Wednesday, February 2, 2011

KENANGAN TAHUN BARU CINA

Kalau cakap pasal Tahun Baru Cina, mesti ingat warna merah. Mesti ingat kuih bulan. Mesti ingat tanglung. Mesti ingat tarian naga. Ada ke kenangan lain? Bila dah dewasa ni, rasanya tak adalah banyak sangat kenangan tetapi kalau masa kecik2 dulu, adalah jugak. Antara kenangan-kenangan tersebut adalah:
Dulu masa sekolah rendah, ada sorang cikgu Cina namanya Cikgu Lim. Dia ajar matapelajaran Matematik dan English. So masa Tahun Baru Cina, oleh kerana dia tak kemana-mana, dia ajak semua anak murid datang ‘beraya’ kat rumah dia. Jadi sy dengan member2 dalam 7,8 orang datanglah pada hari tu dan lepas borak-borak, Cikgu Lim pun ajak kami makan. So bila kami dah ke meja makan, memang banyak makanan macam mee goreng, rendang ayam dan daging, soto, satay..pergghh, rasa lapar pulak. Tapi tak ada sorang pun yang beria-ria nak makan. Semua dok diam. Cikgu Lim yang berada disitu pun tanya kenapa kami tak makan. Mulanya kami segan dan takut Cikgu Lim kecik hati, so sy lah hero yang membuka mulut bertanyakan samada makanan itu semua halal atau tidak…tiba-tiba.
“Semua tu halal. Auntie yang masak. Penat Auntie masak.” Seorang wanita melayu keluar daripada dapur sambil membawa satu lagi juadah.
Rupa2nya Cikgu Lim ni dah berkahwin dengan orang melayu. Patutlah bahasa Melayu dia lancer je. Nama Islam dia ialah Ahmad Daniel Abdullah…Kami semua ternganga sebentar macam tak percaya tapi makanan tetap kami makan…..dapat lagi angpau RM10 sorang...masa tu dah kira banyak dah tu:-)
To Cikgu Lim a.k.a Cikgu Ahmad Daniel Abdullah, terimakasih atas segalanya.

4 comments:

  1. best raya cina dapat angpau banyak :D

    ReplyDelete
  2. bila dapat tau orang Melayu yang masak, confirm licin semua mknan..
    perut kenyang, poket penuh..
    hehe..

    ReplyDelete
  3. a big girl - kata beraya. Mula2 tu malu2 kucing sebenarnya..:-)
    zirconia - ni pun tengah fikir siapa lagi kawan yang boleh pergi rumah nak beraya :-)

    ReplyDelete
  4. hahaha. nih dah btol2 berani dah nih. sampai tnya makann haram ke halal. hihih.
    agk2 tebal bpa inci lah erk muka time tu.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails