JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, October 4, 2010

RENDANG KARI AYAM ALA SANTAI

Rendang Kari Ayam pada awal masakan
Sebenarnya entry kali ni saya tidak menyediakan resepi kerana semasa saya memasak saya tak sempat nak menulis resepi kerana saya dok asyik memasak hingga jam 2 pagi sampai terlupa nak tulis resepinya. InsyaAllah, next entry saya akan tulis.
Hari ini sebenarnya saya ada membuat rumah tertutup Hariraya. Maksudnya saya buat secara kecil2an untuk saudara-mara, jiran terdekat dan rakan sekerja serta rakan-rakan sekolah anak2 saya yang kamcing. So dalam jangkaan mungkin tak ramai yang datang almaklumlah buat hari ahad dan ada diantara mereka yang jugak mempunyai jemputan rumah terbuka yang lain, tapi rombongan demi rombongan yang datang menyebabkan satu ketika rumah saya penuh dengan mereka yang datang untuk beraya. Disamping rendang kari ayam yang saya buat, kami catered nasi beriani Johor berlaukan ayam masak merah dan beriani daging serta dalcanya daripada adik angkat isteri saya yang memang pakar dalam memasak nasi beriani. Sebenarnya masak-memasak ni dia buat secara sambilan aje sebab dia ada membuka taska di Shah Alam. Saya rasa lauk ayam masak merah dan beriani daging dia jauh lebih sedap daripada JM Beriani...

2 comments:

  1. nnt ye..sy bagi resepi dia. lagipun saya buat tak banyak..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails