Pastinya kalau di bulan puasa ni menu yang paling laris di Bazaar Ramadhan adalah air. Tengok gerai air dengan pelbagai rasa dan pelbagai warna je pun sudah menaikkan ghairah keinginan tahap kedahagaan kita...ahaksss. Cuma sy rasa harga air yang dijual tu rasanya sedikit mahal berbanding dengan kos untuk buat air yang murah dan mudah berbanding mereka2 yang menjual kuih-muih dan lauk pauk. Kalau sy google, ada setengah tempat menjual RM2 sebungkus, ada yang menjual RM3 sebungkus dan ada jugak yang sampai RM4 sebungkus.
So banyak2 air, air apakah yang sentiasa menjadi pilihan bagi mereka-mereka yang berpuasa untuk berbuka puasa?...ahaksss
Antara air yang paling laris terjual di bazaar-bazaar Ramadhan adalah air tembikai, air tebu, air mata kucing, air kelapa dan air teh bunga. Ada jugak air2 lain seperti sirap bandung, sirap, katira, jagung, asam boi, nenas, laici, sarsi, oren dan lain-lain lagi....
Bagi yang berbuka di rumah dan tidak membeli di bazaar rasanya ada yang berbuka dengan air bergas ( kalau boleh elakkanlah.. tapi dah dahaga punya pasal kan ) dan ada jugak yang lebih suka minum air panas. Apa2 pun mulakan dulu dengan benda manis seperti kurma ye..
tak pernah pun beli air kat bazar, sbb takot tak sedap, rasa cair.. nampak je menarik tapi hampeh... heheeh.. selalu mmg bancuh air sendiri je kat rumah. mewah skit ikot citrasa tekak kita. heheheh
ReplyDeleteselalu kalau pergi bazaar. air katira mnjadi pilihan utama. soo nicee ^^
ReplyDelete