Tuesday, February 1, 2011

CERITA KUALA LUMPUR

Central Market KL

Selamat Hari Wilayah. Walaupun sebenarnya sy bekerja di Selangor, tapi Kuala Lumpur tetap banyak memberi seribu kenangan kepada sy. Pertama kali menjejak kaki ke Kuala Lumpur adalah di stesen KTM kerana waktu itu sy dapat melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Macam yang sy cakap pada entry terdahulu, sy ni memang jakun dengan bangunan tinggi2, teruja sekali. Jadi bila sampai di KL, sy akan melangok melihat bangunan tinggi2..orang jalan pandang bawah, sy jalan pandang atas. Waktu itu, tempat paling popular ialah Central Market dan Bas Stand Klang. Kalau weekend masa tak ada kuliah, kalau ke KL, mesti singgah ke Central Market Rasanya, masa tu Central Market selalu tempat bas mini berhenti.  Waktu belajar dulu, mana ada duit sangat, so kalau setakat area KL tu, pakai jalan je. Kadangkala, daripada tengahari sampai ke malam sy dan member2 berjalan-jalan di KL, selain Central Market, tempat wajib adalah Kota Raya dan Petaling Street. Masa tu belum ada bangunan tinggi macam sekarang seperti KLCC, KL Tower dll. Masa tu kalau tak salah sy,panggung wayang bukan macam sekarang…kerusi kat panggung pun masih kerusi kayu…ahakkss. Keluar panggung, urut2 punggung sebab kebas sejam setengah duduk mengeras tengok cerita.
Petaling Street KL
Bila cakap pasal KL ni, lagu yang paling sy minat yang ada kaitannya dengan KL adalah lagu ‘Senyumlah Kuala Lumpur’ nyanyian Alleycats. Very nice song dan syahdu sangat-sangat. Sy tak tahulah sekarang sebab terus terang, dah lama benar sy tidak ke Central Market. Tapi masa tu, kat tepi-tepi Central Market, ramai orang yang menunjukkan bakat2 mereka dengan menyanyi, melukis dan berlakun. Well, itulah serba sedikit cerita sy mengenai Kuala Lumpur…Anda ada cerita yang nak di kongsi?

7 comments:

  1. waaa.. bgs nya kamu sbb begitu teliti ttg kuala lumpur, emm.. mungkin saya tak punya kesempatan seperti awak... apa pun dengan cara awak bercerita ni, boleh berkongsi pengetahuan dengan orang lain seperti saya =)

    ReplyDelete
  2. Amal - thanks Amal. Salah satu daripada tujuan blogging adalah untuk berkongsi cerita..mungkin kita dapat bertukar2 cerita mana tahukan..:-)

    ReplyDelete
  3. ingat kenangan di Central Market waktu zaman-zaman remaja dulu...selalu tengok pelukis-pelukis disana..

    ReplyDelete
  4. ummiarissa - betul tu, pelukis pun memang ramai kat sana. Dulu pernah nampak imuda, pyan habib dan siso kopratasa kat sana

    ReplyDelete
  5. sy anak jati KL...KL best tp merimaskan..hehe

    ReplyDelete
  6. Yuni Aisyah - terbalik tu, kena cakap KL merimaskan tapi best..:-) whatever pun, u are KLrian. Be proud.

    ReplyDelete
  7. mmg sinonim dgn sye,sbb mmg dok di kl..sapa x knl CM..mmg famous time2 sekolah dlu..kat situ la tmpt nak amik bas balik umah..
    best tau,tp bukan la tempat melepak ok..hihi
    teringat ada amik pic mase kecik2 dulu kat kereta lembu kat luar CM...mmg kenangan sungguh..

    (^_^)v

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails