Abang,
Terlebih dahulu Jah minta maaf kalau surat ini akan mengganggu jiwa dan fikiran Abang. Jah sedar bang, Jah bukan pilihan Abang daripada dulu lagi tapi pilihan keluarga kita. Jah juga sedar Jah tidak secantik Mona, kekasih Abang dulu, tapi Jah nak Abang faham, Jah sanggup berkorban apa saja untuk Abang, Jah sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaan rumahtangga kita. Jah sayangkan Abang. Bagi Jah, seluruh hidup Jah hanya untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin untuk Abang. Mungkin Jah ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang mengguris perasaan Abang sehingga Abang menjauhkan diri daripada Jah tapi itu semua bukan sengaja Jah lakukan. Jah insan biasa bang. Manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan. Apa salah Jah bang? Tolong beritahu Jah supaya Jah dapat memperbaiki kesilapan itu.
Abang,
Jah faham kalau selama ini Abang terpaksa berlakun hanya kerana tidak mahu mengecewakan keluarga Abang dan keluarga Jah yang sudah lama rapat sejak kita kasih kecil. Tapi tahukah Abang yang sebenarnya Jah sudah menyintai Abang sejak daripada bangku sekolah lagi. Mungkin Abang tak perasan sebab masa tu Abang cukup popular di sekolah, jadi siapalah Jah dimata Abang. Jah masih ingat masa kita darjah 5, Abang, Mamat, Jah dan Hani kita sama2 mandi sungai kat belakang rumah. Abang dengan Mamat tanpa segan terjun sungai tak pakai seluar. Jah dengan Hani yang malu. Abang sengeh je. Jah masih ingat masa Abang naik basikal lalu depan rumah Jah. Masa tu Jah baru 1st time cuba baju kebaya yang ikut pinggang Jah, bila Abang nampak Jah, terus masuk longkang. Abang ingat ke semua kenangan tu?
Abang,
Jah memohon maaf sekali lagi jika Jah terkasar bahasa, tersinggung perbuatan, terguris jiwa...Bagi Jah, hanya Abang saja yang dapat membahagiakan Jah dan Jah akan sentiasa menyayangi Abang sehingga selama-lamanya.
Pecah kaca pecah gelas, Abang dah baca harap balas
Salam sayang
Isterimu Katijah.
oh...sedih...huhuh...surat siapakah ini??
ReplyDelete10jarijemari - Surat tijah. Suami dia tengah fikir macam mana nak jawab...
ReplyDeleteakan ke entry surat balas daripada suami tijah?
ReplyDeletefda - yuppp..menyusul petang nanti. Dia tengah baca sekarang.
ReplyDelete