Monday, March 21, 2011

JUALAN PAKAIAN KANAK2 DI SACC MALL

Jualan di SACC Mall

Sekarang ni kat mana2 sy pergi mesti ada jualan. Hari tu di Parkson Subang Parade, hari ni pulak jualan barangan untuk kanak-kanak di ruang legar SACC Mall, Shah Alam. Jualan daripada 50% sehinggalah 80% pun ada. Masa sy pergi tu dah lewat petang, jadi mungkin ramai yang sudah balik almaklumlah esok sudah mula bekerja dan anak-anak ada yang sudah mula bersekolah, lagipun area Shah Alam ni, waktu perniagaan diorang tak sama macam di PJ mahupun Subang Jaya, rata2 perniagaan ditutup awal sedikit antara pukul 8 sehinggalah pukul 9 malam kecuali restoran2 makanan.
Bila cakap makanan ni, semalam keluar berita pasal harga ayam naik mendadak sehingga ada yang mencecah RM8.30 kg!! Antara alasan yang diberikan adalah kerana harga transport naik..tu dah mesti diorang cakap sebab harga minyak naiklah, kemudian sebab banjir di johor dan yang paling sy nak ketawa bila diorang cakap sebab tsunami di jepun.. Emmm  macam mana harga ayam di Malaysia boleh naik sebab tsunami yang berlaku di Jepun? Kita import ayam daripada Jepun ke? Atau kita eksport ayam ke Jepun? Entahlah…tepuk dada tanya selera…harga kawalan ayam hanya sekitar RM5.50 kg…Lepas ni kena kurang makan ayamlah nampaknya. Jangan lepas ni KFC pulak naik harga sudahlah…
p/s : Kak CT kata kat TESCO pun ada jualan jugak..:-)

10 comments:

  1. kalo ada duit dimana2 sale pon leh terjah... haha

    ReplyDelete
  2. topimagine - hahaha..sy kalau tak ada duit pun terjah jugak..terjah tengok je. Lepas tu apa lagi, masuk bloglah..klik sana klik sini..

    ReplyDelete
  3. buat la review sales kat kl pulak.. boleh tak abang promoter? Hehehe.. :P

    ReplyDelete
  4. baju kanak2 comel2 n cantik2 je, lagi2 kalau baju kanak2 perempuan...

    ReplyDelete
  5. Siti Radz - hahaha very funny. Kena pergi KL pulaklah nampaknya...

    Shi Ma - bila cakap pasal kanak2 ni, memang semuanya cute...

    ReplyDelete
  6. Laa... Funny lak dia kata. Betul la. Awak suka promote tempat... Sebab tu dah tukar nama jadi abang promoter :) Jangan marah aaa... :P

    ReplyDelete
  7. Siti Radz - ooo kerja part time je tu tanpa gaji.. memberitahu kepada mereka yang bergaji untuk menghabiskan gaji mereka..ahakssss.

    ReplyDelete
  8. suci sungguh niat abang promoter ;)

    ReplyDelete
  9. alahai dah ronda2 shah alam masa ni tp tak singgah sacc mall plak. rugi2!!!!!!

    ReplyDelete
  10. Siti Radz - tenqiu sebab beri galakan dan motivasi

    Teacher Azimah - ye ke? sy tak pasti sales tu sampai bila...lupa nak tgk kat board.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails