
Aku tertipu! Aku tertipu! Aku tertipu!
Ahaksss. Itu baru intro entry yang sy nak buat. Hari ni sebenarnya sy lah boss, sy lah kuli, sy lah dispatch, sy lah cleaner, sy lah tukang buat air, sy lah ….opsss tiada orang rupanya, Cuma sy sorang saja di office. Yang lain? Semua bercuti!! So, kata orang gunalah kesempatan ini sebelum orang lain mengambil kesempatan ke atas kamu…? Lain macam pulak bunyi ayat ni :-)
Bagi anda yang tidak tahu, perkataan ‘Tipah tertipu bang’ itu adalah daripada ayat skema daripada filem Ali Setan. Ayat famous ini datang daripada Sheila Majid yang berlakun sebagai adik angkat Ali Setan lakunan Mustapha Kamal…opss Azmil Mustapha. Cerita ni pada waktu tu memang meletup, nak2 bila nama Azmil Mustapha tengah naik selepas lakunannya dalam Mekanik.
![]() |
No cheating here pls |
Bila kita cakap pasal Tipah tertipu ni, berapa ramaikah yang pernah mengalami keadaan begitu. Tidak kiralah tertipu biasa atau tertipu luar biasa. Banyakkan…sampai kadangkala, dah jadi macam kebiasaan pulak jika keadaan itu berlaku. Dalam mencari cinta sejati, dalam mencari pasangan mesti ditengah2 perjalanan ada yang tertipu. Sy jugak dulu pernah ditipu dan jugak pernah menipu..ahakkss. Anda pernah?
P/S : Cuma nak sambung ayat sy pernah menipu tu…sy pernah menipu dalam peperiksaan je, bukan orang :-) emmm macam tak percaya je ayat ni
semua org pernah menipu n tertipu......:)
ReplyDeleteYuni Aisyah - awklah orang pertama yang jujur sy pernah jumpa:-)
ReplyDeletetipu sunat tape kot :P
ReplyDelete