JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, February 28, 2011

UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI

Kata orang, mimpi tu mainan tidur. Kadangkala mimpi itu datang dengan cerita yang indah, kadangkala datang dengan cerita yang mengerikan dan menyeramkan dan tak kurang jugak yang datang dengan cerita yang entah apa-apa sampai kita tak faham hujung pangkal mimpi itu. Ada mimpi yang kita dapat ingat dengan jelas dan ada mimpi yang kabur. Ada jugak mimpi sekadar mimpi dan ada jugak mimpi yang menjadi kenyataan. Macam mana mimpi boleh terjadi? Sebab tak basuh kaki ke?
Emm apa yang diorang mimpikan ni ehh?
Dalam kehidupan kita ni, ianya berkait dengan alam sedar seperti perjalanan seharian dan alam luar sedar iaitu semasa kita tidur. Bila saja kita tidur, semua pancaindera kita jugak akan berehat kecuali minda kita yang masih belum shut down dan kadangkala terlalu banyak perkara-perkara yang berlalu dalam seharian seperti stress, kegembiraan, kedukaan dan sebagainya akan membawa kita kepada mimpi samada mimpi baik atau buruk kerana kadangkala mimpi itu datang dalam bentuk yang berlawanan… Ada jugak yang akan berkhayal dulu dengan imiginasi yang mereka inginkan dengan harapan ianya akan disambung dengan mimpi pulak. Ni kira orang yang banyak beranganlah ni.
Kadangkala mimpi boleh memberikan kita motivasi tersendiri dan kadangkala mimpi boleh memberikan kita keresahan. Apa2 pun cerita yang hadir dalam mimpi kita, ianya hanyalah sebuah mimpi walau seindah mana mimpi itu sekali pun…tapi kadangkala, keindahan itu tak dapat kita kecapi di dunia yang nyata tapi sekurang-kurangnya, ianya menjadi reality dalam mimpi kita. 
So to all bloggers, sweet dream where you are, where ever you sleep.

P/S : Masa kecik2, selalunya, bila mak kejut sy bangun tidur untuk mandi dan bersiap2 ke sekolah, sy selalu bermimpi yang sy dah siap, rupanya2 masih belum bangun lagi….ke tu sebab memang malas bangun?
Ada rakan2 sy mengatakan yang kadangkala mimpi ini jugak merupakan mainan syaitan bergantung kepada isi dan masa mimpi itu sendiri..

9 comments:

  1. ni nak tanye bukan pasal mmpi..tp pasal tido petang..pernah tak tido petang.then bangun tetibe nak g skul..gelabah nak bersiap..huhu..terlari tajuk lak..lari~~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sudi follow, ini link award follower utk awak...

    http://norgadis.blogspot.com/2010/02/award-untuk-followers.html

    ReplyDelete
  3. selalu mimpi..
    dah mcm slot akasia versi tido..
    kdg2 best, kdg2 mengkonfiuskan..dari sebesar2 bende hinggalah sekecik2 isu pun pernah mimpi..
    pendek kata 'latar' x pernah blank..mesti ada story even 5 minit je tidonya..
    knapa ye mcmtu you?

    ReplyDelete
  4. AiNi - selalu jugak terjadi, terutama bila tidur petang dan bangun nak maghrib...ingatkan subuh.
    xsLp me pLz - lagu yang famous seketika zaman2 rock.
    Norgadis Labuan - tqvm..nanti sy collect
    ILI - U ni di katogerikan sebagai orang yang senang mimpi. Maksudnya otak u sentiasa berjalan dengan pelbagai pemikiran dan imiginasi sehinggakan kadangkala bila ianya bersambungan ke dalam mimpi2 u...

    ReplyDelete
  5. yeke? make sense gak u..sbb i bru je tertutup mata..dan tdgr2 audio pastu dgrla visualnya.. sometimes boleh detect..(klau time2 nak tjaga la) yg 'naah, this is just another dream' and dan2 trus tjage. ;)tp i xdela mental kan? hehe (hopefully not!)

    ReplyDelete
  6. ILI - rasanya kalau mimpi tu tak adalah sampai ke peringkat macam tu :-) Tapi kalau asyik mimpi benda yang sama aje, yang tu susah sikit nak jawab...

    ReplyDelete
  7. oh tidak uuuu.. hehe..mimpi lain2 setiap hari dan setiap kali :D

    ReplyDelete
  8. sebab ILI senang mimpi, apa kata kumpul semua mimpi2 tu, buat cerita...mesti david teoh ambil buat filem...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails