JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, March 1, 2011

CERITA PENGAWAS SEKOLAH

Semua bangun!! Selamat pagi cikgu”
Ahaksss, itu adalah perkataan yang biasa sy dengar sewaktu zaman sekolah rendah dulu. Entah kenapa tiba2 teringat pulak zaman sekolah rendah. Masa sekolah rendah dulu, sy pernah menjadi penolong ketua pengawas, jadi salah satu kerja sy yang paling sy suka ialah menjaga pintu pagar sekolah untuk mencatit atau mengawas sesiapa yang datang lambat…tapi sebenarnya sy bukanlah nak ambik nama diorang pun, semua sy bagi lepas…nak tunjuk baik sebenarnya. Bila time waktu masuk rehat, sy paling suka picit loceng..bukannya apa, nak tunjuk baik sebab sy suka bagi 2 atau 3 minit lambat daripada masa sebenar. Masa waktu rehat, sy paling suka memerhati di kantin sekolah, bukannya apa..abang2 kantin masa tu selalu bagi sy makan free sebab kawal budak2 supaya tak berebut. Seronok sebenarnya zaman sekolah rendah ni…emm lepas ni tak balik tgk ada tak gambar2 masa sekolah rendah dulu. Rambut masa tu pun sikat punyalah lurus, siap ada garisan lagi pembelah rambut kiri kanan….

5 comments:

  1. kenangan zaman skolah memang best! skarang ni kite pulak yang tengok anak2 orang lain kat skolah. kadang2 ade perangai yang sebijik macam kite mase kecik2 dulu. ahaks

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  2. i dulu pengawas malas.
    hehe.
    selalu skip bertugas.
    jahatt kan.
    :)

    ReplyDelete
  3. apa kata awak tepek gambar zaman skolah awak dulu... ye la, nak tepek gambar yg time skarang ni pun agak susah kan? :Þ

    ReplyDelete
  4. kenanagan lama tu..rindu pulak zaman sekolah.. ingat dulu kalau time rehat mesti duk ats pokok dgn 3kwn rapat sebab kat kantin ramai sangat. heheh

    ReplyDelete
  5. MIss Dill - tulah pasal, dunia berpusing kembali
    Nard - bukan jahat, cuma nakal banyak..:-)
    Siti Radz - haiii...macam perli habis ni.. ni tgh buat rombakan lah ni..
    umi aiz - tulah pasal umi..banyak kenangan sampai rasa macam nak pergi balik zaman dulu2...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails