JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, March 9, 2011

BILA HUJAN JE, NAK BALIK CEPAT

Asal petang aje hujan, asal hujan aje petang...tulah bila nak balik je, semua berpusu-pusu berebut-rebut nak balik untuk mengelakkan jam disebabkan hujan. Kadangkala, bukan sebab hujan yang jadi jam, bila ada tercuit sana sikit, sini sikit...yang tengok tu yang buat jam, tapi nak buat macam mana, rasanya susah nak cari pemandu yang buat selamba je kalau sebelah dia ada accident walau sikit macam mana pun, mesti nak tengok jugak..
Cakap pasal jam ni, teringat sy pernah tersangkut kat lebuhraya plus nak balik ke Johor Bahru waktu raya puasa beberapa tahun lepas. Jam yang amat sangat sehinggakan biasa boleh sampai dalam 4 ke 5 jam, tapi hari tu dekat 10 jam sebab puncanya ada accident di Seremban...perggghh. Nasib baik kat sana, kalau daripada Johor lagi..tak ke sampai rumah lepas raya :-) 
Bila fikir2 balik, betapa banyaknya bilangan kenderaan pada masa kini dan macam manalah pada masa akan datang? Bagaimana nak mengelak daripada jam jika berlaku sesuatu....sure semakin panjang dan lama untuk sampai ke destinasi...

14 comments:

  1. bila hujan syok tidur. hihi.

    ReplyDelete
  2. noraim - hahahaha..tiba2 terasa ngantuk pulak...mana sy simpan bantai tadi?

    ReplyDelete
  3. time hujan sedap kalau dapat kopi o cicah ngan biskut. hehehe... :)

    ReplyDelete
  4. ermmm...fast train dari KL to S'pore baru sedang dalam kajian. kalau sekarang dah ada cam kat jepun mmg tak de orang payah2 nak pindah ikot suami/isteri.

    apa kaitannya dgn n3 ek?...kureng jam le

    ReplyDelete
  5. Siti - idea baik tu...tapi nak kena balik dulu beli kopi, kat office ni cuma ada nescafe dgn milo je...nanti nak beli roti sekali

    ReplyDelete
  6. kak ct - yang kurang jam tu sy faham kak ct. yang suami isteri tu sy masih berfikir lagi ni...

    ReplyDelete
  7. hujan skit pown jem megalahkan ada xcident
    huhuhuhuhu
    x leh nk buat apa
    redah jew la. . .

    ReplyDelete
  8. kalau hujan cepat cepat nak tidur.hoho :p

    ReplyDelete
  9. tu lah. saye pun bercita-cita nak beli keta gak ni. menambahkan bilangan keta yang ade. hihi


    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  10. fulamakkkkkkk jem cantik pic ni. alamak, sy rasa im one of them:)

    ReplyDelete
  11. jam2 boleh siapkan kerja dalam kereta..
    taklah buang masa..
    en jss pernah buat mcm ni ke?

    ReplyDelete
  12. MIss Dill - bagus tu, nanti sy tumpang sekali, menambahkan bilangan penumpang :-)

    Wan Hafisah - ahhhh lah...yang kereta warna biru, line tengah, sebelah kiri arah utara tu....

    Scha Ara - emmm kejap ehh, tangan pegang stereng, kaki pegang minyak dgn brek, mulut nyanyi, telingan dgr radio, mata tgk kereta depan....yang sy boleh buat ialah berfikir apa nak buat next entry nanti...:-)

    ReplyDelete
  13. time org sbuk nk blk;
    sy baru jew msuk opis start keje...
    waaaaaaa!!!!!

    so tk ler kene jem... ;)

    ReplyDelete
  14. cheknora - la ye ke? kira selamatlah awk ye..:-(

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails