Kedai kasut sekolah di Plaza Shah Alam - lengang |
Jualan! Jualan! Jualan! tapi Lengang! Lengang! Lengang! itulah yang berlaku dibeberapa tempat di sekitar kompleks membeli belah di sekitar Shah Alam…kira tempat yang sy singgah jelah, tempat lain sy tak tahu. Sepatutnya bila ada jualan terutama musim naik sekolah ni, mesti ramai yang berpusu-pusu untuk membeli barangan sekolah terutama kasut dan baju sekolah baru namun bila sy pergi ke beberapa kompleks membeli belah di Shah Alam, suasana memang lengang. Sy ada bertanya pada salah seorang jurujual tu memang keadaan macam tu ke? Diorang jawab memang tahun ni jualan tidak semeriah tahun dulu..Kenapa ehh? Bila sy baca pada beberapa akhbar tempatan, boleh lah sy rumuskan bahwa ramai para ibubapa telah mengambil jalan persediaan untuk berjimat cermat bagi menghadapi krisis harga barangan yang sudah naik dan akan naik. Sudah pasti ini semua gara2 harga petrol dan gula yang naik beberapa minggu dulu. Daripada harga makanan dan minuman yang naik, beberapa hari lepas harga kelapa dan santan jugak naik, sekitar Selangor harga sayuran jugak ada yang sudah naik…so untuk menghadapi kenaikan harga barangan, maka ada para ibubapa yang hanya akan membeli barangan seperti kasut dan baju sekolah hanya jika perlu saja. Maksudnya jika dah tak boleh pakai, baru beli.
Kedai Baju Sekolah di Kompleks PKNS - lengang |
Walau apapun, tidak kira apa situasi, amalan jimat cermat memang patut di amalkan dalam apa segi sekalipun. Seperti contoh tidak membazir air dan letrik, beli mana yang perlu, kurangkan makan diluar, kurangkan gula dan pelbagai lagi langkah untuk berjimat disamping dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan kita.
Mungkin ini jugak merupakan salah satu azam untuk tahun baru anda, mana tahukan...
Apa-apapun, harapan sy agar jika ada kenaikan harga barangan janganlah ketara sangat kerana yang menanggung risikonya adalah pengguna seperti kita. Baru tadi sy dengar kat tv, minyak pulak dah habis stok di kedai2 dan pasaraya...tu semua petanda nak naik harga
No comments:
Post a Comment
TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài