JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, January 6, 2011

KESAN PUTUS CINTA

Selalunya kita mendengar cerita tentang manusia kecewa disebabkan gemuk tetapi tadi sewaktu membaca Metro sy terlihat cerita manusia menjadi gemuk sebab kecewa..yang paling menyedihkan dia kecewa disebabkan cinta. Kadangkala bila putus cinta ni, kita akan hilang pertimbangan dan akan membuat perkara2 yang tidak masuk akal seperti makan sepanjang masa, murung, berjalan tak tentu arah, drive laju2 dan macam2 lagi perkara yang kadangkala banyak memberi risiko kepada yang empunya badan. Bagi kes diatas, jejaka yang bernama Mason bukan saja menjadi gemuk kerana kecewa putus cinta tetapi yang lebih teruk ialah dia menjadi gemuk sehingga mencapai status lelaki paling gemuk di dunia!! Begitu hebat penangan kecewa cinta.. walau bagaimanapun, kini status itu kini bukan lagi menjadi milik dia sebab dia telah pun menjalani pembedahan untuk membuang lemak kerana kegemukannya itu menyebabkan dia tidak boleh bergerak langsung. Itu salah satu daripada kesan putus cinta. Bagaimana dengan kes-kes yang lain? Bagaimana dengan anda? Pernah putus cinta dan apakah yang anda lakukan bila anda putus cinta?

2 comments:

  1. berbaloi ke sampai jadi gemuk macam tu..
    terpulang kot sebab
    lain orang lain cara dia hadapi kecewanya tu..

    ReplyDelete
  2. sangat2 kesian kpd member tue..aper2 pun, harus lah kembali kpd agama masing2..Keadaan menjadi lebih teruk kerana diri sendri itu yang terlalu mengikut kata hati padahal mereka mampu mengubah diri sendiri cuma memerlukan masa..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails