Sunday, January 2, 2011

RESEPI SAMBAL UDANG PETAI ALA SANTAI

Sempena Tahun Baru ni, sy masak sambal udang petai. Tak tahulah pulak tiba-tiba rasa nak masak sambal udang petai. Bila cakap pasal petai ni, disadvantage dia dah tentu bau dia yang memang mengharumkan..tetapi dari segi kesihatan, memang baik untuk mencuci darah dan buah pinggang. So sekali sekala, memang patut kita makan petai ni. Antara bahan-bahannya adalah:
30 ekor udang sederhana besar
30 biji petai. Ikut suka hati andalah nak berapa banyak.
Setengah bawang besar dipotong kasar
2 ekor ikan kering/masin gelama dipotong 2
2 biji bawang putih diracik
4 sudu besar cili boh
Sedikit gula merah
Sedikit air asam jawa
2 ikat daun pandan
1 batang serai

Cara membuatnya cukup mudah. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan putih dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili, serai, daun pandan dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan air asam jawa dan gula merah serta ikan kering/masin dan jugak petai. Kacau hingga sebati dan masukkan udang. Gaul dan masak hingga daun pandan kelihatan layu sedikit dan kemudian bolehlah dihidangkan panas2…Kalau makan dengan nasi lemak, memang menyelerakan.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails