Dalam dok seronok-seronok blogwalking kat blog rakan-rakan yang lain, dalam dok seronok komen blog orang lain, dalam dok seronok follow blog orang lain, dalam dok seronok ehemm..ehemmm blog orang lain....terasa kepuasannya bila dapat menjawab kesemua msg rakan bloggers dan dapat singgah balas sesiapa yang melawati blog kita. Kata orang berbuat baik kepada orang yang berbuat baik, buat donno pada orang yang buat jahat. Dalam keseronokan menaip baris-baris ayat yang cukup indah agar dapat memberi impak kepada rakan-rakan, menasihat dan dinasihati, memberi pandangan dan pandangan diberi.. Tiba-tiba sungguh tidak saya sangka. Bukan cempedak menjadi nangka. Bukan tulang menjadi rangka. Bukan lawa menjadi jejaka. Bukan raya menjadi puasa...Tapi jari-jari saya. Ye...jari-jari saya. Jari-jari saya masih berada di atas laptop tanpa bergerak walau satu huruf. Rupa-rupanya semua yang saya komen, follow dan ehem-ehem hanyalah mimpi. Saya tertidur semasa sedang blogwalking....jadi sleepwalking.
laaa...macam manalah boleh tertidur masa blogwalking? bahaya nie, takut berjalan masa tidur jadi sleepwalking betul-betul :)
ReplyDeletekah kah..pandai buat lawak.
ReplyDeletesebenarnya dah banyak kali berlaku. Masa sesuai untuk saya bw or post entry ialah tengah malam. so masalahnya sy tak boleh tgk lama sangat laptop... kalau lama tgk, tulah jadinya...tertidur. lebih2 lagi kalau sistem hang lama sangat...