorry ye." jawab perempuan tersebut sambil berlalu.
Sebenarnya dah beberapa kali jugak sy melalui situasi yang sebegini. Pernahkan anda melalui nya? Kadang2 sy sendiri salah menegur orang sebab sangkakan dia kawan lama kita. Masa tu memang malu lah tapi kata orang malu bertanya sesat jalan..kan kan kan.
Kadang2 disebabkan bermula daripada salah tegur ni, persahabatan terjalin sehingga sekarang..Tak pun ada jugak yang sampai ke jinjang pelamin..( yang ini tak tahu samada salah tegur atau sengaja salah tegur ..ahaksss)


Friday, March 13, 2015

RESEPI BAYAM MASAK AIR ALA SANTAI

Selalunya bila sampai rumah tu dah senja2... jadi mood masak tu dah lari sebab letih, tapi semalam jalan pun tak jam, dapat sampai rumah awal, dapatlah sy masak walaupun yang simple2..ahakss. Lagipun dah lama jugak sy tak memasak... So semalam dok belek2 peti ais, adalah sayur bayam 2,3 ikat..bolehlah buat masak air. simple!
Antara bahan2nya adalah:
2 ikat bayam
1 peket kecil udang kering
2 batang jagung muda ( yg kecik2 tu)
1 biji tomato dihiris kasar
2 tangkai daun bawang
3 ulas bawang merah dihiris
2 biji lada merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
Garam dan air secukupnya...
Cara memasaknya pun mudah sesangat. Didihkan air dan masukkan jagung muda, biarkan selama beberapa minit. Kemudian masukkan semua bahan kecuali bayam dan bila dah naik bau, baru masukkan sayur bayam dan garam secukup rasa. Kacau dan bila nampak sayur bayam dah sebati, bolehlah dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails