JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, October 12, 2010

BUKAN ITU MAKSUD KU

Mulanya nak buat sajak, tapi ilham tak datang. So terasa pulak nak merapu-rapu... so inilah hasil nukilan rapuan saya yang tiada permulaan dan tiada penyudahnya.
"Bukan ke kita pernah berjanji untuk tidak merahsiakan apa-apa di antara kita? Kenapa sekarang baru you beritahu I semua benda ni? Who am I to you?" keluhan Azura sambil titisan jernih airmatanya mula membasahi pipi. Razlan cuba untuk memujuk tapi ditepis mentah-mentah.
"Zura. Bukan maksud I nak buat begini dekat you. Secara jujurnya I terpaksa unt...."
"Untuk apa? Untuk apa!! Kita dan berkawan hampir 8 tahun. Tak cukup kah untuk you mengenali hatibudi I? Masih tak cukupkah untuk you mempercayai I sehingga sanggup menyembunyikan sesuatu daripada I" Azura seperti putus harapan dengan apa yang berlaku. Dari riak airmukanya kekecewaan jelas terpancar.
"I minta maaf Zura. Kalaulah you tahu apa yang I buat ini semua hanyalah untuk kebaikan you..."
"What? I silap dengar ke ni? Kat mana yang you cakap kebaikan untuk I? I nampak dengan mata I sendiri you keluar dengan rakan baik I!! Apa yang dia dah buat kat you sampai you sanggup keluar dengan dia? What? Why?...." petang semakin muram. semakin merundum serundum dengan keadaan mereka.
"You boleh marah I Zura, tapi bukan dia. Dia tak bersalah langsung dalam perkara ni?" Razlan masih membela Wanie, rakan baik Azura. Mereka bertiga adalah rakan baik sewaktu berada di IPTA dulu.
"Ooooo...so sekarang ni I lah yang bersalah. I yang kacau perhubungan you berdua. Itu yang you maksudkan?"
.....emmmm. Apa kata baris berikutnya anda yang berikan. Asah bakat yang terpendam atau goreng aje apa yang anda rasa sesuai untuk situasi diorang ni.

3 comments:

  1. Lelaki mesti sambung macam nie;

    "Bukan itu maksud I,you jangan salah faham."

    Ayat putar belit selalunya.

    p/s: saya bukan bias. cakap ikut pengalaman. hehe.

    ReplyDelete
  2. zirconia - wah3x, mentang2 bagi peluang.Ini boleh geng kak engku...
    My little diary - sekali sekala..asyik tengok masakan je, kita layan drama pulak.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails