Beli garam di kedai Pak Esa,
sambil membeli kuih keria,
selesai sudah sebulan berpuasa,
berlalu pergi Ramadhan yang mulia.
Berjalan balik jumpa Mak Timah,
duduk di para sambil bercerita
masing-masing sibuk menghiasi rumah,
sempena menyambut Syawal yang ceria.
Sana sini mercun berbunyi,
riang ria kanak-kanak bersorakan
Takbir raya mula memecah sunyi
Sesama kita bermaaf-maafan
Kepada semua rakan bloggers yang di kasihi, sempena kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri ini, sy ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua, maaf zahir dan batin. Semuga Ramadhan lepas kita mendapat ganjaran dan keberkatan dan Raya ini pula kita mendapat kegembiraan dan menghayati erti Hariraya yang sebenar sambil tidak melupakan kepada mereka2 yang dalam kesusahan.
uppsss...ada bakat berpantun ghopenya...
ReplyDeleteanyway....
Selamat Menyambut Eidulfitri, Maaf Zahir Batin.
Semoga Segala Amalan Kita Diterima Allah SWT
kemain berpantun berseloka
ReplyDeletemacam laksamana hulubalang Melaka
kakCT ucapkan selamat Hari Raya
moga Allah terima amalan kita
lama cuti? hati2 beraya...rumah jangan lupa kunci!!!
selamat hari raya juga SS
ReplyDelete