JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, January 12, 2011

AKUKAH ITU?

Akukah itu?
Menggeliat pagi subuh menarik selimut kembali
Menyumpah memaki pagi hari bila berpusu kereta di depan
Menghentak stereng setiap kali lampu berwarna merah
Menyentak pintu pejabat bila masa berlari kedepan
Duduk tersandar keluh berpuluh bil dimeja
Rakan-rakan menyapa, kesat kata2 diterima.
Akukah itu?
Makan di pesan tidak ada yang menyelera
Cuaca mendung terasa panas seharian
Anak2 menerkam berbalas cengkam
Ketawa riang berganti jerit melaung
Rumah yang kukuh kian pudar tergaris
Akukah itu?
Mengunjung ke kampong setahun sekali
Hanya terpaksa mengikut cuti diberi
Wajah suram menghulur berubah bila pulang
Tiada yang berubah hanya jasad yang menyinggah
Hanya sesalan bertambah-tambah.
Akukah itu?
Tanpa kenal Empunya menjadikan segalanya
Tanpa bersyukur dengan apa yang dilihat, didengar, dirasa
Tanpa meratap menadah menangis
Tanpa sedar bumi berputar mengikut arlogi
Akukah itu?

3 comments:

  1. hahhaha... pastilah tu bukan fda, en santai

    ReplyDelete
  2. fda - ooo kena tukarlah sajak ni nantilah ye..
    !!@Nim!! - yayaya...semestinya bukan aku

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails