Monday, October 4, 2010

POKOK BUNGA GANTUNG

Salah satu pokok bunga gantung dirumah

Salah satu pokok bunga yang boleh menceria dan mencantikkan rumah kita adalah pokok bunga jenis gantung. Saya juga ada membeli beberapa pasu pokok bunga jenis gantung. Oleh kerana seperti yang saya cakap rumah saya berkonsepkan English, maka dirumah saya banyak pokok yang mempunyai bunga berwarna putih dan ungu, seperti pokok bunga ros putih, bunga ros jepun putih, pokok jasmin, pokok gantung semua bunga putih dan ungu. Cuma satu saja disadvantage bunga jenis gantung ini adalah mereka memerlukan cahaya matahari yang banyak. Jika anda gantung di tempat yang redup, kebarangkalian besar pokok tersebut akan mati atau hidup tapi tidak banyak berbunga. Air juga haruslah disiram tiap2 hari sebaik2nya pada waktu pagi dan diberi baja bunga setiap 2 atau 3 hari sekali. Mungkin penjagaannya akan banyak tapi jika pokok tersebut mengeluarkan bunga yang banyak, anda pasti merasa puas hati.

2 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails