Ahakkksss…sorry sekejap ye tiba2 tukar lagu blog ni pada sentimental yang amat sangat, bukan apa, tengah2 nak cari lagu baru sebagai pengganti lagu ashiteru tu, terbuai pulak dengar lagu ni..so letak untuk seketika ye :-)
So, lagu ini mengenai aku ingin kamu, kamu ingin dia…dia ingin aku. Cinta 3 segi yang pasti akan membuatkan sesiapa saja akan terluka tidak kira pilihan mana yang kita buat. Kadangkala, bila menyentuh mengenai perasaan ,pasti susah untuk kita menafikannya atau menidakkannya kerana ianya datang tanpa diundang..lebih2 lagi kepada seseorang yang kita sendiri tidak pasti adakah dia mempunyai perasaan yang sama seperti mana kita….pedih dan perit jugak bila kebenaran bukan berpihak kepada kita. Benarlah kata orang, sayangilah kepada orang yang menyayangi kita, tetapi cinta itu tidak boleh dipaksa, biarlah ianya datang dengan sendiri….cinta bukan setakat memiliki orangnya tetapi hati dan untuk memiliki hati bukan semudah itu. Berdepan dengan kebenaran jugak kadangkala bukan mudah sehingga ada yang sanggup berkorban hati dan perasaan hanya semata-mata untuk menyayangi seseorang walaupun daripada jauh...
"aku ingin kamu, kamu ingin dia…" - perkara yang amat menyakitkan. Tak best! Tak suka! Huhuhu...
ReplyDeleteSiti - tahu..tahu..saja sakat awk bangun tidur dengan bagi dengar lagu ni..ahakksss
ReplyDeleteLa sedihla pulak!!
ReplyDeleteitu baru 3segi. kalau yg bersegi-segi tu lagi haru.
ReplyDeleteaku tak mahu
jikalau aku dimadu
pulangkan saja
ke rumah orang tua ku...
lagu nostalgia mak kak ct kasi kat arwah ayah kak ct...
sedihlah pulak teringat arwah ayah yg tidak pernah pandai marah tapi anak2 tetap seram dengannya walau baru dengar suara.
Wan Hafisah - sedih sementara je...tgh cari lagu santai ni...:-)
ReplyDeletekak ct - kalau bersegi2 sy masukkan lag heavy metal. Perggghh dengar suara dah seram, meremang pulak tiba2...takziah ye kak walaupun tak tahu berapa lama dah arwahnya pergi semuga dicucuri rahmat. Mungkin suaranya masih di ingatan kita sampai bila-bila...sob.sob.sob... mana tisu ni
hmmm susahnye cinta tiga segi ... =(
ReplyDeleteAsalkn jgn lagu heavy metal sudah! Kalu lagu sweet child of mine ke sweet charity ke, layam beb!!
ReplyDeleteKalau jiwang sgt, maybe i tertidur disini!
Nsb baik skrg dkt ofis, so xdpt dgr lagu tuh ok.
SELAMAT!!!
aku ingin kamu, kamu ingin dia. aku lepaskan kamu, berbahagia lah dengan dia. sob sob sob...
ReplyDeleteDaniela - lama tak dgr cerita dr awk ni, mana menghilang?
ReplyDeleteWan Hafisah - Heavy metal? ohh tidak, blog ni dah sedia ada berat, masuk lagu heavy lagi berat blog ni..tgh nak cari yang santai2..ooo tak boleh dgr lagu kat office ye..kesian.
misza - uhukkkssss....mana tisu ni, dah habis.. awk menambah kesedihan..uhukksss