JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, February 22, 2011

CONTEST CAMPAIGN TAK NAK BUANG BAYI

Ceritanya
Kelu sekejap sy untuk membuat entry kali ni. Bukan sebab sy kekeringan idea..( hampir kekeringan idea sebenarnya ) Bukan sebab sy ngantuk almaklum baru lepas lunch, tapi sebab entry kali ni ialah entry mengenai isu pembuangan bayi. Bukan kepakaran sy nak mengutara selatankan isu ni tapi tak tahu macam mana nak sy luahkannya dalam bentuk ayat. Kadangkala segunung ayat pun tidak mampu menutup kesedihan dan keperitan yang di alami oleh anak-anak yang tidak pernah meminta apa2 selain daripada kasihsayang. Sy pun bukan orang yang mahir dalam aspek agama untuk menentukan salah silap seseorang, tapi secara logiknya, apalah salah anak-anak yang dibuang itu? Sepatutnya kita sebagai orang yang berfikiran dewasa haruslah menjaga anak-anak yang di amanahkan dengan penuh kasihsayang serta tanggungjawab. Kenapa perlu dibuang di sana sini? Pandai kah mereka menjerit meminta tolong? Dapatkah mereka melangkah setapak dua untuk melihat kemana harus mereka tuju? Pekakah mereka dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan seribu ancaman walau seekor nyamuk sekali pun?Adakah dengan mencampakkan bayi-bayi yang malang ini ke tong sampah atau kaki2 lima dapat memberikan mereka kehidupan seperti kita mencampakkan benih pokok yang boleh tumbuh di mana saja? Tepuk dada tanya selera……
Mungkin sudah banyak program-program kesedaran yang di lakukan oleh pelbagai pihak bagi menyedarkan kita tidak kira melalui media masa mahupun eletronik, tapi hasilnya tetap mengecewakan.. Cuba fikirkan sejenak jika ini berlaku kepada kita?  Pastinya anda akan meraung2 meminta supaya untuk diselamatkan tapi siapakah kita untuk meminta? Siapakah kita untuk melutut dan merayu? Siapakah kita untuk menangis meminta simpati….kerana apa? Kerana pada masa itu, kita hanyalah seorang bayi/anak yang tidak mampu berbuat apa-apa.....
Disebalik ceritanya
Disebalik keinsafan dan kesedaran daripada entry di atas, ianya sebenarnya datang daripada contest yang dibuat oleh saudara Shah kita. Anda jugak boleh join contest tersebut dengan klik banner di atas. Sorry ye Shah sebab sy tak letak satu lagi banner sebab tak sanggup rasa nak melihatnya. Untuk saudari Scha Ara yang comel, terimakasih kerana meng'tag' sy dan membuat sy sedih seketika, tapi I really appreciate it.

4 comments:

  1. pencarian qurratu aini
    hihihi
    nama saya 2
    cuma nama saya ada L
    qurratul aini :)

    nk join jugak contest nie tp klik scha ara x leh kuar link dier :(

    ReplyDelete
  2. gejala buang bayi semakin berleluasa....tak kira bangsa...

    ReplyDelete
  3. tak kira bangsa yg buat mslh ini berluasan.. yg jadi menyedihkan ia dtg drpd org2 seagama dgn kita...
    Subahanallah..Maha Suci Allah..
    Bayi2 itu sucinya ibarat kain putih suci bersih.. tak kira dari mana, bila mana, di mana lahirnya. Kekdg menitis juga air mata melihat jasad terbujur kaku bayi2 ni.. :(

    ReplyDelete
  4. trima kasih atas pujian itu..
    hehe..
    gud luck utk contest..
    dan selamat berkempen......

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails