JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, January 13, 2011

BELEK-BELEK, OHH TIDAK!!

Hari ni waktu dok tengah nak buat touch up kat muka...tiba-tiba..arrgghhh oh todak...opsss silap skrip ohh tidak!! Bukan jerawat ye, muka sy licin. Bukan jeragat ye, muka sy putih, tapi tahi lalat. Bila masa pulak lalat singgah kat muka sy ni tiba2 aje ada, betul2 kat bahagian leher sebelah kanan...Emmm bila cakap pasal tahi lalat ni, ada orang cakap yang kedudukan tahi lalat ni ada kaitan dengan sikap dan sifat seseorang. Kita ketepikan soal benar atau salah...semestinya salah sebab tak elok percaya benda2 macam ni. Kita main pondok2 ye pasal kedudukan tahilalat ni ye...Ok. Jika ada bertahi lalat, check betul2 kiri atau kanan, tahi lalat yang boleh ubah tu tak kira ye...Yang ni sy ambil daripada beberapa website, kalau salah, diorang yang salah bukan sy :-) Yang ada tahilalat kat bahagian2 tertentu, balik rumah baru check ye, jangan lepas ni pergi toilet pulak..
1.Di kepala sebelah kanan – terkabul cita-citanya

2. Di kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun – kurang jujur
4. Pusar – cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan – cergas dan cekap
6. Di kening kiri – cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam – disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri – pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan – baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri – ramai yang suka
13. Di pipi kanan – ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan – ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri – ramai kawan
16. Pada hidung – banyak rezeki
17. Pada batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan – banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri – bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita opsss EMMM DENGAR TU JUJUR, CERDAS ..YG SATU LAGI TGH FIKIR.... 
27. Leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah – tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan – cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri – suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan – dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri – berani, jujur dan sabar
33. Tetek kanan – baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Tetek kiri – ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan – pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri – lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan – sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri – disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri – banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan – setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri – menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan – kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan – menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan – boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri – dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan – kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri – suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri – baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan – bakal beristeri dua
55. Betis kanan – suka berpoya, boros
56. Betis kiri – tidak suka menganggur
57. Tumit kanan – jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri – baik budi
59. Di telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri – baik budi pekertinya
61. Lutut kanan – bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri – kurang berusaha

So, selamat membelek2 tahilalat anda.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails