Aku pasrah. Aku redha. Aku terima ketentuanNya jika inilah jalan hidupku. Sakit, pilu, resah..apa saja yang ada dalam kamus kesedihan, semua itu aku alami. Mengapa? Mengapa? Kisahnya bermula.....
Hari ni seperti biasa aku mengenakan blouse dan jeans yang baru aku beli semalam. Hari ni aku berjanji akan bertemu dengan jejaka yang sudah lama aku kenali namun belum pernah bertemu, jadi sudah tentu aku harus nampak anggun dan cantik, nanti apa katanya dari pandangan pertama saja sudah negatif walaupun aku tahu ini semua bergantung kepada hati. Seperti biasa, aku menaiki bas menuju ke tempat yang telah dijanjikan. Sewaktu dalam bas, aku seperti merasakan ada seseorang sedang memerhatikan aku...bukan..bukan..lebih daripada seorang. Aku rasa tidak sedap hati. Aku cepat2 membaca apa yang patut, supaya dihindari dari sebarang malapetaka atau kejadian yang tidak diingini. Sampai saja ke tempat itu, aku pun menekan loceng dan turun. Aku lihat, ada 6 orang juga sedang turun dan kalau tak salah aku, ada diantara mereka adalah orang2 yang memerhatikan aku. Jantung aku berdegup pantas, serta merta langkah aku semakin cepat ke tempat yang lebih sibuk, sekurang2nya bila orang ramai, mereka tidak berani untuk melakukan apa2 terhadap aku. Tapi tekaan aku salah, mereka masih mengekori aku dan kali ini aku tidak pandang ke kiri dan ke kanan. Dari jauh aku dah nampak tempat yang di janjikan dan aku menuju terus ke pintunya. Orang2 yang mengekori semakin dekat dan akhirnya berada betul2 dibelakang aku. Aku seperti tidak mampu menjerit. Aku dihimpit dari kiri dan kanan. Blouse yang baru aku beli menjadi habuan bau2 yang tidak dapat aku tahan. Lelaki yang selalu memerhatikan aku tadi sudah mula menyondol aku dari belakang tanpa segan silu. Aku cuba lari, tapi apakan daya..aku cuma seorang wanita.....sekali lagi (intro)
Aku pasrah. Aku redha. Aku terima ketentuanNya jika inilah jalan hidupku. Sakit, pilu, resah..apa saja yang ada dalam kamus kesedihan, semua itu aku alami.
Itulah pengalaman sewaktu aku berasak-asak untuk masuk ke stadium hanya kerana nak melihat jejaka idamanku, si Khairul Fahmi bermain bolasepak.
salam,
ReplyDeletekehkehkeh.... ingatkan apa lah tadi... rupa2nya pegi stadium nengok bola.... :p
haha..suspen je..ingatkan apa benda tadi..
ReplyDeletehuh... cerita bikin sspen...
ReplyDeletehehhhhhheheh bersemangat baca tuu alih alih...!!!!
ReplyDeletegelakgelak.
ReplyDeleteMemang mula2 nak buat cerita sedih, tengah2 dok menaip, melencong kesitu pulak :-)
ReplyDeleteceit. suspen je. hahahah
ReplyDeletecettt..saspenn!.hahah
ReplyDelete