Sunday, March 20, 2011

RENJIS-RENJIS DIPILIS

Selamat Pengantin Baru
Kata orang, cuti2 sekolah lah masa yang sesuai untuk buat apa2 saja program seperti majlis perkahwinan, cuti-cuti malaysia, balik kampung ke, ziarah menziarah ke...sebab apa, bagi mereka yang sudah berkeluarga, masa tulah dapat bercuti sekali dengan anak-anak, kalau tak mana ada masa lagi kan kecuali public holiday..
So sy pun tidak ketinggalan jugak pergi ke majlis perkahwinan saudara dan jugak sahabat handai dan rata2 kali ni ramai yang menggunakan warna theme mereka ungu atau bahasa lembutnya purple..ahaksss. Ramai betul yang datang..bukannya apa, sebab masing-masing nak mengelakkan daripada hujan, jadi semua datang waktu yang sama iaitu waktu makan...tengaharilah.
So bagi mereka rakan bloggers yang menjadi pasangan suami isteri dan melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah ini, Jom Santai Sekejap mengucapakan Selamat Pengantin Baru semuga berkekalan abadi sehingga ke anak cucu....Renjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar!!

3 comments:

  1. Ada lauk ayam masak merah tak kenduri tu?

    ReplyDelete
  2. kamu bila lagi? jgn lupa undang kak ct.

    ReplyDelete
  3. Siti Radz - ayam masak merah? dah memang semestinya ada..walaupun warnanya taklah merah sangat tapi rasa dia sedap...

    kak ct - hahahaha...sy anak dah sepuluh dah kak ct...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails