Kenapa kita tidak seserasi dulu? Kenapa kita tidak sebahagia dulu? Kenapa kita tidak semesra dulu? Mana perginya setiap kasihsayang yang diberikan tanpa mengira waktu satu masa dulu? Hilangkan segala naluri cinta itu?
Apakah bercinta sewaktu berkasih, bercinta sewaktu bertunang dan bercinta selepas berkahwin sama? Apakah reaksi mata pasangan anda seseri dulu sewaktu mula2 melafazkan kata2 cinta kepada anda? Atau hanya kata2nya saja yang sama tapi mata mula menunduk kebawah atau memandang ke arah lain?
Susah untuk kita menentukan sejauh mana kuat dan kukuhnya cinta pasangan kita kerana hati manusia. Kenapa dengan hati manusia? Kerana hati manusia sukar untuk di tafsirkan isihatinya yang sebenar. Perwatakan luaran dengan apa yang terpendam di hati kadangkala berbeza. Bak kata pepatah, sekali ombak memukul pantai, sekali itu pantai berubah. Tapi hati manusia seperti pantai ke? Takkan begitu rapuh? Takkan senang untuk berubah….Emmm mungkin lelaki kebanyakkannya? Atau sama saja lelaki dan perempuan?
Sering kita dengar pasangan yang bercinta suka sama suka akhirnya berpisah. Pasangan yang bercinta sakan waktu di college tapi berpisah bila grad. Pasangan yang bahagia tanpa pergaduhan tiba2 berperang besar setelah mendapat anak. Kenapa ye? Kenapa? Kenapa? Why? Jawapan mudahnya ialah tiada lagi persefahaman…..Atau hati kita yang berubah?
p/s : Sewaktu sy menulis entry ni, fda ada hantar kat shoutmix pasal ayat pengasih dari Al quran dan tips menjaga husband...emmm mungkin ini salah satu caranya.
pemilik hati yg sebenar itu Allah..maka pada siapa lagi yg selayaknya kita minta kan?kalau bukan DIA..
ReplyDeletehurmmmm kenapa ye!???
ReplyDeletesaya pun tak tau.... bila bercerita bab hati ni, tuhan saje yang tahu...
'tanya sama hati.. apa asal sayang...' eh! lagu pRamlee daaa... :)
ati manusia mudah berubah bila ada sedikit ruang yang dibuka untuk menghadirkan peluang yang tak terjangka... pasangan adalah pinjamanNYA... maka, janganlah pernah henti berdoa agar ikatan ati terjaga selain kita sendiri berusaha untuk memelihara... satu yang ketara, ati akan mudah berubah bile bosan lebih-lebih lagi bosan dengan kesilapan dan perangai... tak tau orang lain, tp diri fda sendiri... fda salu bersikap memberi peluang. jangan menghukum sebelum mengadili. jangan mengadili bila diri dilambung emosi. bila mulut melafazkan maaf, pujuklah hati supaya ikhlas dan paksalah minda supaya melupakan titik-titik hitam.... =)) membina hubungan itu senang tapi mempertahankannya susah... sebab tulah kena bersungguh-sungguh. tak boleh separuh ati. lelaki janganlah terlalu mengambil kesempatan. pompuan pulak janganlah asek nak melayan perasaan... suami ingatlah tanpa isteri yang setia & rela berkorban, kamu tidak ke mana. isteri pula ingatlah walau setinggi mana kamu menongkat dunia, tiada apa yang lebih mulia daripada bergelar isteri solehah dan tiada yang lebih berharga selain suami yang membimbing kamu mengenal pencipta. suami isteri ingatlah kamu berdua berjanji pada tuhan. kalau rasa cukup hebat, silalah memungkiri janji. syurga itu pasti. neraka itu pasti! santai sori komen panjang berjela...
ReplyDeletefda - ni fda nak komen ke atau nak buat entry? Panjang betul...nasib baik ada gambar fda, kalau tengok tulisan dan macam ustazah Datuk siti norbahyah
ReplyDeleteooo... santai perli fda ea? mogoklah... takmo komen dah... :((
ReplyDeleteAi Ni - aduhsss, terasa sebak rasa dada ini..
ReplyDeleteMy little Diary - ehh dia boleh nyanyi pulak.. kita pun nak nyanyi jugaklah...
fda - ala ala busyuk busyuk...opsss bukan mr busyuk ye..tu fda punya :-)
ReplyDeleteBukan apa, jarang fda komen sepanjang tu, yelah, kan fda sekarang tengah busy.. tu yang rasa terharu sangat bila komen kat kita panjang2...
toceh..toceh...