Monday, March 14, 2011

KENANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

Musim cuti sekolah datang lagi...dan seiring dan sejalan dengan cuti sekolah adalah jemputan kenduri kahwin, tapi malangnya semua jemputan yang sy dapat tempatnya jauh2..ada yang kat penang, ada yang kat kelantan, ada yang kat terengganu. Nasib baik kenduri kawan yang tak berapa rapat, kalau tak memang kena jugak ikut rombongan cik kiah pekasam. Bila cakap pasal kenduri kahwin ni, macam2 juadah dan kepelbagaian cara mereka mengadakan kenduri tu. Ada yang hidang nasi minyak, nasi tomato,nasi briani, nasi putih, nasi lemak pun ada. Lauk tu tak payah cakaplah, ada yang buat style nasi campur, ada lauk ayam masak merah, daging kurma atau briani, rendang daging, acar dan macam2 lagi...( makin banyak sy tulis, makin lapar betul dibuatnya ).
So macam mana dengan anda? Banyak ke jemputan kenduri yang anda dapat...jangan pulak tak diundang anda saja2 masuk. Apa kenangan yang tak dapat anda lupakan bila menghadiri majlis perkahwinan tak kira lah perkahwinan sesiapa saja....
Pernah satu ketika dulu, sewaktu majlis kenduri kahwin kawan sy, masa tu pasukan pencak silat yang sepatutnya mengadakan upacara silat pengantin tidak dapat datang kerana jam teruk, so masa tu pengantin dah pun duduk, so mc dah cakap sesiapa yang ingin menunjukkan bakat, tampil menunjukkan silat mereka. Masa tu sy dan kawan2 semua memang dok berkumpul sebelah pengantin, tiba2 sorang kawan sy menolak sy terus ke tengah...wahhh, takkan nak mengundur, masuk video tu ..nak tak nak, dengan aksi selamba seperti Hikayat Merong Mahawangsa...sy bersilat dan bersilat dan bersilat.. silat campur kungfu..jadi SIFU. ahakssss, dan mendapat tepukan gemuruh daripada mereka...entah bunga apa pun sy tak tahu.

13 comments:

  1. sygnya saya dah kwin, eh mana gmbr awak? xde pun!!
    nk gak tgk video tu. ekekek.

    ReplyDelete
  2. kagum! nanti bleh la buat pertunjukan silat kat skolah saye :)

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  3. salam,

    takder pulak kawan yang kawen musim cuti skolah kali ni... huhu

    ReplyDelete
  4. serious ke awak bersilat? fuhh.. kagum...

    ReplyDelete
  5. Wan Hafisah - hahaha..masa tu zaman video cam pakai tape, tak tahulah kalau dia dah burn pada CD.

    Miss Dill - kagum jangan tak kagum sebab silat tu memang tak pernah dibuat dek orang..

    My little diary - tak pe, nnt kalau sy ada extra, sy iklankan kat blog..:-)

    Siti Radz - serious..tapi jangan tanya silat apa yang sy tunjuk..memang buat masa ni belum ada yang tahu silat apa yang sy buat...

    ReplyDelete
  6. hahaha. hebat ko weh. nanti aku kawin leh jemput ko wat silat :)

    ReplyDelete
  7. saya buat entry ni sbb sy nk tgk muka awak. sy dah buat, awak? bila lagi..eerrrk..paksa!!

    http://akusertajiwabisnesku.blogspot.com/2011/03/bila-jahat.html

    ReplyDelete
  8. hahaha. dasat ko weh. kalo aku kawin nti leh jemput ko silat..heee~

    ReplyDelete
  9. Jannah - hahaha..nnt sy check lutut, masa tu silat boleh melayang2..sekarang ni takut nnt selipar yang melayang kena pengantin...

    Wan Hafisah - oooo sabotaj lah ni ye..pandai2. bluetooth boleh?

    ReplyDelete
  10. sudah kak ct amat-amati...bunga yang kau gayakan namanya bunga kembang semangkok.

    terilap tarikh : sampai ke rumah pengantin, lihat periok telah siap berkilat di cuci. rupanya majlis sudah sehari berlalu. dihidang dengan nasi putih sebab nasi beriani kalau ada pun sudah basi.

    pernah tersilap rumah...lagi haru. heheheeee

    ReplyDelete
  11. kak ct - ooo sy kena daftar nama silat tu nnt.
    sy pernah lah dihidang nasi putih sebab nasi minyak dah habis..tapi datang lambat je, bukan salah tarikh...
    hahaha...sy pun pernah silap rumah dan silap makan sekali....

    ReplyDelete
  12. ha ! xde ke video bro bersilat tu ? huhu... nak tgk jugak...

    nape tulisan entry makin kecik erk ? >.<

    ReplyDelete
  13. Jelly jelly - kecik sangat ke tulisan? nnt sy cuba ubah tulisan dia ye...
    masa tu video cam pakai tape, so rasanya tuan rumah tak burn ke CD...sekarang dah canggih pakai memory card je....

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails