Sunday, March 13, 2011

GURUH DILANGIT, AIR TEMPAYAN DIBUANG

Cuaca gelap di Shah Alam
Kalau anda tengok daripada gambar yang sy ambil semasa sy berada di Plaza Shah Alam ni, memang sekali tengok confirm akan hujan dengan lebatnya..kan..kan..kan. Masakan tidak, gelap segelapnya dan bunyi guruh kuat teramat sampai rasanya tak ada sapa yang berani nak keluar daripada bangunan kot2 dia keluar,ada jugak yang ikut sekali:-) Tapi seperti kata pepatah, dengar guruh dilangit, air tempayan di buang...memang hujan tak turun pun, cuma adalah bertitik2 je tapi tak adalah sampai lebat mahupun renyai....
Rasanya macam itulah jugak dengan kehidupan kita yang penuh dengan pelbagai tipu helah masa kini, sehingga kadangkala kita akan membuang sesuatu atau seseorang atau apa saja semata2 kerana mengharapkan sesuatu yang lebih berharga atau bermakna sedangkan ianya belum pasti akan terjadi. So, happy weekend dan enjoy your weekend sebelum sambung bertugas atau study keesokkannya.....

9 comments:

  1. kat area umah saye pun slalu jadi mcm tu. dengan gelapnye, guruhnye. last2, tak ujan pun. kite dah kelam kabut angkat kain baju kat ampaian. hehe

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  2. betul2, berfikir sebelum melakukan sesuatu. takot2 nanti akan merugikan diri pulak..
    happy weekend, arini nk on9 puas2.. esok kene study nk exam.. hehe :)

    ReplyDelete
  3. lebih kurang macam yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..kan?

    ReplyDelete
  4. Rasanya dua hari ni memang tak hujan pun. Setakat hujan renyai 10 minit je...

    ReplyDelete
  5. Miss Dill - memang kelam kabut kalau cuaca macam tu...nnt kena panggil Dill,angkat jemuran, hujan dah turun....

    Jelly Jelly - sejak ada masa ni, rajin pulak mengomen ye:-) anyway, good luck with yr exam. Betul tu, fikir semasak2nya sebelum buat keputusan

    Jannah - yuppp tepat sekali, Membawa maksud yang lebih kurang sama..ni mesti BM score ni...

    Siti - Ehhh sebelah rumah aje kan...

    ReplyDelete
  6. hargai tiap sesuatu/seseorang. tak baik buang2.

    ReplyDelete
  7. nothing is easy.
    contohnya : walau nasi serta lauk kegemaran di pinggan telah penuh terisi namun rezeki tetap perlu tangan serta jari untuk meneruskan urusan rasmi.

    cakap pasal makan...laparlah pulak.

    ReplyDelete
  8. suka entry ni..dalam maksudnya..:)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails