Banyak pulak entry saya pasal petua-petua ni tapi nak buat macam mana, idea dan ingatan tengah datang, So selagi boleh ingat, selagi tu kita boleh kongsi bersama...Bak kata orang, sharing is caring. Antara petua-petuanya adalah:
Daging Jadi Lebih Empuk
Ambil beberapa helai daun nangka dan rebuskan bersama dengan daging untuk menjadikan daging itu menjadi lebih empuk.
Elak Bau Hamis Daging
Daging Ayam Lebih Lembut
Untuk mendapat daging ayam yang lembut, anda cuma perlu rendam ayam tersebut bersama jus nenas selama 10 minit dan kemudian barulah anda boleh memasaknya mengikut resepi anda.
Buah2an Jadi Lebih Manis
Ini bagi mereka yang ada tanam pokok2 buah. Untuk menjadikan buah2 lebih manis, lebihan minuman anda seperti kopi, teh atau apa saja lebihan minuman jangan dibuang sebaliknya siram ke tanah yang ditanam pokok2 buah tadi, InsyaAllah bila berbuah, buahnya akan terasa manis... Cuma jangan siram kat pokok lada pulak ye...Nanti jadi lada manis pulak :-)
Kurangkan Pedas Cili
Ada yang suka cili kerana pedas, ada pulak yang suka cili tidak terlalu pedas. Untuk mengurangkan kepedasan cili, anda boleh memasak dengan memasukkan tangkainya sekali atau jika menumbuk, tumbuk sekali dengan tangkainya.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment
TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài