Monday, March 7, 2011

BACK TO NORMAL

Bila cakap pasal kena demam panas ni, teringat sy kepada seorang kawan sy bernama Mazlan dulu. Kami bekerja satu syarikat tapi lain department. Pada mulanya dia cuma demam panas, lepas beberapa hari masih tak baik, dia pun pergi ke klinik pakar dan doctor kata dia di jangkiti demam denggi. Masa tu dia masih boleh berjalan macam biasa, tapi selang beberapa hari, keadaan dia semakin teruk sehinggakan tak dapat nak berjalan dan terasa semua sendi lemah macam orang tua. Waktu sy melawat dia, rasa macam tak percaya itu adalah kawan sekerja sy. Memang lain muka dia. Daripada wad biasa ke wad ICU. Hari demi hari kawan sy ni berjuang dan bertarung nyawa dengan penyakit tersebut dan akhirnya dia berjaya melepasi tahap kritikal dan dalam seminggu selepas itu, dia kembali berisi dan mula boleh makan seperti biasa. Kuat betul semangat dia walaupun doctor ada memberitahu semasa keadaan kritikal dia tu adalah 50-50. Bila sakit2 ni, teringat kata orang bila sakit baru kita ingat Tuhan, bila sihat tak pernah bersyukur dengan apa yang ada…Alhamdulillah, syukur.

4 comments:

  1. semoga segera beroleh kesembuhan, wahai anda! ;)

    ReplyDelete
  2. Banyak minum air masak and air tonik..

    ReplyDelete
  3. sihat itu pilihan.

    iklan : say no to cigar.

    nape senyum2

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails