JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, October 21, 2010

KATA ORANG COPYCAT TAK ELOK

Ehsan Google
Sebenarnya amalan-amalan copy mengcopy ni dah biasa kita dengar apa lagi dalam dunia blogging yang cukup luas dan susah untuk di kawal. Kenapa sy dok buat tajuk kat atas? Sebenarnya semalam waktu saya melakukan blogwalking, saya ada terbaca satu blog mengenai "Perempuan tinggi daripada lelaki" dan macam biasalah, sy kalau buat blogwalking, saya akan membaca mana-mana artikel yang seronok untuk dibaca. So dalam dok terbaca tu, tiba-tiba saya rasa ayat-ayat nya macam pernah saya lihat tapi dimana ye? Patutlah..rupa-rupanya artikel tu saya pernah tulis dalam entry bulan September yang lalu. Mula2 tu terasa jugak kecik hati tapi bila fikir2 balik, dunia blogging memang macam tu... last2 sekali, rasa bangga pun ada jugak sebab artikel kita ada jugak orang ambil sebagai bahan blog diorang...
Bila cakap pasal copy mengcopy ni, saya teringat masa zaman persekolahan dulu. Masa ambik peperiksaan akhir tahun terutama mata pelajaran Add Maths dan Mod Maths. Masa tu 'mathematical box' dibenarkan dibawak masuk ke dewan peperiksaan dan sebenarnya saya dan rakan2 yang lain sejak beberapa hari sebelum peperiksaan sudah pun bertungkus lumus ....tapi bukan bertungkus lumus belajar, sebaliknya membuat nota2 kecik dan di tulis kat tepi2 mathematical box tersebut dengan segala formula yang ada :-) Sorry cikgu. Kalau tak, nanti tak lulus pulak..... tapi benda tu boleh buat masa peperiksaan sekolah ajelah. Bila SPM...emmmm 

12 comments:

  1. salam,
    copycat... hehe, saya pun biasa buat keje meng'copy' masa zaman skolah... huhu

    http://cikidis.blogspot.com/2010/10/budak-dalam-ni.html

    ReplyDelete
  2. Hehehehe, dunia blogging memang macam ni, kalau dia just ambik tajuk and buat ikut idea sendiri takpa juga kan? :)

    ReplyDelete
  3. memang patut rasa bangga pun, tu tandanya entri tu menarik, tapi patut ada credit pada penulis asal la, baru ok, huhuhu.

    ReplyDelete
  4. elmaranji - sebaiknya macam tu but kita anggap diorang ni terlupalah...
    azura - betul tu, sekurang2nya kita boleh lihat idea yang berbezakan..you pernah ke kena macam tu?
    my little diary - kisahnya...satu genglah kita ye

    ReplyDelete
  5. wow, serius bro. aju sekali link blog tu, nak tengok jugak :)

    ReplyDelete
  6. kalo de credit tuk penulis asal rasanya ok kot... :p

    ReplyDelete
  7. sasa - i dah lupa nama blog dia lgpun cuma artikel je..anyway, kalau i terjumpa balik, i inform.
    Norulhuda - kalau elok macam tulah tapi oleh sebab ianya hanya artikel, no big deal. kata orang tu sama-sama blogging kan...

    ReplyDelete
  8. klu copycat waktu exam.. parah weyh..
    tapi dunia blogging ni susah sket nak prevent benda2 ni.. ye lah.. nama pun alam maya

    ReplyDelete
  9. salam

    bukankah bagus semua bloggers punya idea dan karya sendiri tanpa plagiat? aktiviti plagiat dalam blogging ni sama macam blogwalking tetapi tak jujur. sekadar nak dapatkan follower. cuba baca link ni pulak :http://anizawahit.blogspot.com/2010/09/jika-follower-tak-ramai-mengapa.html

    ReplyDelete
  10. aniza - kadangkala ada bloggers yang suka2 buat blog tanpa tujuan tertentu..so bila dah tak ada apa nak buat atau hilang tujuan, tu yang tercari2 idea lain untuk dijadikan idea sendiri

    ReplyDelete
  11. setuju dengan Azura N Aniza...

    Nury pun baru je kena perkara ni semalam...

    Mungkin artikel blog lain memberikan idea atau inspirasi, tapi ubahlah atau olah sikit dengan cara dan gaya sendiri... betul tak?

    ReplyDelete
  12. ms nury - betul tu, janji taklah copy 100%..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails