Bagi pasangan yang bercinta atau sudah mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami saat-saat terindah dalam perhubungan mereka, tidak kurang jugak saat-saat berlakunya perselisihan faham, rajuk merajuk, lari berlari, diam mendiam, jelling menjeling, pukul memukul manja, gaduh bergaduh dan macam-macam lagi. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bagaimana jika semua itu berlaku berulang kali? Ada orang berkata, jika kita tidak dapat mengubah sifat dan sikap pasangan kita, maka kitalah yang terpaksa berubah mengikut keadaan. Well, berubah untuk kebaikan boleh diterima akal tapi kalau sebaliknya. Kata orang, berkorban apa saja.
Andaikata satu hari nanti,
Setiap kata-kata anda tidak lagi semanis dulu. Cakap-cakap anda hanya untuk didengar tapi bukan untuk difaham, kata-kata cinta dan sayang hanya buat syarat...
Setiap renungan terhadap anda hanya kerana terpaksa, tiada lagi renungan menggoda, tiada lagi renungan memikat, tiada lagi renungan tajam, semuanya kelam dan tawar….
Setiap sentuhan hanya kerana tersentuh dan tidak sengaja, tiada lagi belaian manja, tiada lagi usapan mesra, tiada lagi bergandingan tangan….
Setiap tarikh hanya kerana anda yang mengingatkan. Ulangtahun seperti tiada dalam kamus, harijadi seperti disambut 10 tahun sekali…..
Tapi,
Anda masih tetap bersama kerana adanya ikatan antara anda dan pasangan anda. Anda masih bersama kerana anda yakin kasihsayang anda berdua masih wujud…dan anda yakin semua itu hanyalah dugaan dan cubaan dalam perhubungan anda. Benarkah?
macam saham...untung rugi
ReplyDeletemacam geraf...turun naik
macam astro...macam-macam ada!
Kebahagiaan akan dirasai sekiranya sama-sama saling memahami.
ReplyDeleteCikgu Tie - ye betul tu cikgu. Kena saling memahami..kalau tak faham2 jugak, bagi je skrewdriver...
ReplyDeletectpayong - ehh ehh..macam-macam ada ye, kira kalau masak ni secukup rasalah ye :-)